Ads

Shiqin Kamal Selamat Bernikah Dengan Jurulatih Sukan Memanah, Mika Irfan Nojey… Terima Mas Kahwin Dua Dinar Emas

Shiqin Kamal
Shiqin Kamal

Pelakon Shiqin Kamal sah bergelar isteri kepada jurulatih sukan memanah dan berkuda, Mika Irfan Nojey dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Glamhall, Damansara Perdana, hari ini.

Tepat jam 12 tengah hari, pasangan sama cantik sama padan itu selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz, sekali gus mengesahkan ikatan mereka sebagai suami isteri.

Terima Mas Kahwin Dua Dinar Emas

Majlis akad nikah tersebut disempurnakan oleh wali yang juga abang sulung Shiqin, Firozdeen Kamal, dan disaksikan jurunikah merangkap Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Damansara Perdana, Ustaz Abd Salam Mahmud.

Menerusi majlis berkenaan, Irfan menyerahkan mas kahwin berupa dua dinar emas, manakala jumlah wang hantaran bagaimanapun tidak didedahkan kepada umum.

Selain itu, pihak pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran yang dibalas dengan tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Ads

Pada majlis tersebut, Irfan tampil segak mengenakan persalinan Baju Melayu berwarna putih, manakala Shiqin pula kelihatan anggun menyarungkan dress putih yang menyerlahkan penampilannya.

Majlis pernikahan itu turut dihadiri kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga serta rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

Ads

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/filem-produksi-seni-2020-ini-bakal-buka-mata-ramai-terumbu-karang-musnah-penyu-mati-akibat-plastik-pukat-hantu/

Ads

Bertunang Ogos Lepas

Untuk rekod, pasangan ini mula berkenalan sejak setahun lalu sebelum hubungan yang terjalin semakin serius dan akhirnya membawa mereka ke fasa baharu dalam kehidupan sebagai suami isteri.

Anda mungkin berminat dengan

Terdahulu, Irfan dan Shiqin telah melangsungkan majlis pertunangan pada 29 Ogos lalu.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Siti Khadijah Halim Bergandingan Dengan Dua Pelakon Indonesia, ‘My Toxic Boyfriend’...

Usanita Entertainment terus memperluas jaringan industri hiburan serantau menerusi penerbitan tiga telefilem Nusantara, selain menjalinkan kolaborasi muzik yang membabitkan bakat dari Malaysia dan Indonesia. Menerusi...