Selepas lapan tahun melayari bahtera rumah tangga, penyanyi terkenal Indonesia, Raisa Andriana dilaporkan telah memfailkan gugatan cerai terhadap suaminya, pelakon dan pengacara, Hamish Daud di Pengadilan Agama Jakarta Selatan.
Menurut laporan Suara.com, pendaftaran gugatan cerai tersebut telah dibuat pada 22 Oktober lalu secara dalam talian menerusi peguamnya dan telah disahkan oleh pihak mahkamah. Sidang pertama dijadualkan berlangsung pada 3 November 2025.
Pihak Hubungan Masyarakat Pengadilan Agama Jakarta Selatan mengesahkan bahawa perkara dengan nama penggugat Raisa Andriana dan tergugat Hamish Daud Wyllie telah didaftarkan di sistem mereka pada Selasa, 22 Oktober 2025.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua pihak mengenai punca perceraian mereka.
Ads
Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pasangan selebriti itu sudah mula diperkatakan warganet sejak beberapa minggu lalu apabila masing-masing dikatakan jarang memuat naik foto bersama di media sosial.
Ads
Raisa dan Hamish mendirikan rumah tangga pada 3 September 2017 dalam sebuah majlis yang mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.
Ads
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Zalina Raine Wyllie, yang kini berusia enam tahun.
Raisa bukanlah nama asing di Malaysia, lagu-lagunya sentiasa menjadi pilihan halwa telinga peminat dan konsert yang dilangsungkan sentiasa full house. Antara lagu popularnya seperti Serba Salah, Percayalah (Duet dengan Afgan), Could It Be, Jatuh Hati dan Mantan Terindah.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak terkenal Indonesia, Tri Retno Prayudati atau lebih dikenali sebagai Nunung Srimulat menerima hadiah istimewa apabila dihadiahkan sebuah rumah lengkap dengan segala kelengkapan di dalamnya oleh sebuah syarikat pemaju perumahan yang melantiknya sebagai duta jenama.
Rumah berkenaan yang terletak di kawasan Tangerang, Banten diberikan kepada pelakon komedi berusia 62 tahun itu sebagai penghargaan atas kerjasama dan pengaruhnya dalam memperkenalkan projek perumahan tersebut kepada masyarakat.
“Saya ada kerja, jadi saya dilantik menjadi duta jenama bagi salah satu perumahan,” kata Nunung seperti dipetik daripada saluran YouTube rasmi TRANS7 OFFICIAL pada Selasa, 7 Oktober 2025.
Pelawak yang juga pelakon sitkom popular era 90-an itu menjelaskan rumah yang diterimanya bukan sahaja selesa dan moden, malah telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan perabot termasuk set dapur lengkap.
“Rumahnya sudah lengkap, sampai set dapur pun ada. Saya tak perlu bawa apa-apa kecuali pakaian peribadi. Tinggal bawa baju saja terus boleh masuk,” ujar Nunung dengan nada terharu.
Wanita kelahiran Solo, Jawa Tengah pada 5 April 1963 itu juga menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang tidak disangka-sangka itu dan menyifatkannya sebagai hadiah berharga selepas pelbagai dugaan yang dilaluinya sebelum ini, termasuk isu kesihatan dan tekanan peribadi.
Bagaimanapun, isteri kepada Iyan Sambiran itu memaklumkan beliau masih belum berpindah ke rumah baharu tersebut kerana sedang menunggu hari yang dianggap baik untuk berbuat demikian mengikut adat dan kepercayaan masyarakat setempat.
“Paling seminggu atau dua minggu lagi akan saya duduki. Sekarang masih tunggu hari yang baik seperti yang mereka sarankan,” katanya. Nunung turut menambah, beliau merancang untuk mula menetap di kediaman baharunya itu sekitar pertengahan Oktober ini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.
Pelakon dan hos, Kamal Adli menafikan dakwaan kononnya dia berkelakuan atau bertindak kasar terhadap isterinya yang juga aktres, Uqasha Senrose.
Menurut Kamal, tuduhan tersebut amat berat dan boleh menjejaskan nama baiknya.
“Itu hanyalah dakwaan. Tak baik kata begitu. Kalau ada, buktikanlah. Pada saya, ini adalah cerita dalam kain.
“Saya masih sayangkan isteri saya. Itu yang paling penting,” katanya seperti dipetik oleh Kosmo!
Dalam masa sama, Kamal turut menegaskan, dia tidak ada wanita lain dan hanya menumpahkan sepenuh kasih sayang terhadap isteri serta anaknya, Hawra Uqaira.
“Yang penting saya tidak curang atau ada orang lain. Saya hanya ada isteri dan anak saya sahaja,” ujarnya lagi.
Selain menafikan tuduhan, Kamal turut menitipkan pesanan penuh harapan buat isterinya agar memberi peluang untuk dia memperbetulkan keadaan dan menyelamatkan rumah tangga yang dibina.
“Sayang, janganlah sampai pergi ke sini (mahkamah). Kita berjumpa dan selesaikan secara baik. Demi Hawra.
“Saya pun tak nak kongsikan perkara ini. Ia sepatutnya kita berdua sahaja. Saya minta maaf kalau ada salah. Saya datang ke sini hari ini atas dasar cinta dan bukan kebencian,” katanya.
Menjelaskan lanjut, Kamal turut menepis dakwaan bahawa dia tidak berusaha memujuk isterinya sepanjang kemelut berlaku.
“Saya dapat surat daripada peguam untuk tidak mengganggu anak guamnya. Jadi, saya hormat fasa bertenang itu.
Kalau boleh jumpa, saya memang nak terus jumpa mereka sahaja,” katanya.
Sementara itu, peguam syarie Kamal, Abdul Hadi Mohammad Salleh, memaklumkan pihaknya sudah menghantar surat bagi memohon pertemuan antara kedua-dua pihak bagi menyelesaikan isu tersebut.
“Kita usahakan dan sudah hantar surat untuk ajak jumpa secara peribadi,” jelasnya.
Terdahulu, prosiding kedua perceraian pasangan itu terpaksa ditangguhkan selepas peguam yang mewakili Uqasha dilaporkan menarik diri daripada kes berkenaan.
Menurut Abdul Hadi, prosiding kali ini dijalankan secara sebelah pihak kerana tiada wakil baharu hadir bagi pihak Uqasha.
Untuk rekod, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain kategori Filem Terbaik, dua anugerah yang paling dinantikan setiap kali penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) ialah Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terbaik.
Dua kategori ini sering menjadi tumpuan bukan hanya dalam kalangan penggiat industri, tetapi juga peminat yang mengikuti rapat perkembangan dunia perfileman tempatan.
Malah ia dianggap simbol tertinggi dalam dunia lakonan Malaysia iaitu satu pengiktirafan terhadap usaha, pengorbanan dan evolusi seorang pelakon dalam memberi makna kepada watak di layar perak.
Pasa edisi FFM ke-34, kategori ini dilihat antara yang paling sengit dalam sejarah mutakhir penganjuran.
Barisan calon datang daripada pelbagai latar filem iaitu daripada aksi berskala besar hingga ke drama psikologi dan kisah kekeluargaan yang sarat emosi.
Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, lima calon utama ialah Sharnaaz Ahmad (Blood Brothers: Bara Naga), Beto Kusyairy (Reversi), Qi Razali (Babah), Aeril Zafrel (Laknat) dan Tony Eusoff (Mencari Ramlee).
Setiap calon menampilkan gaya dan kekuatan berbeza, menggambarkan keluasan spektrum lakonan tanah air.
Sharnaaz Ahmad kini berada di kemuncak momentum hasil kejayaan besar Blood Brothers: Bara Naga, filem aksi-drama pecah panggung dengan kutipan lebih RM76 juta.
Watak yang menuntut kekuatan fizikal dan kedalaman emosi itu menjadi bukti ketekunan Sharnaaz dalam memberikan persembahan penuh intensiti.
Namun, Beto Kusyairy dilihat sebagai pencabar paling kuat dengan lakonan mendalam dalam Reversi.
Kritikus filem menyifatkan lakonannya sebagai ‘tenang di luar, bergolak di dalam’, membuktikan keberaniannya bereksperimen dan keluar dari zon selesa.
Sementara itu, Qi Razali tampil menyentuh perasaan menerusi Babah, membawakan watak seorang ayah yang kehilangan pendengaran dengan penuh kejujuran.
Lakonannya yang sederhana namun sarat emosi menjadikannya antara persembahan paling berkesan.
Dalam masa sama, Aeril Zafrel dan Tony Eusoff turut menyerlah menerusi Aeril dengan sisi gelap dan intens dalam Laknat, manakala Tony pula menawan hati dengan karisma sebagai peniru gaya Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee dalam Mencari Ramlee.
Dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik pula, lima calon yang bersaing ialah Nabila Huda (Telaga Suriram), Datin Sofia Jane (Mencari Ramlee), Sweet Qismina (Babah), Khatijah Tan (Jangan Pandang Belakang, Aku Tahu Asal Usul Mu) dan Maya Karin (Telaga Suriram).
Setiap satu menghadirkan aura tersendiri dengan keunikan gaya lakonan masing-masing.
Nabila Huda sekali lagi membuktikan kelas tersendiri apabila tampil tanpa dialog dalam Telaga Suriram, sebuah naskhah yang menuntut keintiman emosi dan ekspresi tubuh yang kompleks.
Lakonannya matang, penuh rasa menerusi gabungan ketakutan, dendam dan kelembutan yang sukar dijangka.
Datin Sofia Jane pula mempersembahkan watak sarat simbolik dan bernuansa dalam Mencari Ramlee, menjelmakan keanggunan dan pesona klasik yang mengimbau nostalgia sinema lama.
Sweet Qismina, meskipun muda, berjaya menyentuh hati penonton dengan persembahan tulus dan penuh kasih dalam Babah.
Lakonannya tidak berlebihan, malah sangat seimbang dalam menghidupkan hubungan bapa dan anak yang menyayat jiwa.
Dalam masa sama, Khatijah Tan menampilkan kekuatan karakternya sebagai pelakon berpengalaman, sementara Maya Karin kekal versatil dengan gaya lakonan dramatik dan bersahaja yang menjadi identiti tersendiri.
Secara keseluruhan, kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik FFM34 membuktikan bahawa mutu lakonan Malaysia kini berada di tahap membanggakan.
Sama ada juri mahu menonjolkan keberanian artistik seperti Beto Kusyairy dan Sofia Jane, atau menekankan penghayatan emosi seperti Sharnaaz Ahmad dan Nabila Huda, tahun ini menyaksikan pertandingan yang benar-benar sengit.
Festival Filem Malaysia ke-34 bakal berlangsung pada 1 November di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, dan disiarkan secara langsung di TV2, dengan Datuk Afdlin Shauki dan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai hos utama.
Tahun ini, kategori Filem Terbaik menawarkan Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta, sementara kategori lakonan kekal sebagai lambang tertinggi kecemerlangan individu dalam seni lakon tempatan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...