Ads

Ayda Jebat Kini Berani Terbit Drama & Telefilem, Sheila Rusly Jadi Inspirasi! – “Saya Banyak Memerhati Cara Beliau Mengendalikan Produksi.”

Selepas lima tahun aktif menerbitkan video muzik dan kandungan komersial, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat kini melebarkan sayap dalam bidang penerbitan drama serta telefilem untuk siaran televisyen.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 34, berkata syarikat AJNM Entertainment yang ditubuhkan bersama suaminya, Nabil Mahir, bakal menyahut cabaran menerbitkan drama bermula penghujung tahun ini selepas yakin dengan potensi karya yang dihasilkan.

“Selama ini kami lebih banyak menghasilkan video muzik, iklan dan ‘jingle’ untuk pelbagai jenama terkenal.

“Namun, kali ini kami mahu mencuba sesuatu yang berbeza dengan meneroka penerbitan untuk televisyen.

“Alhamdulillah, projek pertama kami sudah pun ditayangkan menerusi RTM. Insya-Allah, bulan depan kami akan memulakan penggambaran sebuah drama dan sebuah lagi telefilem,” katanya.

Penyanyi lagu Pencuri Hati itu berkatq demikian selepas perasmian cawangan baharu jenama tempatan, Bayu Somerset di AEON Bandaraya Melaka, baru-baru ini.

Bagi projek drama terbaharu syarikat milik bersama itu, Ayda memaklumkan kerja-kerja penggambaran dijadualkan bermula bulan depan dengan menampilkan beberapa pelakon, termasuk model dan pelakon, Amber Chia.

Ayda Jebat Kini Berani Terbit Drama & Telefilem, Sheila Rusly Jadi Inspirasi! - “Saya Banyak Memerhati Cara Beliau Mengendalikan Produksi.” Ayda Jebat Kini Berani Terbit Drama & Telefilem, Sheila Rusly Jadi Inspirasi! - “Saya Banyak Memerhati Cara Beliau Mengendalikan Produksi.”

Ads

Sheila Rusly Jadi Sumber Inspirasi

Dalam pada itu, Ayda mengakui penerbit dan pelakon berpengalaman, Sheila Rusly merupakan antara individu yang menjadi sumber inspirasinya untuk mendalami bidang penerbitan.

“Saya banyak memerhati cara beliau mengendalikan produksi, khususnya dalam aspek pengurusan kewangan, penelitian skrip dan pemilihan jalan cerita.

“Saya sangat mengaguminya. Saya suka semua cerita yang dihasilkan Sheila serta suaminya, Jinggo kerana jalan cerita berkualiti selain ketelitian dalam menguruskan bajet.

“Dulu beliau selalu telefon saya suruh datang rumah. Ketika itulah saya dapat melihat sendiri caranya meneliti dan mengkaji skrip. Secara tidak langsung, banyak perkara saya belajar daripadanya,” katanya lagi.

Mengulas mengenai pembahagian tugas bersama suami, Ayda berkata Nabil menggalas tanggungjawab sebagai pengarah, manakala dirinya lebih memberikan tumpuan kepada urusan di belakang tabir serta pengurusan produksi.

Ads

Meskipun menyimpan hasrat untuk berada di kerusi pengarah, pelakon drama Mandul Bukan Pilihan itu tidak mahu terburu-buru merealisasikan impian berkenaan kerana menyedari bidang tersebut memerlukan ilmu dan pengalaman yang mencukupi.

“Saya rasa perlu menimba ilmu terlebih dahulu. Bukan tidak boleh buat, tetapi saya mahu belajar daripada orang yang lebih berpengalaman, termasuk mereka yang rapat dengan saya.

“Kami tidak mahu terus terjun tanpa persediaan kerana banyak perkara perlu difahami. Saya mahu tahu bagaimana menguruskan produksi dengan betul sebelum melangkah lebih jauh,” katanya.

Baca Artikel Lain;

Ads

https://www.mediahiburan.my/alhamdulillah-ayda-jebat-terima-pingat-bintang-cemerlang-melaka-anggap-antara-kenangan-terindah-dalam-hidup/

Anda mungkin berminat dengan

Puji Perkembangan Pesat Bayu Somerset

Sementara itu, berkongsi mengenai minatnya terhadap jenama Bayu Somerset, Ayda menyifatkan perkembangan pesat jenama tempatan berkenaan sebagai sesuatu yang mengagumkan, lebih-lebih lagi apabila kualiti produk yang ditawarkan terus terpelihara.

Menurutnya, dia sudah lama menjadi pelanggan jenama tersebut dan sering menggayakan koleksi pakaian Bayu Somerset ketika menghadiri mesyuarat, urusan rasmi serta kemunculan di televisyen.

“Saya memang suka cara mereka berkembang dengan cepat tetapi kualiti tetap terjaga. Saya sendiri sudah lama memakai pakaian Bayu Somerset, malah hampir setiap Jumaat atau ketika ada urusan rasmi, saya memilih koleksi ini.

“Tahniah kepada pemiliknya yang turut menyuntik inspirasi kepada saya selalu pengusaha bisnes.

“Harap mereka terus maju dan menghasilkan lebih banyak koleksi termasuk pakaian bayi seperti koleksi romper daripada fabrik kapas,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Walau Hendak Tidur Pun Saya Pakai Minyak Wangi Bukan Sebab Busuk,...

Pelakon Aprena Manrose menyifatkan penjagaan kebersihan diri dan pemakaian wangian sebagai dua perkara paling utama dalam kehidupannya, baik sebagai seorang selebriti mahupun wanita. Menurut Aprena...