Ads

Felix Ulas Persembahan Di GVF, Dedah Punca Jarang Nyanyi ‘Warkah Berlagu Pilu’ – “Minus One Asal Hilang, Kalau Cari Di YouTube Bunyinya Teruk.”

Persembahan penyanyi, Felix Agus pada minggu pertama Gegar Vaganza Fantasia (GVF) disifatkan kurang menyerlah apabila dia membawakan lagu Warkah Berlagu Pilu dan menduduki kedudukan ke-10, Ahad lalu.

Bagaimanapun, Felix menjelaskan dia sebenarnya jarang menyampaikan lagu tersebut secara langsung kerana berdepan kekangan ‘minus one’ asal bagi lagu berkenaan didakwa sudah hilang.

Jelasnya, situasi itu menyebabkan dia lebih selesa memilih lagu-lagu lain untuk dipersembahkan, terutama ketika membuat persembahan di Sabah.

Felix Ulas Persembahan Di GVF, Dedah Punca Jarang Nyanyi ‘Warkah Berlagu Pilu’ - “Minus One Asal Hilang, Kalau Cari Di YouTube Bunyinya Teruk.” Felix Ulas Persembahan Di GVF, Dedah Punca Jarang Nyanyi ‘Warkah Berlagu Pilu’ - “Minus One Asal Hilang, Kalau Cari Di YouTube Bunyinya Teruk.”

“Walaupun lagu Warkah Berlagu Pilu ini diciptakan khas untuk saya sendiri tapi saya jarang menyanyikan lagu ini. Di Sabah, saya akan membawakan lagu-lagu saya yang lain.

“Dalam setahun, mungkin sekali sahaja saya menyanyikan lagu ini. Antara sebabnya adalah kerana minus one untuk lagu ini sudah hilang. Kalau cari di Youtube, bunyinya sangat teruk.

“Jadi, saya menyanyi dengan cara sendiri sahaja. Bila saya bawakan lagu itu di GVF, Datuk Syafinaz merasakan suara saya kurang sampai. Ini kerana saya jarang bawakan lagu ini,” katanya kepada MH.

Bintang Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu berkata demikian ketika ditemui selepas tamat konsert minggu ketiga GVF, Ahad lalu.

Ads

Akui Gugup, Lutut Menggigil Ketika Dinilai Juri

Dalam pada itu, Felix turut mengakui perasaannya bercampur baur ketika pertama kali melangkah ke pentas GVF.

Menurutnya, pengalaman membuat persembahan di hadapan juri memberikan tekanan berbeza berbanding persembahan yang biasa dilakukannya di Sabah.

Felix Ulas Persembahan Di GVF, Dedah Punca Jarang Nyanyi ‘Warkah Berlagu Pilu’ - “Minus One Asal Hilang, Kalau Cari Di YouTube Bunyinya Teruk.”

“Perasaan saya bercampur baur. Ada teruja, terkejut dan gembira. Jika di Sabah, saya hanya akan buat persembahan di acara korporat atau karnival.

“Persembahan seperti itu tiada penjurian. Bila nyanyian saya dijurikan, saya rasa lutut seperti nak tercabut dan menggigil satu badan.

Ads

“Nasib baik saya masih boleh kawal perasaan itu,” kongsinya lagi.

Mengulas mengenai komen juri tetap, Datuk Syafinaz yang mahu melihatnya kembali bersaing bersama penyanyi, Mawi, Felix menjelaskan dia lebih selesa memberikan sepenuh perhatian terhadap prestasi sendiri berbanding memikirkan kedudukan atau persaingan dengan peserta lain.

Jelasnya, dia tetap perlu berpuas hati dengan persembahan pada minggu pertama, namun mengakui mungkin mempunyai penilaian berbeza sekiranya kualiti persembahan sama ditampilkan pada minggu-minggu berikutnya.

Felix Ulas Persembahan Di GVF, Dedah Punca Jarang Nyanyi ‘Warkah Berlagu Pilu’ - “Minus One Asal Hilang, Kalau Cari Di YouTube Bunyinya Teruk.” Felix Ulas Persembahan Di GVF, Dedah Punca Jarang Nyanyi ‘Warkah Berlagu Pilu’ - “Minus One Asal Hilang, Kalau Cari Di YouTube Bunyinya Teruk.”

“Untuk penampilan di minggu pertama ini, saya tetap perlu berpuas hati juga. Jika saya pamerkan kualiti persembahan seperti ini pada minggu kedua atau ketiga, mungkin saya tidak berpuas hati.

Ads

“Bila juri kata saya perlu bersaing dengan Mawi, rasa tertekan itu sudah tentu ada. Namun, itu bukanlah fokus saya. Saya tidak mahu meletakkan diri saya di mana-mana posisi.

Anda mungkin berminat dengan

“Saya tak mahu bersaing dengan mana-mana peserta. Saya hanya akan ketengahkan apa yang saya boleh buat. Itu sahaja.

“Kalau kemampuan saya ini boleh memberikan saingan kepada kawan-kawan lain, saya sudah bersyukur. Jika tidak, memang setakat itu sahaja tahap saya,” katanya.

Terdahulu, Felix merupakan antara alumni AF yang berjaya diserap masuk ke GVF hasil undian peminat.

GVF berlangsung selama 11 minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, bermula 9 November lalu. Program itu bersiaran setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi Astro Ria (104).

Selain itu, program berkenaan turut boleh distrim menerusi platform On Demand, Astro GO dan Sooka.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Mawi Lebih 20 Tahun Dalam Seni & Cipta Fenomena ‘Tsumawi’, Pawana...

Selepas lebih dua dekad mencipta fenomena menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), nama penyanyi Mawi terus mempunyai tempat tersendiri dalam industri hiburan...