Ads

Oktovia Manrose Bersalin Anak Keempat, Syukur Nikmat Sambut ‘Putera’ Baharu – “23 November, Our New Prince…”

Pelakon Oktovia Manrose meluahkan rasa syukur apabila selamat melahirkan bayi lelaki pada 23 November lalu.

Berita gembira itu dikongsikan Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 34, menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda itu turut meluahkan keterujaan menyambut kehadiran cahaya mata keempatnya itu.

“Masya-Allah, Tabarakallah. Alhamdulillah. 23 November 2026. Our new prince are born,” tulisnya.

Titip Penghargaan Buat Suami & Kakak Ipar

Dalam masa sama, Oktovia turut menzahirkan penghargaan kepada insan tersayang yang sentiasa berada di sisi termasuk suaminya, Mohamad Khairul Efsan Md Isa.

“Saya sangat bersyukur. Namun, di sebalik ibu yang kuat, pasti ada insan-insan yang sentiasa memberikan sokongan.

Ads

“Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan kalian. Buat kakak ipar dan suami tercinta, terima kasih kerana sentiasa ada di sisi.

“Tiada yang lebih bermakna selain mempunyai insan yang tepat untuk sentiasa berada di sisi sepanjang perjalanan mengandung. Terima kasih,” tulisnya.

Oktovia Manrose Bersalin Anak Keempat, Syukur Nikmat Sambut ‘Putera’ Baharu – “23 November, Our New Prince…”

Oktovia Manrose Bersalin Anak Keempat, Syukur Nikmat Sambut ‘Putera’ Baharu – “23 November, Our New Prince…”

Ads

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/oktovia-kongsi-foto-terkini-bersama-iwan-masyaallah-dia-menjadi-ssbab-saya-mendapat-hidayah/

Terima Komen Tahniah & Doa

Meninjau ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet turut meninggalkan komen menerusi hantaran tersebut dengan ucapan tahniah serta mendoakan kebaikan buat Oktovia seisi keluarga.

Ads

Sekadar informasi, Oktovia memiliki sepasang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Mohamad Khairul Efsan.

Anda mungkin berminat dengan

Oktovia turut memiliki seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain menerusi perkahwinan terdahulu.

Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah menerima hampir 12,000 tanda suka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WSPO (@oktoviamanrose)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Dia Ibarat ‘Senjata Rahsia’ Kami…,” – Musa Dedah Sebab Ketiadaan Mamat...

Pemain bass kumpulan Exists, Musa menjelaskan ketiadaan vokalis asal kumpulan itu, Mamat, dalam Konsert Slam x Exists ‘The Greatest Hits’ adalah selari dengan perancangan yang telah ditetapkan sejak dua konsert terdahulu.