Ads

“Sebab Buka Kedai Kopi Inilah, Alhamdulillah Saya Dapat Bagi Peluang Pekerjaan Kepada Ramai Orang,” – Datin Intan Najuwa

Pelakon dan usahawan, Datin Intan Najuwa tampil menyuarakan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir pihak yang kurang senang dengan perkembangan perniagaannya hanya kerana menganggap dirinya sudah hidup dalam kemewahan.

Menurut Intan, perniagaan yang diusahakannya bukan sekadar memberi manfaat kepada dirinya sendiri semata, tetapi ia turut menjadi sumber rezeki buat kakitangan serta pekerja lain.
“Sebab Buka Kedai Kopi Inilah, Alhamdulillah Saya Dapat Bagi Peluang Pekerjaan Kepada Ramai Orang,” – Datin Intan Najuwa“Kenapa ada pemikiran sebegini? Jadi, bila pemilik bisnes itu sudah kaya, awak sudah tak boleh nak sokong perniagaan dia ke? Tak tahu apa yang busuk hati sangat.

“Saya buka kedai kopi pakai modal. Ia bukan tentang saya sahaja. Para pekerja saya juga ada keluarga untuk disara.

“Malah, beberapa pekerja separuh masa saya juga memang bergantung kepada pekerjaan ini untuk membiayai pembelajaran mereka.”

Perkongsian itu dibuat menerusi satu hantaran di Instagram Stories miliknya.

Syukur Dapat Buka Peluang Pekerjaan

Dalam pada itu, Intan meluahkan rasa syukur apabila perniagaan kedai kopi yang diusahakannya bukan sahaja berkembang, malah berjaya membuka peluang pekerjaan kepada ramai individu.

Ads

“Sebab Buka Kedai Kopi Inilah, Alhamdulillah Saya Dapat Bagi Peluang Pekerjaan Kepada Ramai Orang,” – Datin Intan Najuwa

“Dalam tak sedar, sebab buka kedai kopi inilah, alhamdulillah saya dapat bagi peluang pekerjaan kepada ramai orang.

“Janganlah dengki bila nampak orang lain support bisnes kita.”

Ads

Ajak Doakan Rezeki Semua Peniaga

Pada masa sama, Intan turut menyeru orang ramai agar sentiasa mendoakan kejayaan dan rezeki semua peniaga tanpa mengira sama ada mereka baru memulakan perniagaan atau sudah mencapai kejayaan.

“Sebab Buka Kedai Kopi Inilah, Alhamdulillah Saya Dapat Bagi Peluang Pekerjaan Kepada Ramai Orang,” – Datin Intan Najuwa

“Lebih baik kita doakan semua peniaga-peniaga, tak kisah peniaga kecil atau peniaga yang berjaya agar sentiasa dimurahkan rezeki.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Bila kita doakan perkara yang baik kepada orang lain, hal-hal yang baik dan rezeki pasti akan berbalik kepada anda juga.”

Terdahulu, seorang individu mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang sanggup beratur dan berlumba-lumba membeli kopi keluaran Intan dengan alasan pelakon itu sudah hidup mewah, selain berpendapat lebih baik sokongan diberikan kepada peniaga kecil.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Intan Najuwa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Program Inilah Yang Buat Kami Mampu Bertahan,” – Apa Nak Malu?...

Anggota kumpulan Floor 88, Eric Fuzi tampil memberikan reaksinya bila ada pihak yang mengkritik dan merendahkan barisan artis yang membuat persembahan di mana-mana acara food festival.
error: Hello. Cannot.