1. ‘Jumlah Baju Raya Biarlah Rahsia’ – Baju Raya Che Ta Dah Siap Untuk Sebulan Beraya

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Baju raya merupakan benda wajib yang perlu ada setiap kali menyambut hari raya.

Walaupun baru masuk hari keenam berpuasa namun pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta telah pun mempunyai baju raya untuk menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Menurut laporan Harian Metro, Che Ta memberi tahu baju rayanga sudah siap dan cukup untuk beraya sebulan.

“Berapa pasang baju raya tahun ini biarlah rahsia. Apa yang pasti cukup untuk raya sebulan dan tidak pakai baju ‘ulang tayang’,” katanya kepada Harian Metro.

 

2. Permohonan Bekas Suami Serina Redzuawan Ditolak Mahkamah

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Menerusi laporan Mstar Online, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah menolak permohonan bekas suami pelakon, Serina Redzuawan iaitu Gavin Edward O’Luanaigh untuk mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap Serina atas pelanggaran perinta persetujuan bersama.

IKLAN

Gavin telah diminta oleh Hakim Syarie, Salehan Yatim yang mendengar kes ini untuk memfailkan semula permohonan tersebut.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili plaintif, Datuk Zainal Rijal Abu Bakar berkata permohonan tersebut ditolak mahkamah tanpa membaca penolakan tersebut.

“Permohonan tersebut ditolak dan hakim mengarahkan untuk memfailkan semula kes ini. Ia disebabkan kes sebelum ini didengar oleh hakim lain,” katanya kepada Mstar Online.

 

3. Aaron Aziz Tak Ajar Anak Berpuasa Dengan Beri Ganjaran

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

IKLAN

MH pasti ada segelinti ibu bapa yang menggunakan kaedah memberi ganjaran wang kepada anak-anak untuk mengajar mereka berpuasa.

Menurut sumber Astro Gempak, pelakon tampan, Aaron Aziz tidak tidak membantah golongan ibu bapa yang menggunakan kaedah tersebut kerana baginya, kaedah itu dapat memberi motivasi dan semangat kepada anak-anak untuk berpuasa.

Namun begitu, bagi Aaron sendiri dia tidak menggunakan kaedah tersebut untuk mengajar anak-anaknya berpuasa.

IKLAN

“Saya sering ingatkan anak-anak tentang amalan berpuasa. Puasa merupakan satu perkara yang wajib dilakukan kerana Allah.

 

“Saya katakan kepada mereka, kalau kita tak boleh buat sesuatu perkara untuk Allah, bagaimana Allah mahu mendengar permintaan kita?

 

“Alhamdulillah, setakat ini anak-anak memahami apa yang saya ajarkan dan terapkan,” katanya kepada Astro Gempak.

 

4. Datin Seri Rosmah Tak Simpan Dendam, Kini Tidur Lebih Lena

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu, berbagai-bagi isu timbul mengaitkan nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Masor.

Menurut laporan Malay Mail, Rosmah berkata dia tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa dan mangakui kini boleh tidur lena walaupun beberapa bekas rakan sekutunya kini berpaling tadah selepas kekalahan suaminya pada PRU14 yang lalu.

“Perkara ini adalah normal dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kitaran kehidupan,” katanya.

Tambahnya lagi, semua orang berhak untuk bercakap dan dia tidak kisah dengan kata-kata orang terhadapnya dan suami.

Katanya lagi, kini fokusnya tertumpu sepenuhnya untuk melindungi diri serta keluarga tercinta malah beliau juga berharap agar kehidupannya kembali normal secepat yang mungkin.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI