Pelakon Haidar Hasanudin mengakui dia pernah diganggu peminat wanita misteri yang mahu menawarkannya kesenangan dari segi wang ringgit.

Menurut Haidar, 35, dia pada awal hanya mengenali individu itu sebagai peminat, namun tidak menyangka wanita didakwa berstatus ‘mak datin’ terbabit mahu memberikannya wang sejumlah RM50,000. 

“Semuanya bermula ketika saya membawakan watak ‘anak ikan’ bernama Arjuna dalam drama bersiri Layang Layang Perkahwinan. Ketika drama itu ditayangkan, dia mengikuti saya di Instagram dan sering menghantar mesej langsung (DM).

“Pada mulanya, dia memberikan komen mengenai drama terbabit. Lama kelamaan, keadaan menjadi pelik kerana dia mula bercakap soal peribadi dan sebagainya.

“Saya terkejut kerana dia mula menawarkan kemewahan seperti wang tunai bernilai RM50,000 dan dia juga mahu menghadiahkan saya kereta,”katanya.

Haidar bagaimanapun tidak melayan permintaan wanita terbabit sebaliknya mahu terus fokus mencipta nama dalam bidang lakonan.

IKLAN

“Kalau nak fikir mengenai kesenangan, mungkin saya dah terima tetapi saya tak mahu apa yang saya usahakan selama ini tidak membuahkan hasil.

“Saya bermula dari bawah, nama saya sebagai pelakon mula dikenali, kalau saya berhenti kerana wang atau kemewahan, sia-sia sahaja segala susah payah saya selama ini.

“Penyebab utama saya berlakon adalah minat, bukannya wang. Jika nak senang, mesti saya dah terima tawaran wanita itu. Kini, saya tidak melayan mesej yang sering diberikan kerana bimbang ia akan melarat,” katanya lagi.

IKLAN

Haidar Hasanudin Diganggu Wanita Konon Berstatus ‘Mak Datin’, Offer Duit RM50,000 & Kereta!Haidar Hasanudin Diganggu Wanita Konon Berstatus ‘Mak Datin’, Offer Duit RM50,000 & Kereta!

Haidar ditemui pada sidang media drama bersiri terbaharu Astro Ria, Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju di Zebra Square, Kuala Lumpur.

Terlibat dalam drama bersiri Cinta Untuk Sekali Lagi, Haidar membawakan watak sebagai Cikgu Safuan, bergandingan dengan Meerqeen dan Erysha Emyra.

IKLAN

“Ini merupakan pengalaman pertama saya membawakan watak sebagai guru. Saya bersyukur dapat bergandingan dengan nama-nama popular seperti Meerqeen, Erysha Emyra, Ozlynn, Datin Nina Juren, Arash Mohd dan ramai lagi.

“Berlakon di bawah arahan Hadith Omar memberikan saya pengalaman baharu. Saya berdebar menantikan reaksi peminat memandangkan ia merupakan adaptasi novel. Saya juga berharap drama bersiri ini mendapat tempat di hati peminat,” katanya.

Cinta Untuk Sekali Lagi bersiaran di slot Megadrama bermula 27 Mei, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI