
Usahawan yang juga bekas suami penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Red dilaporkan telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hatinya, Rohanita dalam sebuah majlis tertutup dipercayai di ibu negara hari ini.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik menerusi TikTok, Red atau nama sebenarnya Adnan Abu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan dilihat mengenakan busana Baju Melayu lengkap berwarna putih sedondon dengan suri hatinya.
Sementara itu, Red turut memuat naik video yang memaparkan momen romantis dirinya berpegangan tangan dengan Rohanita yang ketika itu sudah secara rasmi bergelar isterinya.
Syukur Atas Jodoh
Menurut Red, dia bersyukur kerana dipertemukan dengan wanita yang ikhlas menerima segala kebaikan dan kekurangannya sebagai suami.
“Dia tahu susahku, kekuranganku dan kebencian orang terhadapku.
“Tapi dia memilih untuk tidak pergi.
“Terima kasih isteriku menerima lelaki yang gagal segala- galanya. Sayang Rohanita hingga akhir hayatku,” kongsinya dalam ruangan kapsyen.

Sementara ruangan komen hantaran sama turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada warganet yang mendoakan semoga perkahwinannya kali ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Terdahulu, Red bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim (Datin Red) dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 13 Mei 2024.
Tidak lama kemudian, Red berpisah talak satu dengan Adira pada penghujung April 2024.
Sebelum itu, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Anda mungkin berminat dengan
Hasil perkahwinan dengan Adira, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
@dato..red Dia tau susah ku, Dia tau kekuranganku, Dia tau kebencian orang terhadapku, Tapi dia memilih untuk tidak pergi,terima kaseh isteri ku menerima lelaki yang gagal segala galanya.sayang @rhnita hingga akhir hayat ku🩵 #AdeNitaTwenty4Seven ♬ original sound – abg red
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Datuk Red
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

