Ads

“Saya Post Gambar Di Pejabat Agama Sahaja, Cuba Ubah Mindset Itu,” – Bella Hanna

Pelakon Bella Hanna akui terkilan dengan sikap segelintir pihak yang gemar berburuk sangka dan membuat tanggapan negatif tentang kehidupan orang lain tanpa usul periksa.

Menurut Bella atau nama sebenarnya, Farhana Nabila Rosman, tidak semua perkara perlu dibuat taksiran atau dinilai berdasarkan andaian semata-mata kerana memilih untuk berfikiran baik adalah lebih menenangkan.

“Saya Post Gambar Di Pejabat Agama Sahaja, Cuba Ubah Mindset Itu,” – Bella Hanna

“Manusia mudah berburuk sangka dan membuat andaian. Kadang-kadang, memilih untuk berfikir yang baik jauh lebih menenangkan.

“Tak semua perkara perlu difahami dengan sangkaan,” tulisnya.

“Fikir Baik-Baik Dulu.”

Pandangan itu disuarakan oleh isteri kepada pelakon, Redza Rosli itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Ads

“Saya Post Gambar Di Pejabat Agama Sahaja, Cuba Ubah Mindset Itu,” – Bella Hanna

Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci, ramai yang beranggapan hantaran tersebut berkait rapat dengan isu gambar kehadirannya di mahkamah, semalam, yang secara tidak langsung mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Menerusi ruangan komen, Bella turut mempertahankan dirinya selepas ada pihak mendakwa dia seolah-olah membuka ruang kepada orang ramai untuk membuat spekulasi berhubung rumah tangganya itu.

“Saya Post Gambar Di Pejabat Agama Sahaja, Cuba Ubah Mindset Itu,” – Bella Hanna

Ads

Tegas Bella, hantaran tersebut tidak mempunyai sebarang maksud tersirat
dan kehadirannya ke pejabat agama pula tiada ada kena mengena dengan hal melibatkan rumah tangganya.

“Saya Post Gambar Di Pejabat Agama Sahaja, Cuba Ubah Mindset Itu,” – Bella Hanna

“Tiada apa yang mengundang pun. Saya hanya post gambar di pejabat agama sahaja Cuba ubah mindset itu. Fikir yang baik-baik dulu,” kongsinya.

Terdahulu, tindakan Bella memuat naik gambar di Pejabat Agama Islam Hulu Langat
secara tidak langsung telah menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Saya Post Gambar Di Pejabat Agama Sahaja, Cuba Ubah Mindset Itu,” – Bella Hanna

Sekadar informasi, Bella dan Redza mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Jun 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aydrean Raess, pada 13 Januari lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Threads & Instagram Bella Hanna

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Marissa Genap 21 Tahun, ‘Deep’ Ucapan Hari Jadi Daripada Abby Abadi...

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menitipkan ucapan penuh bermakna sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Marissa Dania yang ke-21, semalam.
error: Hello. Cannot.