Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa akui kagum dengan kemampuan dan kreativiti para peserta yang bertanding di dalam program realiti terbaharu, The Hardest Singing Show (THSS).

Bertindak selaku juri tetap, Rossa menyifatkan program ini bukan sahaja menguji kemampuan artis-artis tempatan tetapi turut menaikkan standard program realiti nyanyian.

“Artis Malaysia ‘Gila’ Semuanya,” – Rossa Kagum Dengan Program THSS

“Setiap minggu, saya akan terpegun dengan persembahan para peserta. Pengurus saya pula akan menonton di bilik menunggu. Katanya, artis-artis Malaysia ini gila dan sangat hebat.

“Untunglah saya hanya menjadi juri dan bukan peserta. Mungkin patah tulang saya kalau cuba buat apa yang mereka lakukan. Saya salut dengan usaha mereka,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media konsert Divas & Diamond 2024, baru-baru ini.

“Artis Malaysia ‘Gila’ Semuanya,” – Rossa Kagum Dengan Program THSS

IKLAN

Ditanya mengenai persembahan yang berjaya memberikan kesan setakat ini, Rossa akui persembahan penyanyi, Aepul Roza yang memijak kaca sambil berkaki ayam pada minggu ke-3 sememangnya luar biasa.

“Saya rasa dia ada menggunakan jampi-jampi. Takut saya melihatnya. Itu piring ibunya ke? Aepul tanpa ragu untuk melakukan aksi tersebut.

“Itulah antara usaha yang sanggup dilakukan para peserta. Mereka buat bukan kerana terpaksa tapi dengan kerelaan dan keinginan untuk memberikan persembahan terbaik.

“Nasib baik dia tidak dirasuk pada malam tersebut. Menang luar biasa persembahannya,” ujarnya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, Rossa turut tampil memberikan reaksinya selepas ada segelintir pihak yang dikatakan masih belum menerima konsep program baharu tersebut.

“Artis Malaysia ‘Gila’ Semuanya,” – Rossa Kagum Dengan Program THSS

“Bisnes hiburan ini memang kena ada gimik-gimik yang berbeza agar industrinya terus meriah dan tidak membosankan. Kenapa kita ingin menonton sesebuah program? Kerana ini menghiburkan diri.

“Tak semua gimik-gimik itu buruk. Malah, gimik-gimik seperti ini yang diperlukan. Dalam program ini, mereka dicabar untuk melakukan perkara yang tak pernah mereka buat.

IKLAN

“Sebagai contoh, minggu lalu, De Fam turun ke pentas dengan tiang bomba. Kalau di rumah, memang tidaklah mereka nak buat hal sebegitu tapi mereka lakukan atas nama seni.

“Para peserta memberikan komitmen yang tinggi demi menghiburkan peminat,” akhirinya.

Terdahulu, program THSS bersiaran secara langsung di Auditorium CIDB pada setiap Ahad, jam 9 malam dan ditayangkan di saluran Astro Ria.

Selain Rossa, dua lagi posisi juri tetap disandang oleh komposer Edry Abdul Halim dan pelakon, Zizan Razak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI