Meski ramai yang memuji naskhah sulung arahan Datuk Awie menerusi filem Rebel: Berontak Untuk Berotak, namun ada juga yang membandingkannya dengan naskhah terbitan syarikat produksi gergasi yang menelan bajet berlipat kali ganda.
Awie yang juga vokalis kumpulan Wings berkata, tidak adil untuk membandingkan filemnya itu dengan naskhah yang kos pembikinannya berbajet mewah.
“Saya tak faham kenapa orang nak bandingkan Rebel dengan filem lain?
“Dari segi genre, jalan cerita dan bajet pun filem Rebel sangat berbeza dengan filem lain. Rebel bukanlah filem bergenre aksi berat yang menelan belanja besar.
“Jadi, jangan bunuh semangat saya untuk terus berkarya, memandangkan ini adalah filem pertama sentuhan saya selaku pengarah.
“Saya sudah hasilkan yang terbaik mengikut kemampuan dengan kekangan bajet sedia ada,” katanya.
Mengulas mengenai bajet, kata Awie, dia mengarahkan filem Rebel mengikut kapasiti dan peruntukan bajet disediakan produksi.
“Bajet filem Rebel sederhana berbanding filem lain yang memperuntukkan bajet berganda lebih besar.
“Saya mengarah filem ini mengikut peruntukan bajet, bukannya syok sendiri dan itulah hasilnya. Takkan saya nak buat dengan terlebih bajet pula?
“Kalau dapat bajet lebih besar, mungkin macam-macam benda saya boleh buat,” katanya lagi.
Bagaimanapun, kata Awie, dia tidak akan patah semangat untuk terus berkarya walau apapun maklum balas diterima daripada penonton mengenai filem Rebel.
“Saya akan terus mengarah walaupun kutipan filem Rebel dilaporkan sederhana kerana itu adalah asam garam dalam pembikinan filem.
“Maklumlah, saya sendiri sudah berlakon berpuluh filem dan ada filem lakonan berjaya dan sebaliknya. Itu adalah perkara biasa dalam pembikinan filem.
“Saya sudah rancang sesuatu untuk mengarah filem dengan syarikat sendiri pada masa akan datang,” katanya.
Apapun, kata Awie, dia sangat berharap peminat beri sokongan pada filem Rebel di pawagam tanah air.
“Filem Rebel memiliki mesej dan pengajaran berguna yang mahu disampaikan kepada penonton.
“Antara mesej disampaikan di mana orang selalu menuding jari pada mereka yang nakal dan jahat, tapi apa punca mereka jadi begitu?
“Takkan mereka dilahirkan ke dunia terus nak jadi nakal dan jahat? Mesti ada sebab atau keadaan yang memaksa jadi begitu,” katanya.
Filem bergenre aksi itu diterbitkan Wau Productions Sdn Bhd dan Rumah Produksi Merah Sdn Bhd dengan menampilkan Ben Amir dan MK K-Clique selaku teraju utama.
Ia turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.
Mengisahkan perseteruan antara dua individu, Luka (Ben Amir) dan Bono (MK K-Clique) meskipun berada dalam pertubuhan yang sama.
Luka, seorang pemuda yang berasal daripada penempatan setinggan, membesar dalam keadaan serba kekurangan dan dikelilingi elemen tidak sihat seperti penagihan dadah, pelacuran dan gangsterism.
Walaupun berasal daripada persekitaran seperti itu, Luka tetap cuba untuk menjalani kehidupan normal. Bagaimanapun, Luka mempunyai satu sifat membezakan dirinya dengan orang lain seperti tidak boleh menahan diri jika melihat ketidakadilan berlaku di depan mata.
Pada masa sama, berlakunya perseteruan antara Luka dan Bono, seorang budak nakal yang sering mengganggu ketenteraman. Berlaku pergaduhan ketika mereka remaja apabila Bono dan gengnya cuba memeras ugut gerai ibu Luka.
Pergaduhan tidak memihak kepada Luka, tetapi ia merupakan titik perubahan dalam hidupnya. Dia mula memberontak dan menentang ketidakadilan yang berlaku di sekelilingnya.
Rebel: Berontak Untuk Berotak menemui penonton pawagam di seluruh negara sejak 2 Mei lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Datin Alyah melepaskan luahan rasanya di Instagram hari ini selepas barangan yang dibeli di sebuah kedai serbaneka tidak disediakan beg plastik sejak lebih setahun lalu.
Malah Alyah turut rasa tidak puas hati apabila perkara tersebut didakwa telah diberitahu jurujual dengan cara menyombong.
“Bila kau pergi kedai 99Mart Gelang Patah then depa kata tak ada plastik. Habis yang aku beli barang ceretet-ceretet ni nak bawa macam mana ya?
“Baik kau jangan buka kedai. Kalau dah plastic bag pun tak ada. Kata casher yang menyombong tu dah setahun tak ada plastic bag. Buat naik angin aku je hari ni,” tulisnya pada video pendek yang dikongsi.
Sementara itu menerusi kapsyen di Instagram, penyanyi lagu Meluruh itu turut bercerita situasinya yang turut membeli ais krim mangkuk di kedai sama.
“Dah lah plastic bag tak ada. Aku beli ice cream mangkuk tak ada sudu. Bila minta sudu dia bagi 1 mangkuk chopstick supaya aku sepit kepala dia ke apa?
“Dah lah tu dia suruh aku cari sudu ice cream tu sendiri then bila kita kata dik tak ada sudu ni. Casher dia buat bodoh sambil jawab dah habis.
“Dah tahu sudu ice cream tu habis yang kau jual tu kenapa? Kau ingat semua orang makan ice cream ni makan kat umah ke apa?,” dakwa Alyah.
Susulan situasi tersebut, Alyah nyata kesal dengan apa yang berlaku.
“Bila kita naik angin kat dia senang je jawab manager kata jgn layan. Hello 99 mart Gelang Patah baik tutup je. Pekerja korang pun menyombong macam kita minta dia duit pula. Walhal kita yang bagi duit kat dia orang,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan respon pelbagai. Antaranya;
“Dah 2024 kut. Ready kan shopping bag dalam kereta tak susah mana pun Datin.”
“Dia ada jual bag oren karung guni dia tu. Boleh je beli RM2.”
“Dah tahun 2024, tak boleh ke nak support no plastic bag? Tak faham-faham.”
“Bab lain tu memang tak sokonglah pekerja tu punya perangai. Tapi bab plstik tu memang kedai runcit saya kerja ni tak ada plastik. 20sen kalau nak juga.”
“Sepatutnya sediakan bag eco green kalau dah de plastik tu. Kadang kita memang tak plan nak singgah mart, tapi tersinggah dan terbeli barang banyak. Sebab tu tak bawa bag dari kereta.”
Malah ada di antara reaksi tersebut menerima respon balas daripada Alyah.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih ratusan komen warganet.
oUntuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Layanan peminat yang sangat istimewa dan energi dahsyat bila setiap kali membuat persembahan membuatkan kumpulan popular Indonesia, D’Masiv sentiasa mahu kembali ke Malaysia untuk menjayakan konsert.
Namun, berbeza pula kali ini apabila mereka bakal bergandingan dengan penyanyi, Mario G Klau menerusi ‘Amazing Consert D’Masiv & Mario G Klau’.
Konsert ini bakal berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 29 Jun depan.
Menurut vokalisnya Rian, Malaysia sentiasa menjanjikan suasana penonton yang gamat seperti mana yang berlaku ketika konsert Cinta Sampai Di Kuala Lumpur Februari lalu.
“Bila buat persembahan di Malaysia, ia selalu menjadi momen yang istimewa kerana kami tidak selalu dapat peluang seperti ini. Kami hanya akan datang bila ada acara istimewa.
“Penonton juga akan selalu ramai dan sangat menghargai kami. Mereka semua hafal lagu D’Masiv walaupun bukan lagu hits.
“Kami juga kenal dengan muka-muka yang selalu hadir di konsert kami. Tahun 2023, sambutan di Kuala Lumpur sangat luar biasa sehingga kami terpaksa menambah satu hari lagi.
“Semoga pada tanggal 29 Jun nanti, ramai peminat yang akan hadir dan kami akan berikan persembahan yang sangat istimewa,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi dan penulis lirik, Mario G Klau turut berbesar hati apabila dapat bersama-sama mengadakan konsert dengan kumpulan kegemarannya sendiri.
“Saya sangat teruja apabila berpeluang untuk berkongsi pentas bersama D’Masiv. Mereka merupakan sebuah kumpulan muzik yang sangat besar.
“Ia satu penghormatan bila dapat sama-sama buat persembahan dengan abang-abang gang saya minat sejak di bangku sekolah.
“Ramai sudah rakan-rakan seangkatan saya sudah membuat konsert di Malaysia. Saya tumpang gembira buat mereka dan kini giliran saya,” katanya.
D’Masiv dan Mario ditemui pada majlis sidang media konsert yang berlangsung di SF Residence, Jakarta, Indonesia, baru-baru inu..
Konsert ini dianjurkan menerusi kolaborasi dua negara iaitu JPP Entertainment (Indonesia) dan Creative Page (Malaysia).
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Creative Page, Khairul Faiz akui teruja kerana diberikan kepercayaan untuk menguruskan konsert ini secara penuh di Malaysia.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JPP Entertainment kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada Creative Page untuk menganjurkan acara Amazing Concert di Malaysia.
“Ini satu perjalanan baharu buat kami untuk bergabung dan menjalankan konsert ini.
“Diharapkan dengan berlangsungnya konsert melibatkan dua nama besar ini, ia akan menjadi sebuah acara yang meletup,” katanya.
Terdahulu, tiket Amazing Consert D’Masiv & Maria G Klau sudah pun dijual bermula pada hari ini.
Harga tiket pula mula dijual serendah RM184 (General Seating B), RM194 (General Seating A), RM200 (Rockzone B), RM210 (Rockzone A), RM936 (VIP 2) dan RM465 (VIP 1).
Menariknya, konsert ini turut dimeriahkan lagi dengan penampilan khas dua orang artis tempatan iaitu Sarah Suhairi dan Alfie Zumi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.