1. Kertas Siasatan Kes Uqasha Senrose Sudah Siap, Polis Masih Menunggu Keputusan Laporan Kimia

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

MH pasti ramai yang masih ingat dengan kes pelakon popular, Uqasha Senrose yang ditahan pihak polis awal bulan lalu kerana memiliki dadah jenis erimin 5 sebanyak 53 biji di dalam beg tangannya.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihak polis masih menunggu laporan dari Jabatan Kimia berhubung dadah yang dimiliki oleh Uqasha.

“Kertas siasatan sudah pun dilengkapkan, cuma keputusan kimia sahaja belum selesai.

 

“Kita masih tunggu laporan akhir dari Jabatan Kimia sebelum keputusan tindakan sama ada boleh dibuat di bawah Akta Dadah Berbahaya,” katanya kepada Sinar Harian.

 

2. Ismail Izzani Ambil Keputusan Tak Mahu Buat Pembedahan Tonsil Kerana…

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Penyanyi baru yang semakin meningkat naik namanya dalam industri seni, Ismail Izzani menerusi sumber Harian Metro berkata dia mengambil keputusan untuk tidak melakukan pembedahan sakit tonsil yang dialaminya.

IKLAN

Menurut Ismail, dia mengambil keputusan tersebut kerana bimbang suaranya akan berubah dan perlu berehat daripada menyanyi selama enam bulan.

“Kalau buat pembedahan, saya kena rehat daripada menyanyi selama enam bulan selain suara berubah. Jadi, saya fikir belum waktu sesuai.

 

“Sakit tonsil ini sudah ada sejak kecil lagi tetapi paling teruk saya kena Oktober tahun lalu hingga masuk wad selama dua minggu. Ketika itu, tonsil saya bengkak, bernanah dan berdarah.

 

“Selepas sembuh, Jumaat lalu saya kena balik. Namun saya buat biasa saja dan teruskan berpuasa. Tapi, kelmarin saya memang sudah tidak tahan hinggakan nak telan air liur pun sakit.

 

“Jadi, saya batalkan puasa dengan minum air dan pergi klinik. Doktor memaklumkan, sakit kali ini bengkak saja dan tidak seteruk tahun lalu. Cuma, saya dinasihati agar menjalani pembedahan bagi mengelakkan ia berulang,” katanya kepada Harian Metro.

 

3. Wan Azizah Mohon Jangan Dengar Khabar Angin, Nafi Nurul Izzah Bakal Bernikah Dengan Agong 

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

IKLAN

Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila ada khabar angin yang mengatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dikatakan bakal berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Rentetan daripada hal itu, Izzah telah menfikan khabar angin tersebut.

Ibu kepada Izzah iaitu Timbalan Perdama Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi laporan Astro Awani juga turut menafikan hal itu.

IKLAN

“Astaghfirullahalazim… jangan dengar berita khabar angin. Tidaklah …,” katanya.

 

4. Ana Raffali Bakal Timang Cahaya Mata Kedua Pertengahan Aidilfitri Nanti

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Penyanyi, Ana Raffali bakal melahirkan anak kedua pada pertengahan hari raya Aidilfitri nanti.

Menerusi laporan Sinar Harian, Ana berharap dia dikurniakan cahaya mata perempuan.

“Alhamduliah saya bersyukur kesihatan sepanjang tempoh kehamilan, saya dan kandungan sihat walafiat.

 

“Ikutkan, saya akan bersalin pada 29 Jun depan dan berdoa agar bayi ini bersalin mengikut waktunya, tidak awal atau lewat.

 

“Soal jantina, harapan saya semoga dikurniakan zuriat perempuan pula tetapi tak tahulah kalau ada kejutan dapat anak lelaki lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI