
Dikritik selepas anaknya, Ahmad Daiyyan didakwa berkelakuan kurang sopan dalam satu sesi temubual sebelum ini, penyanyi Siti Sairah tampil terbuka memohon maaf sekaligus menjelaskan situasi sebenar.
Menurut Sairah atau nama sebenarnya Siti Nursairah Tarudin, usia anaknya itu masih lagi muda dan perlu melalui lebih banyak proses pembelajaran lebih-lebih lagi tentang cara pembawakan dirinya sebagai anak seni.

“Ada kalanya, bila orang dewasa bertanyakan soalan kepada kanak-kanak, mereka akan menjawab dengan cara kanak-kanak. Sebenarnya Amad tiada maksud pun untuk bersikap kasar.
“Saya sebenarnya agak terasa juga dengan kata-kata netizen. Situasi temuramah itu juga berbeza seperti mana yang dipertontonkan.
“Bagaimanapun, saya tetap menerima teguran. Saya juga akan menegur Amad tentang cara pembawakan dirinya. Dari situasi seperti ini juga, dia akan belajar perbaiki diri.
“Amad ini masih lagi artis baharu. Saya susun sepuluh jari memohon maaf sekiranya cara anak saya itu membuatkan anda rasa tersinggung. Saya akan didik Amad dengan cara lebih baik,” katanya kepada MH.
Adik kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkata sedemikian ketika ditemui sejurus konsert Talk To My Manager yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Ke Depan Wakili Anak
Tambah Sairah lagi, bagi mengelakkan hal sama berulang, dia kini memilih untuk ke hadapan bagi menjawab segala persoalan berkaitan anak-anaknya.

“Hanya saya sahaja yang kenal perwatakan Amad. Bila dia bergurau, ada kalanya orang lain tidak faham. Mereka jadi salah tafsir.
“Kini, saya memilih untuk lebih ke hadapan untuk bercakap bagi pihak anak saya. Rasanya tak perlu lagi saya dedahkan anak-anak kepada pihak media.
“Saya tahu kelemahan anak saya. Saya tak mahu kenyataannya itu akan dimanipulasikan.
Apapun, Amad akan perbaiki setiap kelemahannya,” katanya lagi.
Ditanya sama ada Amad terkesan dengan komen-komen negatif tersebut, Sairah bagaimanapun menyifat setiap kelemahan itu mempunyai ruang untuk diperbaiki.

“Saya sudah maklumkan kepada Amad untuk tidak membaca komen-komen netizen. Namun, setiap kelemahan itu adalah ruang untuk kita belajar.
“Saya tiada memberikan tekanan atau marah anak-anak saya. Setiap anak-anak ada caranya untuk kita menegur.
“Namun, saya tahu anak saya adalah anak yang sangat baik. Doakanlah anak saya,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!










