Ads

Siti Khadijah Halim Bergandingan Dengan Dua Pelakon Indonesia, ‘My Toxic Boyfriend’ Jadi Pembuka Tirai UTV Nusantara

Usanita Entertainment terus memperluas jaringan industri hiburan serantau menerusi penerbitan tiga telefilem Nusantara, selain menjalinkan kolaborasi muzik yang membabitkan bakat dari Malaysia dan Indonesia.

Menerusi inisiatif terbaharu itu, UTV Nusantara secara rasmi dilancarkan sebagai platform yang menjadi pemangkin kepada kerjasama kreatif antara kedua-dua negara, sekali gus memperkenalkan tiga telefilem terbaharu iaitu ‘My Toxic Boyfriend’, ‘9 Bulan’ dan ‘Puteri Maya’.

Sebagai pembuka tirai, telefilem ‘My Toxic Boyfriend’ dipilih untuk dilancarkan terlebih dahulu sebelum dua lagi naskhah, ‘9 Bulan’ dan ‘Puteri Maya’, diperkenalkan kepada penonton menerusi pengumuman yang akan dibuat pada masa akan datang.

Menariknya, ketiga-tiga telefilem berkenaan menjalani penggambaran di Jakarta dan Yogyakarta, Indonesia, dengan kerjasama pasukan produksi tempatan negara itu.

Pendekatan berkenaan sekali gus memperlihatkan usaha UTV Nusantara dalam mewujudkan sinergi penerbitan rentas sempadan.

‘My Toxic Boyfriend’ menampilkan pelakon Malaysia, Siti Khadijah Halim yang bergandingan dengan dua pelakon Indonesia, Cinta Brian dan Adly Fayruz.

Gabungan tiga pelakon berkenaan menjadi antara tarikan utama telefilem itu, selain mengetengahkan kerjasama bakat seni daripada dua negara serumpun.

Sementara itu, dua lagi telefilem iaitu ‘9 Bulan’ dan ‘Puteri Maya’ dibintangi sepenuhnya oleh barisan pelakon Indonesia.

Pendekatan tersebut merupakan usaha UTV Nusantara dalam mempelbagaikan kandungan hiburan bagi memenuhi cita rasa penonton di rantau ini.

Ads

Siti Khadijah Halim Bergandingan Dengan Dua Pelakon Indonesia, ‘My Toxic Boyfriend’ Jadi Pembuka Tirai UTV Nusantara Siti Khadijah Halim Bergandingan Dengan Dua Pelakon Indonesia, ‘My Toxic Boyfriend’ Jadi Pembuka Tirai UTV Nusantara

Presiden UTV merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Entertainment, Datuk Adzliana Hasan, berkata pelancaran UTV Nusantara merupakan langkah strategik dalam memperluas ekosistem hiburan digital, selain membuka lebih banyak peluang kerjasama antara penggiat industri kreatif Malaysia dan Indonesia.

“Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan sebuah platform hiburan digital, sebaliknya menjadi titik permulaan kepada usaha kami membina hubungan kreatif yang lebih kukuh antara Malaysia dan Indonesia.

“Kami melihat kedua-dua negara mempunyai kekuatan tersendiri dari segi bakat, penceritaan dan kepakaran penerbitan.

“Justeru, kerjasama ini membolehkan kami menggabungkan kelebihan tersebut bagi menghasilkan kandungan yang bukan sahaja dekat dengan masyarakat Nusantara, malah berpotensi menarik perhatian penonton yang lebih luas,” katanya.

Ads

Menurut Adzliana, pemilihan Indonesia sebagai lokasi penggambaran bagi ketiga-tiga telefilem itu turut mencerminkan kesungguhan pihaknya untuk membangunkan kerjasama produksi yang lebih menyeluruh dengan rakan industri di Indonesia.

“Kami mahu UTV Nusantara menjadi platform yang memberi ruang kepada bakat kreatif kedua-dua negara untuk bekerjasama, berkongsi pengalaman dan menghasilkan karya yang mempunyai nilai komersial serta kekuatan penceritaan.

“Melalui penerbitan tiga telefilem ini, kami berharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelakon, pengarah, penulis skrip dan tenaga produksi untuk meneroka pasaran hiburan serantau secara lebih aktif,” katanya.

Siti Khadijah Halim Bergandingan Dengan Dua Pelakon Indonesia, ‘My Toxic Boyfriend’ Jadi Pembuka Tirai UTV Nusantara Siti Khadijah Halim Bergandingan Dengan Dua Pelakon Indonesia, ‘My Toxic Boyfriend’ Jadi Pembuka Tirai UTV Nusantara

Baca Artikel Lain; 

Anda mungkin berminat dengan

Ads

https://www.mediahiburan.my/hadiah-ulang-tahun-pertama-zul-ariffin-siti-khadijah-belum-pernah-dipertemukan-sebagai-hero-heroin-julung-kali-disatukan-dalam-takdirnya-cinta/

Ditayangkan Dengan Harga Langganan RM9.50

Mengulas mengenai pelancaran ‘My Toxic Boyfriend’, Adzliana menjelaskan, telefilem berkenaan menjadi antara langkah awal pihaknya dalam memperkenalkan kandungan eksklusif yang boleh diakses oleh penonton menerusi platform UTV.

Telefilem itu mula ditayangkan secara rasmi pada 23 November 2026, jam 9 malam, menerusi platform UTV dengan harga langganan hanya RM9.50. Kadar berkenaan sekali gus menawarkan pilihan hiburan digital pada harga yang berpatutan.

“Kami mahu memastikan kandungan yang diterbitkan dapat dinikmati oleh lebih ramai penonton tanpa perlu berbelanja besar. Dengan kadar langganan RM9.50, kami berharap UTV dapat menjadi antara pilihan masyarakat untuk mendapatkan hiburan yang menarik dan berkualiti,” katanya lagi.

Adzliana turut menambah, perkembangan platform penstriman dan penggunaan media digital yang semakin meluas turut membuka peluang kepada syarikat penerbitan tempatan untuk memperkenalkan kandungan kepada penonton tanpa dibatasi sempadan geografi.

Sehubungan itu, UTV Nusantara akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan kandungan kreatif yang mampu memenuhi keperluan penonton masa kini, selain menggalakkan kerjasama strategik bersama penerbit dan penggiat seni dari kedua-dua negara.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Akim Dedah Saling Beri Kritikan Waktu Sesi ‘Rehearsal’ Di GVF Bersama...

Penyanyi dan komposer, Akim Ahmad mengakui teruja apabila persembahannya pada konsert minggu pertama Gegar Vaganza Fantasia (GVF) berjalan lancar.