Ads

Mawi Lebih 20 Tahun Dalam Seni & Cipta Fenomena ‘Tsumawi’, Pawana Pawaka Jadi Tanda Kolaborasi Istimewa Dengan Bakat Sabah

Selepas lebih dua dekad mencipta fenomena menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), nama penyanyi Mawi terus mempunyai tempat tersendiri dalam industri hiburan tanah air apabila kembali dengan single terbaharu, Pawana Pawaka.

Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani kini turut bersaing dalam Gegar Vaganza Fantasia (GVF), yang secara tidak langsung mengimbau kembali nostalgia perjalanan seninya yang bermula di AF3.

Kemunculannya itu sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan kematangan vokal dan persembahannya selepas sekian lama.

Mempunyai perjalanan seni yang cukup baik sepanjang berada dalam industri, Mawi turut mencipta satu lagi pencapaian menerusi penganjuran konsert solo The Journey Of Mawi World di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 8 November lalu.

Konsert berkenaan dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan terhadap perjalanan seninya.

Malah, konsert itu turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan artis jemputan termasuk Akhil Hayy, Daly Filsuf, Felix Agus, Datuk AC Mizal dan Datuk Aznil Nawawi.

Mawi Lebih 20 Tahun Dalam Seni & Cipta Fenomena ‘Tsumawi’, Pawana Pawaka Jadi Tanda Kolaborasi Istimewa Dengan Bakat Sabah Mawi Lebih 20 Tahun Dalam Seni & Cipta Fenomena ‘Tsumawi’, Pawana Pawaka Jadi Tanda Kolaborasi Istimewa Dengan Bakat Sabah Mawi Lebih 20 Tahun Dalam Seni & Cipta Fenomena ‘Tsumawi’, Pawana Pawaka Jadi Tanda Kolaborasi Istimewa Dengan Bakat Sabah

Ads

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/ramli-ms-ulas-persembahan-intifada-mawi-ketika-rehearsal-bahagian-selawat-tiada-kalau-saya-tahu/

Satukan Bakat Kreatif Sabah Dengan Nama Besar Industri Muzik

Sementara itu, single Pawana Pawaka turut membuka ruang kolaborasi antara Mawi dengan tenaga kreatif dari Sabah menerusi kerjasama AJ Productions Sdn Bhd dan Sheikh Qalam Records Sdn Bhd.

Lagu ciptaan Jasnie Mohd Yaakub dengan lirik nukilan Kamarudin Hasim itu diterbitkan secara bersama oleh kedua-dua syarikat berkenaan, manakala urusan pengedarannya dikendalikan oleh AJ Productions.

Ads

Pengarah Urusan AJ Productions, Puan Asmi Datuk Andi Yakin berkata, kerjasama tersebut cukup bermakna kerana ia merupakan pengalaman pertama AJ Productions menerbitkan karya untuk Mawi.

“Kolaborasi ini sekali gus membuka ruang kepada bakat kreatif Sabah menembusi pasaran muzik tanah air.

“Ia menjadi satu pencapaian penting dalam usaha AJ Productions memperluas penglibatan di pentas muzik nasional serta membuka ruang pertemuan antara bakat kreatif Sabah dengan nama besar industri hiburan Malaysia,” katanya.

Ads

Lagu berkenaan dirakam sepenuhnya dengan penglibatan barisan pemuzik berpengalaman dalam industri muzik Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

Gabungan tenaga kreatif serta pemuzik yang terlibat turut berjaya menghasilkan sebuah karya dengan kualiti yang luar biasa.

Lebih membanggakan, video muzik (MV) Pawana Pawaka yang dimuat naik menerusi saluran YouTube AJ Productions Sdn Bhd itu juga turut menerima hampir 145,000 tontonan sejak mula disiarkan pada 8 November lalu.

Kehadiran karya terbaharu itu diharap dapat mengubat kerinduan peminat terhadap Mawi, sekali gus membuktikan perjalanan seni Mawi World masih belum berakhir.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Ayda Jebat Kini Berani Terbit Drama & Telefilem, Sheila Rusly Jadi...

Selepas lima tahun aktif menerbitkan video muzik dan kandungan komersial, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat kini melebarkan sayap dalam bidang penerbitan drama serta telefilem...