Ads

“Ayah Masih Kritikal Tapi…,” – Anak Amyza Aznan Kongsi Keadaan Terkini Bapa, Masih Tunggu Keputusan Doktor

Anak kepada pelakon Amyza Aznan, Adrian Adam, berkongsi perkembangan terkini mengenai bapanya, Khairil Izhar, yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas terpaksa ditidurkan.

Menurut Adrian, keadaan bapanya masih berada pada tahap kritikal namun stabil dan ketika ini seluruh ahli keluarga hanya mampu menunggu keputusan serta perkembangan lanjut daripada pihak doktor.

“Ayah Masih Kritikal Tapi…,” - Anak Amyza Aznan Kongsi Keadaan Terkini Bapa, Masih Tunggu Keputusan Doktor

“Buat masa sekarang, keadaan ayah saya masih kritikal tapi stabil. Kita sedang menunggu keputusan daripada doktor,” tulisnya.

Perkongsian itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya pada pagi Isnin.

Alami Sesak Nafas Sejak Beberapa Hari

Semalam, Amyza memaklumkan suaminya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas mengalami masalah kesihatan yang serius.

“Ayah Masih Kritikal Tapi…,” - Anak Amyza Aznan Kongsi Keadaan Terkini Bapa, Masih Tunggu Keputusan Doktor

Memetik laporan Harian Metro, Amyza berkata suaminya terpaksa ditidurkan akibat paru-paru berair dan tekanan darah tinggi.

Menurutnya, keadaan kesihatan Khairil mula merosot sejak lima hingga enam hari lalu apabila mengalami masalah sesak nafas.

Ads

“Sebenarnya lima hingga ke enam hari ini, keadaan dia memang tak bagus. Dia ada sesak nafas.

“Bukan sebab dia tak pergi dialisis, dia fikir sebab batuk. Sebab dialisis dia kena buat tiga kali seminggu. Selalunya kalau tak dialisis, benda tu akan terjadi.

“Tetapi kali ini, walaupun dia pergi dialisis pun, masih tak boleh bernafas,” katanya seperti yang dipetik.

Amyza turut menjelaskan keadaan suaminya sebenarnya sudah berlarutan lebih dua minggu apabila dia tidak lagi dapat tidur seperti biasa.

“Saya rasa sudah lebih dari dua minggu, dia tak dapat tidur macam biasa. Dia berdiri sepanjang masa sampai ke pagi. Berdiri ataupun dia duduk.

Ads

“Tetapi lebih kepada berdiri sebenarnya sebab dia tak boleh bernafas,” katanya lagi.

Pernah Jalani Rawatan Rapi Sebelum Ini

Amyza turut berkongsi bahawa empat hari sebelum dimasukkan ke hospital, suaminya sudah menyuarakan hasrat untuk mendapatkan rawatan namun masih cuba bertahan dengan meneruskan sesi dialisis walaupun keadaannya tidak menunjukkan sebarang perubahan positif.

“Jadi pagi tadi (semalam) dia ‘surrender’ dan minta saya untuk hantar ke hospital. Tetapi untuk kita hantar sendiri memang tak boleh dan amat mustahil dalam keadaan begitu.

“Sebab dia pasti akan minta berhenti kereta, keluar dan berdiri dua ke tiga jam dekat luar sebab tak boleh bernafas. Jadi keputusannya, saya panggil ambulans datang ke rumah,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, Khairil Izhar pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta pada Disember 2017 akibat serangan jantung.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Pada Disember 2023 pula, Amyza mendedahkan dia terpaksa membuat keputusan sukar untuk menyelamatkan nyawa suaminya selepas Khairil ditidurkan akibat sesak nafas.

Bagaimanapun, selepas dua hari ditidurkan, Khairil Izhar kembali sedar sebelum disahkan dijangkiti Covid-19 dan perlu menjalani rawatan rapi.

Untuk rekod, Amyza dan Khairil Izhar mendirikan rumah tangga pada 2003.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Adrian Adam dan Ayden Andika.

Anak sulung mereka, Andre, meninggal dunia pada 23 Februari lalu selepas bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Adrian Mikhail dan Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Sangat Bersyukur Walaupun Sedih Sebab Kedua Ibu Bapa Tak Dapat Tengok,...

Penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain meluahkan rasa syukur dan terharu apabila dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk, sekali gus...