Ads

Marissa Genap 21 Tahun, ‘Deep’ Ucapan Hari Jadi Daripada Abby Abadi – “Lahir Dalam Kereta Pun Mama Yang Sambut.”

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menitipkan ucapan penuh bermakna sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Marissa Dania yang ke-21, semalam.

Meskipun tidak berpeluang meraikan hari istimewa itu bersama, Abby bagaimanapun tetap meluahkan doa agar Marissa sentiasa berada dalam rahmat Allah serta dikurniakan kejayaan dalam setiap langkah kehidupannya.

Doa Buat Anak Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Marissa Genap 21 Tahun, ‘Deep’ Ucapan Hari Jadi Daripada Abby Abadi – “Lahir Dalam Kereta Pun Mama Yang Sambut.”

“Selamat hari lahir adik yang ke-21 Marissa Dania. Alhamdullillah, sihat sempurna, cantik, lawa dan manis selalu anak mama ye.

“Maaf tak dapat sambut sama-sama hari ini. Apapun semoga majlis berjalan lancar dan penuh rahmat.

“Terbanglah setinggi manapun, gapailah segala impianmu. Doa Mama sentiasa mengiringi,” tulisnya.

Ucapan tersebut dikongsikan pelakon filem Gerak Khas The Movie itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Sangkal Dakwaan Anak Tak Pernah Bantu Bisnes

Dalam hantaran sama, Abby turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mendakwa anak-anaknya tidak pernah mengambil tahu atau membantu perniagaan yang diusahakannya.

Ads

Marissa Genap 21 Tahun, ‘Deep’ Ucapan Hari Jadi Daripada Abby Abadi – “Lahir Dalam Kereta Pun Mama Yang Sambut.”

Menurut Abby, anak-anaknya merupakan antara individu yang banyak memainkan peranan sebagai tulang belakang dalam membantu mengembangkan jenama perniagaannya sejak dahulu lagi.

“Pada yang kata saya meniaga tiru orang dan saya berniaga Marissa tak tolong, dari dulu anak-anak sayalah model saya.

“Cuma zaman TikTok saya tertinggal. Doakan Allah bagi rezeki yang tak terjangka lepas-lepas ini ye, amin,” kongsinya.

Abby pada masa sama turut menjelaskan, Marissa juga sering terlibat dalam sesi penggambaran sebagai wajah kepada pelbagai perniagaan yang dibangunkan sejak tahun 2014.

Ads

Marissa Genap 21 Tahun, ‘Deep’ Ucapan Hari Jadi Daripada Abby Abadi – “Lahir Dalam Kereta Pun Mama Yang Sambut.”

Marissa Genap 21 Tahun, ‘Deep’ Ucapan Hari Jadi Daripada Abby Abadi – “Lahir Dalam Kereta Pun Mama Yang Sambut.”“Dari 2014 dah saya meniaga. Semua rezeki yang ada walau tak kaya, cukup makan pakai segala.

“Sebab itu sampai lupa nak meminta-minta.
Ps: Anak Mama tau ni. Takut la ada yg tak tahu lagi.

“Photoshoot dengan mama. Anak Mama yang dijaga dari dalam perut. Lahir dalam kereta pun mama yang sambut,” kongsinya lagi.

Ads

Pada masa sama, Abby memaklumkan Marissa kini semakin jarang terlibat dalam projek perniagaannya berikutan kekangan jadual memandangkan anaknya itu kini semakin berdikari.

Anda mungkin berminat dengan

Marissa Genap 21 Tahun, ‘Deep’ Ucapan Hari Jadi Daripada Abby Abadi – “Lahir Dalam Kereta Pun Mama Yang Sambut.”

“Model mama sekian lama. Bila sudah besar-besar ini, dah pandai berdikari, kurang masa sudah untuk mama. Jadi tiadalah photoshoot dah. Kena berjanji awal baru boleh jadi,” ujarnya.

Untuk rekod, Marissa merupakan anak kedua hasil perkahwinan Abby bersama pelakon Norman Hakim yang mendirikan rumah tangga pada 2002 sebelum bercerai pada 2009.

Mereka turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Threads & Instagram Abby Abadi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Datuk Red Selamat Bernikah, Syukur Dipertemukan Isteri Yang Ikhlas – “Sayang...

Usahawan yang juga bekas suami penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Red dilaporkan telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hatinya, Rohanita dalam sebuah majlis tertutup dipercayai di ibu negara hari ini.
error: Hello. Cannot.