Ads

Dr. Heama Tak Halang Kerjaya Seni Suami, Zubir Khan Dedah Kisah Cinta Bermula Dengan Perjalanan 2 Jam – “Ketika Itu Dia Belajar Di Kedah.”

Zubir Khan
Zubir Khan

Isteri kepada penyanyi dan komposer, Zubir Khan iaitu Dr. Heama Maleini menegaskan dia tidak akan sesekali menghalang kerjaya seni suaminya, malah akan terus memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi.

Menurut Heama, dia percaya suaminya akan sentiasa memahami tanggungjawab sebagai anak seni selain tahu menjaga batas dalam setiap urusan yang melibatkan kerjayanya. 

Baginya, kepercayaan merupakan asas paling penting dalam sesebuah rumah tangga.

Dr. Heama Tak Halang Kerjaya Seni Suami, Zubir Khan Dedah Kisah Cinta Bermula Dengan Perjalanan 2 Jam - “Ketika Itu Dia Belajar Di Kedah.”

“Dia tahu apa yang dia lakukan dan saya tahu apa pekerjaannya. Saya percaya Zubir tahu menjaga batas. Saya akan sentiasa menyokong kerjayanya.

“Takkan disebabkan statusnya sebagai artis, saya kena halang apa yang dia suka. Pada saya, kepercayaan adalah perkara paling penting,” katanya.

Zubir dan Heama berkata demikian ketika ditemui pada majlis akad nikah mereka yang berlangsung di Bangi Golf Resort, baru-baru ini.

Perjalanan Dua Jam Jadi Titik Permulaan Cinta

Dalam pada itu, Zubir turut berkongsi detik pertemuan yang menjadi titik tolak kepada hubungan cintanya bersama isteri tercinta.

Ads

Menurut penyanyi itu, Heama sanggup menempuh perjalanan hampir dua jam semata-mata untuk menyaksikan persembahannya buat kali pertama.

Dr. Heama Tak Halang Kerjaya Seni Suami, Zubir Khan Dedah Kisah Cinta Bermula Dengan Perjalanan 2 Jam - “Ketika Itu Dia Belajar Di Kedah.”

“Saya juga tidak menjangkakan pertemuan kami akan terjadi seperti itu. Ketika itu, saya ada persembahan di Ipoh. Saya bagitahu kepada Heama yang saya akan buat persembahan di sana.

“Ketika itu dia sedang belajar di Sungai Petani, Kedah. Dia sanggup menempuh perjalanan selama dua jam untuk berjumpa dengan saya. Itulah pertemuan pertama kami.

“Dari situ, saya mula sukakan dia. Kemudian dalam masa sebulan, terus saya ajak dia berkahwin. Hubungan kami itu berjalan dalam waktu yang agak panjang,” ujarnya lagi.

Ads

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/dia-jadi-tangan-kanan-saya-zubir-khan-syukur-sah-bergelar-suami-sedia-bimbing-isteri-sebagai-saudara-baharu/

Yakin Peminat Terus Beri Sokongan

Sementara itu, Zubir turut meluahkan keyakinan bahawa para peminat akan terus memberikan sokongan terhadap perjalanan kerjaya seninya meskipun kini sudah bergelar suami.

Dr. Heama Tak Halang Kerjaya Seni Suami, Zubir Khan Dedah Kisah Cinta Bermula Dengan Perjalanan 2 Jam - “Ketika Itu Dia Belajar Di Kedah.” Dr. Heama Tak Halang Kerjaya Seni Suami, Zubir Khan Dedah Kisah Cinta Bermula Dengan Perjalanan 2 Jam - “Ketika Itu Dia Belajar Di Kedah.”

Ads

“Saya pasti peminat akan sentiasa menyokong saya. Selama ini, mereka bukan menyokong kerana diri saya sahaja tetapi juga lagu. Insya-Allah saya percaya mereka akan terus sokong lagu-lagu saya,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Terdahulu, Zubir dan Heama sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang berlangsung meriah namun sederhana pada Jumaat.

Pada majlis tersebut, Zubir telah dinikahkan oleh jurunikah merangkap Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Hulu Langat, Abdul Aziz Abd Rahman.

Majlis resepsi pasangan itu pula berlangsung di sebuah premis acara di Puchong pada Sabtu.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Zubir Khan

@mediahiburanofficial Penyanyi dan komposer, Zubir Khan meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hati, Dr. Heama Maleini, berlangsung dengan lancar pada Jumaat. Sah sebagai suami isteri dengan hanya sekali lafaz, penyanyi lagu OMK itu menyifatkan detik tersebut sebagai momen paling bermakna dalam kehidupannya ✨💕 #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Noraniza Idris Akui Sukar Cari Komposer Puyai Jiwa Melayu Yang Kuat,...

Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris mengakui bukan mudah untuk mencari komposer yang memiliki pengetahuan serta jiwa yang mendalam terhadap muzik etnik bagi menghasilkan karya baharu yang bakal dihasilkan benar-benar menepati identiti dan perjuangannya.