Pelakon Hisyam Hamid masih belum bersedia untuk mengulas lanjut mengenai status rumah tangganya bersama isteri, Rosmawati Hanafi atau Mel ketika ini, selepas timbul dakwaan sedang ditimpa ujian.

Mengharapkan yang terbaik, Hisyam, 39, menjelaskan dia perlu mempertimbangkan banyak perkara sebelum berkongsi kisah peribadi kepada umum.

“Dalam setiap perkahwinan sudah tentu ada pasang surutnya. Apa yang saya boleh katakan sekarang, saya belum bersedia untuk mengulas tentang perkara ini.

“Tunggulah apabila saya sudah cukup bersedia, saya akan kongsikan. Banyak faktor yang perlu saya ambil kira. Terutamanya melibatkan soal jaga hati dan perasaan anak-anak.

“Saya faham sebagai public figure, orang nak tahu tentang diri kita. Saya faham ramai peminat yang sering bertanya dan ada juga yang mendoakan,” katanya kepada MH.

Hisyam berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka & Sambutan 25 Tahun Global Stesen Sdn Bhd di Kemensah Heights, Kuala Lumpur, malam tadi.

IKLAN

Dalam pada itu, Hisyam mengakui hubungannya bersama Rosmawati masih baik malah mereka sekeluarga turut meraikan Aidilfitri bersama pada April lalu.

Aktor itu menambah, isterinya juga kini masih menguruskan kerjaya seninya.

“Bila Sudah Cukup bersedia, Saya Akan Kongsikan,” – Hisyam Hamid Ulas Status Rumah Tangga “Bila Sudah Cukup bersedia, Saya Akan Kongsikan,” – Hisyam Hamid Ulas Status Rumah Tangga

“Hubungan kami sampai sekarang masih okay. Hari raya tempoh hari pun kami keluar bersama anak-anak, tiada masalah daripada segi hubungan.

IKLAN

“Malah dia (isteri) masih menguruskan kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Tiada masalah,” katanya lagi.

Pada Oktober tahun lalu, Hisyam pernah menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa dia dan isteri sudah berpisah.

Kata Hisyam, dia mengambil pendekatan untuk menjaga nilai eksklusiviti dengan tidak terlalu berkongsi kisah peribadi di media sosial.

IKLAN

Bagaimanapun, status rumah tangga pelakon asal Singapura itu masih lagi menjadi bualan netizen sehingga kini.

Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati pada 2006.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI