Ads

Zubir Khan Kini Suami Dr. Heama Maleini Dengan Sekali Lafaz, Momen Salam Restu Undang Sebak

Zubir Khan
Zubir Khan

Penyanyi dan komposer, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah premis acara di Bangi Golf Resort, Bangi, pada Jumaat.

Majlis akad nikah tersebut disempurnakan oleh jurunikah, Ustaz Abdul Aziz Abd Rahman dalam suasana sederhana namun penuh meriah.

Mas Kahwin RM300, Hantaran Lima Berbalas Tujuh

Dalam majlis berkenaan, Zubir menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, manakala jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan mempelai.

Pengantin lelaki turut membawa lima dulang hantaran yang dibalas dengan tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Pada hari bahagia itu, bintang berkenaan segak mengenakan persalinan kurta berona putih yang dipadankan dengan selendang merah

Ads

Sementara Dr. Heama Maleini pula kelihatan anggun mengenakan persalin merah.

Zubir Khan Kini Suami Dr. Heama Maleini Dengan Sekali Lafaz, Momen Salam Restu Undang Sebak Zubir Khan Kini Suami Dr. Heama Maleini Dengan Sekali Lafaz, Momen Salam Restu Undang Sebak

Baca Artikel Lain;

Ads

https://www.mediahiburan.my/zubir-khan-mahu-lebar-sayap-ke-india-kejar-market-lebih-besar-nak-mereka-bangga-dengan-budak-melayu/

Momen Salam Restu Undang Sebak

Suasana majlis turut bertukar hiba apabila Zubir dilihat tidak dapat menahan sebak ketika memohon salam restu daripada ibu serta ibu mentuanya.

Ads

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

Anda mungkin berminat dengan

Untuk rekod, pasangan ini difahamkan mula berkenalan pada tahun 2024 menerusi platform media sosial.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

@mediahiburanofficial Tahniah diucapkan buat penyanyi dan komposer lagu tamil, Zubir Khan yang selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini dengan hanya sekali lafaz. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat ✨💕 #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Ayah Dia Yang Beria,” – Kamal Adli Teruja Momen Pertama Hawra...

Pelakon dan pengacara, Kamal Adli mengakui teruja apabila berpeluang menyaksikan sendiri pengalaman pertama anak tunggalnya, Hawra Uqaira di prasekolah.