Pelakon veteran dan pelawak legenda Bollywood, Govardhan Asrani, disahkan meninggal dunia pada usia 84 tahun di kediamannya di Mumbai pada Ahad lalu.
Asrani,, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami masalah pernafasan dan dirawat di sebuah hospital di kawasan Juhu sejak beberapa hari sebelum itu.
Jenazah beliau telah dibakar di Santacruz Crematorium, Mumbai, dalam satu upacara tertutup yang dihadiri ahli keluarga terdekat serta rakan-rakan industri filem.
Menurut laporan media tempatan, hanya beberapa jam sebelum pemergiannya, pelakon legenda itu sempat memuat naik ucapan “Happy Diwali” di akaun media sosialnya.
Ads
Dilahirkan pada 1 Januari 1941 di Jaipur, Rajasthan, Asrani memulakan kerjayanya dalam dunia lakonan selepas menamatkan pengajian di Film and Television Institute of India (FTII), Pune.
Penampilan Asrani dalam salah satu filem lakonannya.
Beliau kemudian menembusi dunia perfileman Hindi pada penghujung era 1960-an dan mula mencipta nama besar pada dekad 1970-an menerusi siri filem komedi dan drama yang mendapat sambutan hangat penonton.
Ads
Antara watak paling ikonik lakonan Asrani ialah sebagai ‘jailer’ dalam filem klasik Sholay (1975), lakonan yang sehingga kini dianggap antara persembahan komedi terbaik dalam sejarah sinema Bollywood.
Watak tersebut menjadikan namanya sinonim dengan genre komedi dan menjadi simbol kebangkitan pelakon watak pembantu yang mampu mencuri perhatian penonton tanpa perlu menjadi teraju utama.
Sepanjang lebih lima dekad dalam industri, Asrani telah muncul dalam lebih 300 buah filem, termasuk karya-karya popular seperti Bawarchi, Chupke Chupke, Gol Maal, Hera Pheri dan Welcome.
Beliau juga pernah bergelar pengarah dan penulis skrip, membuktikan versatiliti serta ketekunan dalam mengangkat seni lakon sebagai satu kerjaya yang berwibawa.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo yang baru sahaja selamat mendirikan rumah tangga dengan deejay antarabangsa, Dash Berlin, menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminat atas segala ucapan tahniah yang diterima.
Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli, 30, berkata dirinya amat terharu dengan dedikasi baik semua pihak selepas berkongsi detik bahagia itu di media sosial, beberapa hari lalu.
“Terima kasih for all the beautiful coverage and kind words on my recent wedding.
“Sab and keluarga sangat tersentuh dengan sokongan dan doa yang diberikan, especially from those who have been following my journey sejak awal lagi,” kongsinya.
Majlis resepsi pasangan sama cantik sama padan itu berlangsung meriah di Bali, Indonesia pada 25 September lalu, manakala majlis akad nikah diadakan dua minggu sebelumnya.
Tidak hanya teruja meraikan fasa baharu dalam hidup, Sabronzo juga mahu terus memberi tumpuan penuh terhadap perjalanan kerjaya seninya selepas ini.
“I’m truly grateful for all the warmth and positivity.
“Semoga kita dapat terus bekerjasama and share more wonderful memories in the future,” katanya lagi.
Imbas kembali, Sabronzo mengesahkan dirinya sudah bergelar isteri kepada deejay Dash Berlin atau Ryan Fieret pada Isnin.
Berita perkahwinannya diperkatakan ramai selepas tular sekeping fotonya yang mengenakan gaun kahwin dalam rona putih sambil tersenyum dan berpegangan tangan dengan lelaki pilihannya itu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun sudah dinobatkan sebagai juara Kilauan Emas 2025 (KE2025), Mazleen bagaimanapun menegaskan dia tidak akan meninggalkan kerjayanya di unit Pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Menurut Mazleen, sebaik sahaja tamat pertandingan itu, dia akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan bagi membincangkan hala tuju kariernya sebagai penyanyi profesional.
“Saya memang sudah lama berkhidmat di unit Pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri Johor di bawah naungan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor.
“Saya akan terus berkhidmat kerana pekerjaan saya ini hanya melibatkan persembahan untuk VVIP. Jadi, untuk perancangan kerja selepas ini, saya akan berkomunikasi dengan jabatan tertinggi untuk mendapatkan khidmat nasihat.
“Saya sayang pekerjaan saya ini. Untuk kerjaya nyanyian, kini ada pihak yang akan menguruskan saya. Saya tidak akan lepaskan peluang ini kerana saya memang nak berada di dalam industri ini,” katanya MH.
Anak jati Kluang, Johor itu ditemui selepas berakhirnya konsert akhir KE2025 yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam pada Sabtu.
Mengulas reaksinya yang tidak dapat menahan sebak saat diumumkan sebagai juara, Mazleen mengakui impian untuk menaikkan standard KE2025 akhirnya tercapai.
“Saya terharu dan bersyukur kerana saingan tahun ini sangat hebat. Paling mengharukan apabila saya berjaya buat rakan-rakan lain terus berlawan sepanjang program ini.
“Jika kita bagi nasihat atau pandangan, mungkin susah mereka nak dengar. Jadi, saya bagi persembahan terbaik agar mereka juga bersemangat untuk terus bagi saingan sehingga malam akhir ini.
“Ini memang visi kami di KE2025. Kami mahu cipta impak yang luar biasa. Saya rasa kami berjaya,” ujarnya lagi.
Mazleen turut menambah bahawa dia tidak pernah menjangka kemenangannya meskipun tampil konsisten hampir setiap minggu.
“Tak juga sebab saya juga melalui fasa turun dan naik di program ini. Namun, saya sudah nampak hala tuju dan saya tidak mahu buang masa.
“Jika kita anggap program ini hanya sebuah persembahan, kita tidak akan menang kerana sudah terbiasa dengan suasana itu. Ini adalah program pertandingan, kita kena set mood untuk bertanding,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Mazleen menegaskan dirinya sudah bersedia menghadapi cabaran dunia seni termasuk komen dan kritikan netizen.
“Saya sudah bersedia untuk menghadapi realiti dunia seni. Ini adalah lumrah manusia. Ada orang terima baik dan buruk kita. Begitu juga penerimaan kita terhadap orang lain.
“Saya tidak mahu terkesan dengan apa-apa situasi. Apa sahaja yang saya lakukan, saya mahu terus maju ke hadapan.
“Sepanjang berada di program ini, saya tidak baca sangat komen-komen netizen. Lagipun, kami tak dibenarkan berbuat sedemikian. Kami kena tutup mata dan telinga. Jika ada yang negatif pun, saya ambil sebagai vitamin,” katanya lagi.
Mazleen yang membawa pulang hadiah utama bernilai RM30,000, pakej umrah, percutian ke Dubai dan trofi sumbangan Astro turut menerima ucapan tahniah daripada ramai rakan selebriti seperti Siti Nordiana, Tomok, dan juga Jaclyn Victor yang memuji semangat juangnya di media sosial.
Naib juara dimenangi oleh Zekrai, manakala tempat ketiga disandang oleh Nawary.
Final KE2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam pada Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105).
Sistem pemarkahan ditentukan melalui 70% juri profesional, 20% juri awam serta 10% undian penonton di rumah.
Untuk musim ini, Elly Mazlein kembali sebagai pengacara utama, dibantu pelawak Joey Daud yang mengendalikan segmen belakang pentas dan diari.
Barisan juri pula terdiri daripada primadona Erra Fazira, pelawak Roy Azman serta Ning Baizura di samping Datuk Yusof Haslam sebagai juri jemputan final.
Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan tempatan dan antarabangsa tanpa henti dengan Astro One — kini dengan bundle eksklusif Disney+ Hotstar dan HBO Max, dari RM69.99/sebulan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.
Suami kepada penyanyi Syura Badron, iaitu Muhammad Farizat Ismail, meluahkan rasa lega selepas menerima perkembangan baik mengenai keadaan isterinya yang kini dirawat di Unit Rawatan Ketergantungan Tinggi (HDU)di sebuah hospital.
Farizat memaklumkan dia sempat berhubung dengan Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 39, pada pagi Ahad, dan terharu mendengar suara ceria isterinya.
“Cucuk sana sini, sabar ya sayang. Lega Abie dengar dapat call sayang awal pagi ini dengan suara ceria.
“Allah bagi nikmat, ada hikmah besar insya-Allah,” tulisnya menerusi hantaran di Insta Stories.
Dalam hantaran sama, Farizat turut berkongsi gambar jari Syura bersama alat pemantauan kesihatan.
Tambah Farizat, keadaan isterinya kini menunjukkan perubahan positif apabila bacaan tekanan darah semakin stabil meskipun masih memerlukan pemantauan doktor.
“Alhamdulillah awal pagi ini bacaan tekanan darah dah nampak normal sikit.
“Tapi masih di HDU. Masih perlu dipantau doktor one to one (close monitor). Terima kasih dan kalian jangan putus doa untuk Syura,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Farizat memaklumkan Syura kini sedang dirawat di HDU dan memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan buat isterinya.
Dalam perkongsian terdahulu di Instagram, Farizat memuat naik gambar memegang tangan Syura yang sedang terbaring di katil hospital.
Dia bagaimanapun dia tidak memperincikan masalah kesihatan yang sedang dialami penyanyi berkenaan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...