Vokalis Search, Datuk Amy terkilan dengan dua orang bekas anggota iaitu Din dan Kid yang masih didakwa berdiam diri berhubung isu royalti selepas mereka melancarkan album Rockology Search: Kid’Din Collection Series pada 2022.

Menurut Amy, tindakan mereka disifatkan keterlaluan, sekaligus tidak menghormati perjuangan kumpulan rock legenda itu.

“Itu Barang Kami & Hak Anak-Anak,”- Search Tak Halalkan Royalti Album Rockology, Anggap Din & Kid ‘Perompak’

“Saya nak tanya kepada Din dan Kid. Di mana royalti lagu-lagu kami daripada album Rockology yang mereka jual? Itu hak anak bini saya, Nasir dan arwah Yazid.

“Mereka jual album tersebut tanpa sebarang dokumen dan tiada satu sen pun kita dapat. Sedangkan bila kami tandatangi kontrak digital, mereka dapat bahagian masing-masing.

“Banyak benda yang mereka langgar dan langsung tidak hormat kami. Mereka tahu perkara itu salah,” katanya kepada MH.

Amy berkata sedemikian ketika ditemui di majlis jamuan hari raya Go Search Records & Entertainment di Villa Zamara, Sungai Penchala pada Khamis.

IKLAN

“Itu Barang Kami & Hak Anak-Anak,”- Search Tak Halalkan Royalti Album Rockology, Anggap Din & Kid ‘Perompak’

Katanya lagi, dia juga kecewa dengan sikap Kid dan Din yang seolah-olah tidak peduli soal pembahagian royalti menerusi lagu-lagu yang mereka muatkan di dalam album berkenaan.

“Kid dan Din tidak membuat sebarang perbincangan dengan kami. Mereka lancarkan album tersebut dan buat tak tahu sahaja.

“Namun, apa yang paling tidak seronok bila mereka bagitahu salah seorang rakan kami yang mereka nak bayar duit royalti itu mengikut ehsan mereka sendiri. Pada saya perbuatan itu sangat teruk.

“Lagu-lagu dalam album Rockology itu merupakan lagu yang selalu kami mainkan. Tindakkan mereka ini sudah pun melanggar Hak Cipta Terpelihara.

IKLAN

“Kalau mereka nak bayar, macam mana nak tahu jumlahnya? Kita tiada satu dokumen pun ketika ini,” ulasnya lagi.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Isabella turut memdedahkan Search tidak akan teragak-agak untuk membawa isu ini ke mahkamah sekiranya Kid dan Din masih berdiam diri.

“Itu Barang Kami & Hak Anak-Anak,”- Search Tak Halalkan Royalti Album Rockology, Anggap Din & Kid ‘Perompak’

“Lagu-lagu tersebut merupakan hasil kerja seni kami untuk menyara isteri dan membesarkan anak-anak. Kami akan berbincang dengan pihak peguam untuk mengetahui jalan terbaik.

IKLAN

“Tindakkan mereka ini merupakan satu contoh yang tidak baik untuk industri. Kalau dahulu, kita buat kempen jauhi cetak rompak tapi kali ini, kawan sendiri yang rompak barang kita.

“Kalau tak tahu undang-undang dunia tak mengapa. Kalau ikut hukum agama, fikirlah sendiri,” katanya lagi.

Pada masa sama, Amy turut menyifatkan karya-karya Search adahak hak yang akan terus diwariskan kepada keluarga meskipun selepas ketiadaan mereka nanti.

“Saya tidak akan halalkan wang royalti tersebut. Itu barang kami dan hak keluarga. Kalau saya mati nanti, takkan anak-anak nak kena merempat jumpa mereka.

“Ketika ini, Yazid pun tak dapat. Apatah lagi saya,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI