1. ‘Jualan Makin Banyak, Stock Banyak Dah Habis’ – Walaupun Baju Melayu Erry Putra Dikecam Tapi Tetap Laku Keras!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu

Heboh di media sosial tentang koleksi baju Melayu keluaran pelakon, Erry Putra dikecam dan dikatakan menyerupai baju menyusu bayi.

Susulan daripada hal itu, Erry menerusi Instagramnya telah memuat naik screenshot seorang individu yang mengatakan baju tersebut kelihatan seperti baju menyusu.

Di riang kapsyen pula, Erry berkata dia hanya mahu mencari kelainan dalam rekaan baju Melayu tahun ini namun begitu dia terima segala kecaman dan menganggap ianya adalah ujian dari yang Maha Esa.

 

IKLAN

2. Isu Video Aksi Mesra Bersama Isteri, Fattah Amin Mohon Maaf

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu

Minggu lalu kecoh di internet apabila sebuah video yang merakamkan dua pelakon hebat, Fattah Amin dan isterinya, Fazura berkelakuan agak mesra di tempat awam.

Netizen mula melemparkan kecaman terhadap mereka berdua kerana dianggap tidak menghormati bulan Ramadan dengan kelakuan mesra mereka.

IKLAN

Rentetan daripada itu, menerusi laporan Mstar Online, Fattah tampil memohon maaf jika ada yang tersinggung selepas menonton video tersebut.

“Sebenarnya saya dan Fazura memang tak perasan aksi kami dirakam oleh seorang kenalan sebelum dia memuat naik ke laman sosial.

 

“Apabila perkara itu tular dan kami dituduh tidak menghormati bulan Ramadan ia sebenarnya di luar kawalan saya.

 

“Perkara pun sudah terjadi dan di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada peminat dan sesiapa yang tersinggung dengan video berkenaan dan berharap ia tidak akan berulang lagi,” katanya kepada mStar Online.

 

3. Arja Lee Terkilan Nama Masih Disenarai Hitam Stesen TV

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu

IKLAN

Pelakon, Arja Lee menerusi laporan Harian Metro mengakui kecewa dan terkilan kerana namanya masih lagi disenarai hitamkan oleh sebuah stesen TV.

Arja menjelaskan, sejak empat tahun lalu namanya disenarai hitamkan dan sepanjang tempoh itu, pelakon ini tidak menerima sebarang tawaran daripada stesen TV berikut.

“Bukannya tiada tawaran berlakon drama tetapi setiap kali nama saya dicadangkan produksi, pihak pengurusan stesen TV itu akan menggugurkan nama saya dari senarai pelakon.

 

“Memang ada sejarah hitam yang berlaku membabitkan saya dengan pihak stesen TV itu dulu tetapi saya sudahpun merayu dan memohon maaf kepada pihak mereka sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

 

4. ‘Saya Tak Mahu Susahkan Diri Cari Pengganti’ – Erma Fatima

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu

Pelakon dan pengarah popular, Erma Fatima menerusi laporan Astro Awani berkata, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi selepas bercerai dengan suaminya tahun lalu.

“Susah untuk mula balik dan nak faham orang baharu. Cukuplah ada anak-anak sebagai peneman kerana merekalah syurga hidup saya sekarang.

 

“Saya tidak mahu menyusahkan diri cari pengganti kerana bukan senang mencari orang yang memahami.

 

“Setakat ini, tiada mana-mana lelaki pun yang berani mendekati,” katanya kepada Astro Awani.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI