Layanan peminat yang sangat istimewa dan energi dahsyat bila setiap kali membuat persembahan membuatkan kumpulan popular Indonesia, D’Masiv sentiasa mahu kembali ke Malaysia untuk menjayakan konsert.
Namun, berbeza pula kali ini apabila mereka bakal bergandingan dengan penyanyi, Mario G Klau menerusi ‘Amazing Consert D’Masiv & Mario G Klau’.
Konsert ini bakal berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 29 Jun depan.
Menurut vokalisnya Rian, Malaysia sentiasa menjanjikan suasana penonton yang gamat seperti mana yang berlaku ketika konsert Cinta Sampai Di Kuala Lumpur Februari lalu.
“Bila buat persembahan di Malaysia, ia selalu menjadi momen yang istimewa kerana kami tidak selalu dapat peluang seperti ini. Kami hanya akan datang bila ada acara istimewa.
“Penonton juga akan selalu ramai dan sangat menghargai kami. Mereka semua hafal lagu D’Masiv walaupun bukan lagu hits.
“Kami juga kenal dengan muka-muka yang selalu hadir di konsert kami. Tahun 2023, sambutan di Kuala Lumpur sangat luar biasa sehingga kami terpaksa menambah satu hari lagi.
Ads
“Semoga pada tanggal 29 Jun nanti, ramai peminat yang akan hadir dan kami akan berikan persembahan yang sangat istimewa,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi dan penulis lirik, Mario G Klau turut berbesar hati apabila dapat bersama-sama mengadakan konsert dengan kumpulan kegemarannya sendiri.
“Saya sangat teruja apabila berpeluang untuk berkongsi pentas bersama D’Masiv. Mereka merupakan sebuah kumpulan muzik yang sangat besar.
“Ia satu penghormatan bila dapat sama-sama buat persembahan dengan abang-abang gang saya minat sejak di bangku sekolah.
Ads
“Ramai sudah rakan-rakan seangkatan saya sudah membuat konsert di Malaysia. Saya tumpang gembira buat mereka dan kini giliran saya,” katanya.
D’Masiv dan Mario ditemui pada majlis sidang media konsert yang berlangsung di SF Residence, Jakarta, Indonesia, baru-baru inu..
Konsert ini dianjurkan menerusi kolaborasi dua negara iaitu JPP Entertainment (Indonesia) dan Creative Page (Malaysia).
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Creative Page, Khairul Faiz akui teruja kerana diberikan kepercayaan untuk menguruskan konsert ini secara penuh di Malaysia.
Ads
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JPP Entertainment kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada Creative Page untuk menganjurkan acara Amazing Concert di Malaysia.
“Ini satu perjalanan baharu buat kami untuk bergabung dan menjalankan konsert ini.
“Diharapkan dengan berlangsungnya konsert melibatkan dua nama besar ini, ia akan menjadi sebuah acara yang meletup,” katanya.
Terdahulu, tiket Amazing Consert D’Masiv & Maria G Klau sudah pun dijual bermula pada hari ini.
Harga tiket pula mula dijual serendah RM184 (General Seating B), RM194 (General Seating A), RM200 (Rockzone B), RM210 (Rockzone A), RM936 (VIP 2) dan RM465 (VIP 1).
Menariknya, konsert ini turut dimeriahkan lagi dengan penampilan khas dua orang artis tempatan iaitu Sarah Suhairi dan Alfie Zumi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mimi Fly telah memuat naik keratan akhbar tempatan yang memaparkan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Love Yourself Association (LYSA) dan Gerakan Alpha Legacy Enterprise (GALE) membuat laporan polis berhubung video dimuat naik Datuk Aliff Syukri di Instagram.
Ia semuanya berhubung tindakan usahawan selebriti itu yang bertindak memukul anak perempuannya, Qadeja gara-gara membuka tudung.
Lalu, mereka menegaskan isu memalukan di khalayak umum menjadi satu kebiasaan sehingga menyebabkan berlakunya penderaan emosi.
Malah, penyanyi wanita ini turut berkongsi fakta mengenai penyakit mental yang merupakan sakit kedua paling kritikal selepas sakit jantung.
“Petang tadi sambil meeting bersama AJK NGO “Love Yourself Association”, kami memberikan sedikit penjelasan tentang isu public shaming yang sudah makin lama makin menular dalam negara.
“Jangan kerana nak merancak social media kita terlupa anak2 kita membesar dengan low self-esteem, stress dan “emotionally abused”.
“Mental health dalam Malaysia dah masuk ranking no 2 paling kritikal selepas sakit jantung. Kalau kita ambil mudah sekarang, masa depan anak2 kita yang hancur.
“Tiada siapa suka dimalukan di social media, diejek di sekolah kerana video diviralkan oleh ibubapa sendiri.
“Nak berkongsi parenting 101 bukan masalah, tapi penting sgt ke nak feed your ego to show the world how u run your life, until u neglect the longterm effects in your children’s life?,” tulisnya panjang lebar.
Selepas lapan tahun, kemunculan selebriti popular, Neelofa Mohd Noor yang kembali ke set program Nona TV3 bersama hos Amyra Rosli mencuri perhatian ramai, pada Ahad.
Melalui perkongsian di Instagram miliknya, Neelofa yang tampil sebagai hos undangan bagi meraikan ulang tahun ke-38 stesen TV3 mendedahkan produksi Nona ibarat ‘keluarga’ yang sentiasa tersemat di hatinya.
Malah menerusi perkongsian lainnya, usahawan berjaya ini tidak menafikan program bual bicara wanita itu banyak memberikan pengalaman terutamanya pada bidang pengacaraan.
Sementara itumenerusi Insta Stories, dua figura jelita itu turut saling memuji.
Menurut Amyra, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu memiliki keperibadian yang cantik luar dan dalam.
“MasyaAllah. Betul kata orang, Lofa ni pakai apa pun lawa sangat. Thanks Umi @neofa sudi bergandingan dengan Mommy. Such a humble and beautiful person inside out,” tulis Amyra.
Perkongsian tersebut turut menerima reaksi ibu kepada seorang cahaya mata itu.
“Likewise Myra! Awak macam anak patung bernyawa MasyaAllah. Bestkan mengacara 2 orang, sejam lebih dah settle. Hope to see you around sis,” dedikasi Lofa.
Terdahulu, pelbagai perkongsian dikongsikan mereka, termasuk niat Neelofa yang merancang untuk berhijrah ke tanah arab bagi memberi laluan kepada suami ingin menyambung pelajaran di sana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!