1. Farid Kamil Gembira Pakatan Harapan Menang PRU14, Tak Akan Lantang Lagi Selepas Ini

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

Pelakon popular, Farid Kamil merupakan salah seorang artis yang lantang bersuara ketika negara masih di bawah pimpinan kerajaan terdahulu.

Namun begitu, menurut laporan Sinar Harian, Farid berkata dia sangat gembira dengan kemenangan parti Pakatan Harapan dan tidak akan lantang bersuara lagi selepas ini kerana apa yang didoakan olehnya sudah termakbul.

“Sudah tentu ia merupakan satu perkara yang amat menggembirakan hati saya dan juga secara tak langsung mencerminkan rakyat Malaysia ini mula celik pada perubahan-perubahan yang tidak sepatutnya berlaku kepada negara kita dan benda-benda itu adalah semangat yang kita tunggu-tunggu.

 

“Tapi akhirnya telah menjadi satu kenyataan bahawa apa yang diperjuangkan kerajaan terdahulu tidak diperjuangkan untuk rakyat.

 

“Harapan saya akan tidak akan lantang lagi berkata kerana apa yang saya doakan dan harapkan telah berlaku. Harap kerajaan baru dapat membersihkan apa yang patut di dalam kerajaan terdahulu dan mengorak langkah kembali menjadi sebuah negara yang dikenali sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.

 

2. Selepas 5 Hari Buka Akaun Instagram, Aishwarya Rai Terima 2.6 Juta Follower

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

Wah terpegun MH baru lima hari buka akaun Instagram, pelakon Bollywood popular, Aishwarya Rai terima 2.6 juta follower!

Tak dapat dinafikan Aishwarya Rai merupakan antara bintang Bollywood yang sangat popular jadi tidak mustahil lah dia boleh menerima pengikut seramai itu hanya dalam tempoh lima hari.

IKLAN

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

Pengurus kepada pelakon ini menerusi laporan Bollywoodlife.com telah mengesahkan bahawa akaun tersebut merupakan akaun rasmi Aishwarya Rai.

Katanya lagi, akaun tersebut dibuat bersempena 17 tahun Festival Filem Cannes yang dihadiri oleh pelakon ini Sabtu lalu.

 

3. Tun M Tak Cukup Tidur, Tun Siti Hasmah Risau Kesihatan Suami Tercinta Terjejas

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

IKLAN

Sebagai seorang isteri, pastinya kesihatan suami tercinta menjadi salah satu perkara penting yang perlu dijaga rapi.

Tun Siti Hasmah yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meluahkan rasa risaunya setelah melihat suaminya terlalu sibuk bekerja sehingga tak cukup tidur.

Kenyataan Tun Siti Hasmah ini dikongsi oleh akaun Facebook Kelab Che Det.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

IKLAN

“SAYA RISAUKAN KESIHATAN TUN YG X CUKUP TIDUR, WAKTU TIDUR BELIAU DIGUNAKAN UNTUK TELITI SETIAP DOKUMEN KERAJAAAN, DALAM SATU MALAM BELIAU TELITI LEBIH 200 DOKUMEN SEHINGGA 4-5 PAGI, 7 PAGI BELIAU SUDAH ADA DI PEJABAT..

-TUN SITI HASMAH,” tulis perkongsian itu.

 

4. Hafiz Hamidun Menang Kes Saman Syarikat Tekstil Popular!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

Mungkin ramai yang masih ingat bahawa penyanyi, Hafiz Hamidun pernah memfailkan saman terhadap sebuah syarikat tekstil popular tahun lalu.

Penyanyi ini mengambil tindakan untuk menyaman syarikat tersebut adalah berhubung syarikat itu telah menyalahgunakan namanya.

Berita ini dikongsi sendiri oleh Hafiz menerusi akaun Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur.

“Alhamdulillah, hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah putuskan saya menang kes saman terhadap Kamdar berkaitan penggunaan nama Hafiz Hamidun,” tulisnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI