Peneraju dalam pendidikan awal kanak-kanak Genius Aulad (GA), sentiasa memupuk minat kanak-kanak dalam bidang seni termasuk persembahan sebagai antara langkah mempersiapkan generasi yang mempunyai pelbagai kemahiran dalam hidup.
Lebih menarik, murid-murid di GA juga sentiasa menjadi pilihan dan menerima undangan stesen televisyen utama bagi program bersesuaian terutamanya persembahan membabitkan kanak-kanak.
Pengasas Genius Aulad, Zaliza Alias berkata, GA memupuk bakat dalam pelbagai bidang seni seperti seni lukis, seni suara dan seni tari menerusi program Creativity, Physical Activity dan Science Craft.
“Pendekatan pembelajaran bertema (thematic learning) membantu mengasah kemahiran dan minda pelajar terutamanya dalam mempersiapkan diri bagi mempersembahkan tugasan-tugasan yang disediakan (melukis, menari, membaca, menyanyi, menghafal dan sebagainya), sama ada di dalam kelas mahupun semasa acara-acara tahunan Genius Aulad,” katanya.
Zaliza berkata demikian pada sidang media selepasMajlis Anugerah Francais Genius Aulad 2024.
Tambahnya, acara tahunan sekolah itu yang disusun iaitu Read It Right Challenge (RIRC), Cabaran Bijak Membaca (CBM) dan Little Ihtifal membabitkan persembahan pentasdan memerlukan kanak-kanak untuk berlakon, bernyanyi, membaca dan menari di hadapan penonton.
Ads
“Semasa waktu perhimpunan, kami mempunyai sesi Islamic Contents (10 minit) di mana kelas yang berbeza setiap minggu secara bergilir membuat persembahan yang terdiri daripada Teater Pembaca, Lagu, Cerita dari Al-Quran, dan Permainan Peranan.
“Perkembangan bakat kanak-kanak di genius Aulad yang telah dikenal pasti akan dirangkumkan di dalam laporan prestasi mereka dan dikongsikan dengan ibubapa secara berkala menerusi Report Card Pick-Up Day (RCPD) mengenai kemajuan anak-anak mereka,” kataya.
Terdahulu, mengulas mengenai Anugerah Francais Genius Aulad 2024, Zaliza berkata, anugerah berkenaan menandakan peristiwa penting untuk GA, mencerminkan pertumbuhan dan kejayaan rangkaian francais yang luar biasa khususnya dalam menyumbang kepada kejayaan dan pertumbuhan jenama itu.
Ads
“Anugerah Francais Genius Aulad 2024 adalah bukti dedikasi dan kerja keras rakan kongsi francais kami. Kami berbangga dengan sumbangan mereka dan berharap untuk mencapai kejayaan yang lebih besar bersama-sama.
“Dengan semangat dan komitmen rakan kongsi francais dan seluruh keluarga Genius Aulad, ia akan dapat mengukuhkan misi organisasi untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan mewujudkan impak positif kepada kanak-kanak,” katanya lagi.
Dengan rangkaian 82 cawangan di dalam dan di luar negara, memenuhi keperluan lebih 80,000 pelajar, Genius Aulad turut menerima Anugerah Kepimpinan Perniagaan Global untuk Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah, Anugerah Perusahaan Asia Pasifik (APEA) dalam Kategori Kecemerlangan Korporat untuk Pendidikan & Latihan, dan Anugerah Jenama Terbaik Halal Dunia Jenama Laureate dalam kategori Kepimpinan Perniagaan & Komuniti.
Ads
Zaliza menambah, GA juga berusaha mempersiapkan murid-murid mampu mempunyai kemahiran dalam hidup secara seimbang dengan mendedahkan kemahiran teknologi kepada kanak-kanak prasekolah bagi membantu mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan dunia teknologi hari ini.
“Kemahiran asas seperti penyelesaian masalah dan kemahiran sosial juga penting untuk pertumbuhan kanak-kanak secara menyeluruh.
“Kerjasama antara guru, ibubapa dan penjaga adalah penting untuk menciptadan membangunkan kurikulum yang merangkumi kemahiran teknologi dan hidup yang seimbang dan sesuai dengan keperluan setiap kanak-kanak mengikut peringkat.
Dalam usaha untuk menjadikan pendidikan awal kanak-kanak dapat diakses dengan mudah, Genius Aulad turut menawarkan peluang pemilikan francais mampu milik denganyuran francais hanya pada RM50,000.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datin Almy Nadia meluahkan rasa sedih apabila dirinya telah disahkan positif Covid-19, selepas menjalani beberapa kali ujian kendiri, baru-baru ini.
Isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz memaklumkan, salah seorang anak perempuannya turut dijangkiti virus berkenaan.
Khabar duka itu dikongsikan Almy menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
“Maafkan mama wahai anak-anak mama. 2 ahun mama jaga. Mama jaga sop sgt la ketat, tapi akhirnya tumbang.
“Mama dah start sakit dari hari jumaat lagi tapi buat test saliva 3 kali negetif, pagi ni buat test saliva terus positif.
“Tak ada kata-kata selagi mama maafkan mama sebab mama anak-anak mama tak dpt join pergi school, malam tadi Nana tiba-tiba batuk n selsema, pagi ni buat test positif jugak.,” tulisnya.
Di samping itu, Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin memberitahu suami serta tiga orang anaknya yang lain selamat dan bebas daripada jangkitan Covid-19.
“Jadi kul 630am papa dah buat test saliva dekat yeye, yayang, baby aisyah semua negatif. Syukur alhamdulillah, just nak double cfrm terus call @kai_kaklong utk urusakan team @kumpulan_megaklinik_zahran dtg rumah buat rtk n pcr utk kami semua.
“Terima kasih kak long @kai_kaklong abg long @nafidzrazak terima kasih @kumpulan_megaklinik_zahran permudahkan segala urusan kami,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Almy dan Fizz telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 April 2014.
Pasangan ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan Nur Afrina Aisyah yang baru sahaja dilahirkan pada Disember lalu.
Di samping itu, mereka juga turut memiliki seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siti Nordiana yang kini sedang berada di Jepun terkejut apabila ada di kalangan netizen yang membuat spekulasi yang bukan-bukan mengenai pemergiaannya ke Negara Matahari Terbit itu.
Rata-ratanya rancak membuat spekulasi apabila pelakon dan hos, Zoey Rahman turut dilihat menemani penyanyi terbabit ke sana.
Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana bagaimanapun menafikan dirinya ada melakukan sebarang hal berkaitan dengan persiapan perkahwinan.
Katanya ketika dihubungi MH, Nana menjelaskan, dia ke Jepun bagi memenuhi jemputan AirAsia dan pada masa sama, sempat melakukan beberapa projek terkininya.
“Lambat lagi nak shoot pre-wedding dekat sini. Tak ada maknanya. Saya sebenarnya dipelawa pihak AirAsia dan pada masa sama, saya ambil peluang untuk melakukan penggambaran travelog sendiri. Itu pun biasa-biasa saja,” seloroh Nana.
“Kisahnya nanti akan disiarkan di saluran YouTube saya sendiri dan pemergian saya ke sini bukanlah bertemankan Zoey seorang, tetapi team Siti Nordiana lainnya juga.
“Ramai sedia tahu saya dan dia sudah lama berkawan dan tak lebih daripada itu. Apa pun, macam manalah nak kahwin, boyfriend pun tak ada,” jelas penyanyi Nisan Cinta ini yang bakal pulang ke tanah air Jumaat ini.
Foto: Instagram Siti Nordiana / Zoey Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Janna Nick ada menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong telemovie arahannya yang berjudul Jeti yang telah pun ditayangkan pada hari raya kedua.
Jelas Janna, dia juga berasa amat bersyukur kerana telemovie arahannya itu telah berjaya membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Fauziah Nawi, Nabila Huda, Josiah Hogan dan ramai lagi.
“Thank you kepada yang sudi tengok #Telemoviejeti @jnstudios.ent . It’s such an honor bila pelakon pelakon hebat sudi bekerja di bawah arahan saya.
“Terharu sangat atas sokongan kalian.
Zaman sekarang bukan penerbit/pengarah je pilih pelakon, pelakon pun memilih pengarah.
“Dapat DOP & crew yang boleh dengar arahan seorang pengarah muda pun dah cukup bersyukur,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Melodi itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Malah, Janna juga berasa sangat terharu kerana memiliki barisan pelakon dan kru-kru yang boleh menghormatinya sebagai meskipun usianya masih lagi muda.
Dikesempatan itu juga, Janna turut memohon maaf sekiranya telemovie itu mempunyai banyak kekurangan dan dia juga berjanji akan memperbaikinya pada masa akan datang.
“Happy dapat bekerja dengan semua.
Minta maaf atas segala kekurangan.
Terima kasih untuk semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung..
“Sesungguh nya yang buruk tu kelemahan saya sendiri dan yang baik tu semuanya atas izin Allah. I will do better next time,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif terhadap telemovie tersebut selain turut berharap agar Janna dapat menghasilkan lebih banyak karya-karya menarik pada masa akan datang.
Sumber: Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti sensasi, Nikita Mirzani, tetap bersuara meskipun kini sedang berada dalam tahanan di Polda Metro Jaya.Bersempena ulang tahunnya yang ke-39 pada 17 Mac, satu...