Ads

Mawi Akhirnya Miliki Mikrofon Sendiri Selepas 21 Tahun Jadi Penyanyi, Isteri Pilih Warna Oren Simbolik Anak FELDA – “Semoga Syurga Buat Kamu Ekin.”

Penyanyi dan pelakon, Mawi meluahkan rasa teruja apabila akhirnya berpeluang menggunakan mikrofon yang ditempah selepas 21 tahun bergelar anak seni.

Menurut Mawi, sepanjang lebih dua dekad dalam industri hiburan, dia hanya menggunakan mikrofon yang disediakan untuk setiap persembahan dan tidak pernah memiliki mikrofon peribadi sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ekin Cahaya (@ekinmawi_cahaya)

“21 tahun saya menyanyi, hari ini, saya baru dapat merasai pengalaman guna mikrofon sendiri.

“Sebelum ini, saya memang akan gunakan mikrofon biasa sahaja. Saya guna apa yang ada sahaja,” katanya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Aduh Saleha itu menerusi satu hantaran video yang dimuat naik oleh isterinya, Ekin.

Mawi Akhirnya Miliki Mikrofon Sendiri Selepas 21 Tahun Jadi Penyanyi, Isteri Pilih Warna Oren Simbolik Anak FELDA – “Semoga Syurga Buat Kamu Ekin.”

Ads

Mikrofon Hadiah Istimewa Isteri, Warna Oren Ada Makna

Jelas Mawi, mikrofon yang ditempah khas berkenaan merupakan hadiah istimewa daripada Ekin sempena sambutan hari lahirnya yang diraikan baru-baru ini.

Mawi Akhirnya Miliki Mikrofon Sendiri Selepas 21 Tahun Jadi Penyanyi, Isteri Pilih Warna Oren Simbolik Anak FELDA – “Semoga Syurga Buat Kamu Ekin.”

“Ini pun saya dipaksa untuk gunakan mikrofon ini. Ia adalah hadiah daripada Ekin. Walaupun, sebenarnya Ekin yang menyambut hari lahir, namun, dia yang bagi hadiah kepada saya.

“Warna-warna pada mikrofon ini juga merupakan cita rasa Ekin sendiri,” kongsinya lagi.

Ads

Menjengah ke ruangan komen, Mawi turut berseloroh mengenai pemilihan warna oren pada mikrofon berkenaan yang disifatkan sebagai simbolik kepada identitinya sebagai anak FELDA.

Mawi Akhirnya Miliki Mikrofon Sendiri Selepas 21 Tahun Jadi Penyanyi, Isteri Pilih Warna Oren Simbolik Anak FELDA – “Semoga Syurga Buat Kamu Ekin.”

“Terima kasih Ekin. Sudah-susah sahaja. Warna oren itu merupakan simbolik warna FELDA.

Ads

“Ya aku anak FELDA. Semoga syurga buat kamu Ekin,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 70,000 tontonan di Instagram.

Terdahulu, Mawi merupakan antara bintang yang kini sedang bersaing dalam program realiti Gegar Vaganza Fantasia (GVF).

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Instagram Mawi & Ekin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Tiara Jacquelina Sebak Lihat Anak Jadi Puteri Gunung Ledang, Dedah PGLM...

Selepas hampir tiga minggu menampilkan persembahan yang memukau audiens, pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical 2026 (PGLM) akhirnya melabuhkan tirai secara rasmi pada 17 November lalu.