Kumpulan popular, Floor 88 tampil menafikan dakwaan liar yang mendakwa mereka enggan memenuhi sebarang jemputan persembahan anjuran pihak kerajaan.

Menurut salah seorang anggotanya, Eric Fuzi, sebagai anak seni, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk terus menyokong inisiatif kerajaan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Mana Ada Pemimpin Nak Tengok Negara Hancur,” – Floor 88 Tak Tolak Program Anjuran Kerajaan, Sokong Usaha Berbakti Kepada Rakyat

“Kami pun tak tahu dari mana datangnya khabar angin yang mengatakan kami tidak terima undang persembahan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

“Kenyataan itu seolah-olah menggambarkan kami ini anti-kerajaan pula. Floor 88 akan sentiasa menunjukkan sokongan kepada program-program kerajaan. Kalau tak terima, kami tidak akan berada di sini hari ini.

“Minggu ini sahaja, kami ada dua jemputan persembahan di program MADANI. Kami pun tak pasti bagaimana dakwaan seperti ini boleh muncul,” katanya kepada MH.

Floor 88 ditemui ketika majlis perasmian MARA Automotive Ecosystem 2025 (MATEC2025): Charge The Hype di Ideas Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.

Acara itu telah dirasmikan oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

“Mana Ada Pemimpin Nak Tengok Negara Hancur,” – Floor 88 Tak Tolak Program Anjuran Kerajaan, Sokong Usaha Berbakti Kepada Rakyat “Mana Ada Pemimpin Nak Tengok Negara Hancur,” – Floor 88 Tak Tolak Program Anjuran Kerajaan, Sokong Usaha Berbakti Kepada Rakyat

Tambah Eric, prinsip Floor 88 tidak akan berubah walaupun jika berlaku pertukaran tampuk pemerintahan kelak.

“Mana Ada Pemimpin Nak Tengok Negara Hancur,” – Floor 88 Tak Tolak Program Anjuran Kerajaan, Sokong Usaha Berbakti Kepada Rakyat

Ads

“Sebagai anak seni, tujuan utama kita adalah untuk menghiburkan orang ramai. Tolak tepilah segala fahaman politik. Lagipun, undi adalah rahsia.

“Bagi kami, sesiapa sahaja yang memerintah kerajaan dan negara, tiada seorang pemimpin pun yang nak melihat negara mereka hancur.

“Sebagai artis, segala usaha yang kerajaan lakukan, kita akan sokong. Andai kata satu hari nanti kerajaan bertukar, kami tetap akan sokong.

“Jika kami dijemput untuk buat persembahan, mungkin itu adalah strategi untuk menarik pengunjung datang.

“Terpulanglah kepada mereka jika nak adakan program politik atau kenegaraan. Kami hanya buat kerja kami,” ujarnya lagi.

Tolak Tawaran Tak Selari Dengan Nilai Murni

Dalam masa sama, Eric menegaskan, Floor 88 hanya akan menolak sebarang tawaran persembahan sekiranya program tersebut bercanggah dengan nilai dan norma rakyat Malaysia.

“Mana Ada Pemimpin Nak Tengok Negara Hancur,” – Floor 88 Tak Tolak Program Anjuran Kerajaan, Sokong Usaha Berbakti Kepada Rakyat

Ads

“Kami akan tolak sekiranya pihak penganjur itu daripada syarikat judi atau alkohol. Kami tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menyentuh sensitiviti kita sebagai rakyat Malaysia.

“Setakat ini, alhamdulillah Floor 88 sentiasa membawakan imej bersih, baik dan sesuai untuk tontonan keluarga,” jelasnya.

Berkongsi mengenai penglibatan mereka di MATEC2025, Eric berkata Floor 88 amat teruja kerana bakal membuat persembahan istimewa di acara yang menggabungkan teknologi automotif, gaya hidup dan hiburan.

“Floor 88 akan terlibat dengan persembahan di malam kedua MATEC2025. Ini merupakan sebuah program berkisarkan tentang automotif di bawah anjuran MARA.

“Pada malam tersebut, kita berkemungkinan akan persembahkan lima buah lagu. Kami juga ada dengar ura-ura Pengerusi MARA, Dr. Asyraf Wajdi nak sertai kami buat persembahan di atas pentas nanti.

“Jika kalian nak tengok Dr. Asyraf buat persembahan, datanglah ke program itu nanti,” akhirinya.

MATEC2025 bakal berlangsung dari 31 Oktober hingga 2 November di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, menghimpunkan barisan artis seperti Rabbani, Black Hanifah, Ara Johari, XPDC Kita Peng-Yu dan ramai lagi.

Ads

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Kredit Foto: Instagram Floor 88

@mediahiburanofficial Awal pagi tadi telah pun berlangsungnya majlis perlancaran MARA Automotive Ecosystem (MATEC2025) yang disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Acara yang menggabungkan teknologi automotif terkini, gaya hidup permotoran, modifikasi kreatif, dan penglibatan Gen-Z dalam satu acara itu bakal berlangsung di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Oktober hingga 2 November. #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan

“Mana Ada Pemimpin Nak Tengok Negara Hancur,” – Floor 88 Tak Tolak Program Anjuran Kerajaan, Sokong Usaha Berbakti Kepada Rakyat

Keyakinan Bermula Dari Dalam

Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.

Jom cantik

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI