Perjalanan hijrah pelakon Izara Aishah sering menjadi tumpuan orang ramai. Imejnya yang bertudung labuh dan menutup aurat itu juga menjadi inspirasi ‘outfit of the day‘ khususnya buat para wanita di luar sana.
Baru-baru ini tular perkongsian kata-kata mutiara oleh pelakon tersebut mengenai erti istiqamah buat dirinya. Ramai yang memuji cara penyampaian dan makna yang diberikan olehnya itu.
‘Rasa Kuat Itu Akan Datang..’ – Izara Aishah
Perkongsian itu dimuat naik oleh pengguna TikTok @user637484748, Nik Izara Aishah Binti Nik Izazurin atau lebih dikenali sebagai Izara Aishah menjawab persoalan tentang tip untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat.
“Tiada masalah tak kuat sekalipun, pakai sahaja. Nak buka, bukalah. Bila mahu pakai, pakai sahaja.
“Tapi bila dah pakai.. Pahalanya cukup dahsyat. Memang tidak diakui iman kita naik dan turun, lama-lama kita akan rasa kuat dan rasa sendiri untuk menutup aurat,
“Izara tutup sebab Izara jumpa ayat dalam al-Quran yang Allah SWT pesan untuk tutup aurat. Minta doa banyak-banyak, Allah SWT will guide you.” katanya.
Izara juga turut menceritakan tentang latar belakang keluarganya. Katanya, melihat perubahan yang berlaku melalui keluarganya yang mulai menutup aurat membuatnya bersyukur.
Izara Membesar Dalam Keluarga MODEN, Tapi Tak Pernah Tinggal Solat!
“Izara dibesarkan dengan keluarga yang moden, tetapi masih religious. Moden tetapi memang solat tak tinggal.
“Tetapi kita bukan jenis yang pakai tudung. Selepas itu bila semua dah meningkat usia, semua family dan Izara sendiri mula untuk menutup aurat.
“Lama-lama bila umur meningkat kita akan realize sendiri. Slow-slow tak perlu risau.” ujarnya lagi.
Sekadar info, pelakon Pilot Cafe itu mulai mengenakan tudung pada 14 Ogos 2021. Satu hantaran gambar dimuat naik pada akaun Instagram miliknya mengejutkan semua peminat sekali gus dia juga memadam gambar-gambarnya yang terdahulu.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon, Sari Yanti yang kini bahagia membesarkan anak bongsunya, Dariya Inara yang dilahirkan pada 25 April tahun lalu mengakui, dia lebih selesa untuk menyusu badan.
Meski ia bukanlah pengalaman pertama dalam menyusukan anak, Sari Yanti seperti yang dipetik menerusi Mingguan Wanita bagaimanapun memberitahu, tugas menyusukan anak bukanlah sesuatu yang mudah.
Apatah lagi, ia demi memastikan anak kekal sihat.
“Tidak dinafikan terdapat lambakan suplemen untuk kaum ibu tambah susu badan di luar sana. Tetapi saya memang tidak mengambil sebarang suplemen.
“Paling penting bagi ibu yang menyusukan anak seperti saya sendiri, sentiasa berfikiran positif kerana menyusukan anak bukan perkara yang senang,” katanya.
Ujarnya lagi, proses menyusukan anak akan kian sukar apabila anak bayi semakin membesar.
“Lebih-lebih lagi apabila bayi makin membesar, proses menyusu badan menjadi lebih susah. Jangan sesekali terfikir atau terdetik di hati yang susu tak cukup nanti kesudahannya susu memang akan kurang. Percayalah permintaan susu akan ada bila ada penawaran. Jadi jangan bimbang susu tidak cukup,”jelasnya lagi.
Terdahulu, Sari Yanti mendirikan rumah tangga dengan Jep Sepah 25 Februari 2017. Sementara menerusi perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Foto: Mingguan Wanita, Instagram Sari Yanti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menitipkan dedikasi rindu terhadap Allahyarham anaknya, Muhammad Syakir Alif yang telah genap dua tahun kembali ke Rahmatullah.
Sebagai ibu, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin mengakui dia reda dengan ujian yang sudah tertulis.
“14 Disember 2019, dua tahun berlalu. Ibu mana yang tidak rindukan anaknya. Ibu mana yang sanggup kehilangan anaknya. Redha…
“Hanya itu yang mampu dilakukan kerana semuanya sudah tertulis. Allah yang tentukan semua. Kita hanya hambaNya,” tulis Nora menerusi satu perkongsian di Instagram.
Dalam pada itu, Nora turut berdoa, semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beramal soleh.
“Ya Allah, Ya TuhanKu, Kau ampunilah segala dosa-doaa anakku, tenangkanlah Alif, tempatkanlah Alif bersama orang-orang yang soleh.
“Moga-moga, kami semua dapat bertemu di syurga nanti. Mama rindu Alif Johan. Al- fatihah (dibaca),” tulisnya lagi.
Terdahulu, Muhammad Syakir Alif telah disahkan meninggal dunia pada usia 20 tahun pada 14 Disember 2019 di kediaman keluarga.
Sebelum itu, penanyi lagu Debaran ini diuji apabila suaminya yang juga komposer terkenal, Johan Nawawi telah pergi mengadap Illahi pada pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Pada 2 Disember lalu menerusi Instagram, Nora mengesahkan dia sudah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang juga sahabat baik arwah suami.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru sahaja membuat pengumuman rasmi menerusi laman Instagram, selebriti ‘panas’, Zarina Anjoulie bakal menamatkan zaman janda tidak lama lagi.
Sepotong klip video ketika sedang disolek jurusolek terkenal, Aizat Abdul Razak, wanita jelita ini ditemani bakal suami yang dikenali sebagai Lash membuat kejutan untuk peminat.
“Sayang cepat. We have an announcement to make.
“Yes, we are getting married. Tu saja nak share dengan korang,” luahnya menerusi laman Instagram.