Grup wanita popular, Dolla tidak mahu memperbesarkan isu yang tercetus membabitkan salah seorang anggota kumpulan baharu iaitu SMDX, Elle Thong.

Ia susulan kenyataan Elle menerusi sesi siaran langsung di TikTok yang antara lain mendakwa dia tidak mengenali Dolla ketika menjawab pertanyaan menerusi aplikasi sosial itu.

Mewakili Dolla, Sabronzo menegaskan mereka kini sedang berusaha untuk mengukuhkan jenama mereka di Malaysia dan antarabangsa.

“Kalau Ada Yang Tak Kenal, Tak Mengapa,” – Dolla

“Bagi pihak Dolla, saya merasakan tidak mengapalah. Kami pun tidak menjangkakan yang semua orang kena kenal kami.

“Kami juga sedar yang Dolla masih belum mencapai tahap dikenali di seluruh pelusuk Malaysia.

“Jadi, kalau ada yang tak kenal, tak mengapa. Kami akan terus berkarya menerusi lagu dan mencipta kandung-kandungan menarik.

“Dengan adanya konsert ini juga, kami berharap yang Dolla akan dapat mencapai lebih banyak peminat,” katanya kepada MH.

Dolla ditemui di majlis sidang media pengumuman konsert ‘Dolla Re:Birth The Experience’ di Planetarium Negara, Kuala Lumpur pada Isnin.

IKLAN

 

Sementara itu, Tabby pula berharap agar isu seperti ini dapat dijadikan pengajaran buat semua pendatang baharu.

“Kalau Ada Yang Tak Kenal, Tak Mengapa,” – Dolla

“Pada pandangan kami, hal ini biasa sahaja. Mereka juga merupakan pendatang baharu di dalam industri.

“Kami berharap pada masa hadapan nanti, mereka akan lebih banyak belajar. Selamat maju jaya buat kerjaya mereka.

IKLAN

“Seperti yang kami selalu katakan, Dolla akan sentiasa menyokong kumpulan-kumpulan baharu. Tak mengapa, kesilapan biasa berlaku.

“Apapun, kami hormat sahaja pandangan semua pihak. Mereka berhak berikan pendapat,” katanya lagi.

Pada masa sama, Sabronzo juga tidak mahu isu ini menjadi punca perbalahan di antara peminat.

“Kalau Ada Yang Tak Kenal, Tak Mengapa,” – Dolla

“Kami tahu IDolla sentiasa bersemangat menyokong dan melindungi kami. Kami sangat hargai usaha keras mereka

IKLAN

“Tapi tak perlulah bergaduh. Terus sebarkan perkara positif. Industri kita ini sudah memang kecil.

“Ini hal kecil sahaja. Tak perlulah diperbesarkan,” akhirinya.

Elle juga sudah pun tampil membuat permohonan maaf peribadi selepas siarannya yang menjawab pertanyaan menerusi ‘TT Live’ sebelum ini mencetuskan tular.

Permohonan maaf itu dibuat selepas pengurusannya XIOKK Entertainment mengeluarkan kenyataan bagi menjawab beberapa isu membabitkan SMDX.

Dalam perkembangan lain, Dolla terus mencipta sukses tersendiri dalam profil seni mereka apabila bakal mengadakan konsert sulung di Zepp KL pada 3 Ogos ini.

Tiket konsert bakal mula dijual bermula jam 12 tengah hari, esok dan menurut Dolla, konsert istimewa itu bakal membawa peminat melalui fasa permulaan kerjaya mereka sejak dulu hingga kini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI