Ads

“Saya Tak Pernah Sangka…,”- Mierul Aiman Anggap Trofi Pelakon Lelaki Harapan FFM35 Satu Tanggungjawab, Mahu Terus Jujur Dalam Lakonan

Pelakon, Mierul Aiman menyifatkan kejayaannya meraih trofi Pelakon Lelaki Harapan pada Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) sebagai satu penghargaan yang tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa kepercayaan serta peluang diberikan oleh pihak yang yakin dengan kemampuan dirinya.

Menurut Mierul, pengiktirafan tersebut bukan sekadar satu pencapaian dalam kerjaya seni, malah turut hadir bersama tanggungjawab untuk terus mempertingkatkan kualiti lakonannya pada masa akan datang.

“Saya Tak Pernah Sangka…,”- Mierul Aiman Anggap Trofi Pelakon Lelaki Harapan FFM35 Satu Tanggungjawab, Mahu Terus Jujur Dalam Lakonan “Saya Tak Pernah Sangka…,”- Mierul Aiman Anggap Trofi Pelakon Lelaki Harapan FFM35 Satu Tanggungjawab, Mahu Terus Jujur Dalam Lakonan

“Saya dedikasikan anugerah Pelakon Lelaki Harapan ini kepada semua pihak yang pernah memberikan harapan dan percaya dengan kemampuan saya untuk menggalas tanggungjawab menghidupkan sesebuah watak dalam industri kreatif tanah air.

“Saya terima anugerah ini sudah tentunya kerana perancangan Allah SWT. Secara peribadi, saya melihat penganugerahan ini sebagai titik mula kepada perjalanan kerjaya saya.

“Saya juga perlu lebih bertanggungjawab sebagai seorang pekerja di dalam industri kreatif ini. Ia juga buat saya lebih bersemangat untuk bekerja keras,” katanya kepada MH.

Bintang Hero Remaja 2021 itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media FFM35, baru-baru ini.

Ads

Mahu Karya Sampai Ke Jiwa Penonton

Dalam pada itu, Mierul turut menegaskan kejujuran dan keikhlasan akan terus menjadi prinsip utama dalam setiap lakonan yang dibawanya, sekali gus ia demi memastikan setiap karya mampu memberikan kesan mendalam kepada penonton.

Mengakui tidak pernah menjangkakan bakal menerima pengiktirafan berkenaan, pelakon itu berkata dia masih berpegang teguh pada impian untuk menjadi seorang pelakon yang ikhlas dan jujur dalam menghayati setiap watak.

“Saya Tak Pernah Sangka…,”- Mierul Aiman Anggap Trofi Pelakon Lelaki Harapan FFM35 Satu Tanggungjawab, Mahu Terus Jujur Dalam Lakonan “Saya Tak Pernah Sangka…,”- Mierul Aiman Anggap Trofi Pelakon Lelaki Harapan FFM35 Satu Tanggungjawab, Mahu Terus Jujur Dalam Lakonan

“Sejujurnya saya tak pernah sangka akan menerima penganugerahan ini. Saya masih memegang impian dan tekad untuk untuk menjadi pelakon yang ikhlas dan jujur. Itulah keutamaan saya.

“Ketika berlakon di dalam filem Tarung: Unforgiven, ia satu cabaran yang besar buat saya. Alhamdulillah saya cuba cari keikhlasan dan kejujuran itu.

Ads

“Pada masa akan datang, saya tetap akan utamakan kejujuran agar karya yang saya lakonkan itu sampai ke jiwa penonton.

“Segala anugerah dan pengiktirafan adalah rezeki Allah dan bonus. Asalkan karya saya itu boleh menjadi iktibar dan membawa makna kepada penonton,” katanyq lagi.

Mengulas mengenai kemungkinan dirinya akan lebih selektif dalam memilih naskhah selepas ini, Mierul sebaliknya menjelaskan bahawa dia mahu terus membuka ruang untuk meneroka pelbagai watak serta peluang baharu dalam perjalanan kerjaya seninya.

“Saya Tak Pernah Sangka…,”- Mierul Aiman Anggap Trofi Pelakon Lelaki Harapan FFM35 Satu Tanggungjawab, Mahu Terus Jujur Dalam Lakonan “Saya Tak Pernah Sangka…,”- Mierul Aiman Anggap Trofi Pelakon Lelaki Harapan FFM35 Satu Tanggungjawab, Mahu Terus Jujur Dalam Lakonan

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Menjelang tahun baharu, azam saya nak terokai lebih banyak watak-watak baharu dan terokai diri saya sendiri. Saya nak jadi lebih terbuka untuk menerima peluang baharu.

“Bercakap soal pemilihan naskhah, jika banyak tawaran datang dalam tempoh masa yang sama, sudah tentu saya kena buat pilihan. Jika tidak, saya perlu bahagikan masa untuk menjayakan semua projek itu.

“Saya tak boleh bekerja begitu. Saya kena fokus terhadap sesuatu watak dalam satu fasa. Alhamdulillah saya dan pihak pengurusan sentiasa kekal profesional dalam merancang perjalanan kerjaya,” akhirinya.

Terdahulu, Mierul dinobatkan sebagai penerima trofi Pelakon Lelaki Harapan pada FFM35 selepas mempamerkan kualiti lakonan yang cemerlang menerusi filem Tarung: Unforgiven.

Dalam kategori tersebut, Mierul berjaya menewaskan empat calon lain iaitu Merah Muhaimin menerusi filem Abah Saya Uncle Mike, Shahfi Rafiq (Indera), Tom Phan (Circus of Life) dan Xid Haixal (Denu).

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Felix Ulas Persembahan Di GVF, Dedah Punca Jarang Nyanyi ‘Warkah Berlagu...

Persembahan penyanyi, Felix Agus pada minggu pertama Gegar Vaganza Fantasia (GVF) disifatkan kurang menyerlah apabila dia membawakan lagu Warkah Berlagu Pilu dan menduduki kedudukan ke-10, Ahad lalu.