Ads

Siti Nurhaliza Dedah Pernah Berehat Setahun Demi IVF, Beri Kata Semangat Buat Wanita Pejuang Zuriat… Sanggup Berhenti Kerja Ikhtiar Miliki Cahaya Mata

Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza tampil memberikan kata-kata semangat kepada seorang wanita yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memberikan sepenuh tumpuan terhadap rawatan persenyawaan in vitro (IVF) sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat.

Dedikasi tersebut dikongsi Siti selepas seorang pengguna Threads meluahkan keputusan besar untuk berehat daripada kerjaya demi memberi fokus kepada proses IVF.

Siti Nurhaliza Dedah Pernah Berehat Setahun Demi IVF, Beri Kata Semangat Buat Wanita Pejuang Zuriat… Sanggup Berhenti Kerja Ikhtiar Miliki Cahaya Mata

Individu berkenaan turut memohon doa ramai agar segala urusannya dipermudah.

“Persediaan IVF kali ini, aku siap berhenti kerja. Nak fokus betul-betul. Korang doakan ye,” tulis individu terbabit.

Baca Artikel Lain; 

Ads

https://www.mediahiburan.my/22-lagu-tiga-gelaran-juara-siti-nurhaliza-kenang-perjalanan-gemilang-bersama-ajl-pentas-inilah-yang-banyak-mematangkan-saya-sebagai-anak-seni/

Berehat Setahun Demi Fokus IVF

Menurut penyanyi lagu Kesuma itu, dia sendiri pernah membuat keputusan untuk berehat selama setahun daripada kerjaya demi memberikan komitmen sepenuhnya terhadap rawatan berkenaan.

Siti Nurhaliza Dedah Pernah Berehat Setahun Demi IVF, Beri Kata Semangat Buat Wanita Pejuang Zuriat… Sanggup Berhenti Kerja Ikhtiar Miliki Cahaya Mata

Siti Nurhaliza Dedah Pernah Berehat Setahun Demi IVF, Beri Kata Semangat Buat Wanita Pejuang Zuriat… Sanggup Berhenti Kerja Ikhtiar Miliki Cahaya Mata

Ads

“Saya pun macam itu… Berehat satu tahun untuk fokus IVF. Kalau tak, kerja memang takkan habis,” reaksinya.

Selain berkongsi pengalaman, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menitipkan doa agar impian wanita terbabit untuk bergelar ibu menjadi kenyataan.

“Saya doakan semoga berjaya. Doa banyak-banyak ya,” tulisnya lagi.

Perjalanan Mendapatkan Zuriat Penuh Pengorbanan

Untuk rekod, perjalanan penyanyi tersohor ini dalam memiliki zuriat bukanlah sesuatu yang mudah apabila beliau turut menjalani prosedur IVF bagi kedua-dua cahaya matanya itu.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Siti mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jawa pada tahun 2006.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Siti Nurhaliza Dedah Pernah Berehat Setahun Demi IVF, Beri Kata Semangat Buat Wanita Pejuang Zuriat… Sanggup Berhenti Kerja Ikhtiar Miliki Cahaya Mata

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Amir Jahari Utamakan Karya Berbanding Relevansi, Bersyukur Pernah Menang AJL38 &...

Penyanyi dan komposer, Amir Jahari mendedahkan dia tidak pernah meletakkan sasaran untuk bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), meskipun pernah muncul sebagai juara menerusi lagu ciptaannya sendiri, Hasrat.