Ads

“Kita Makan Belacan, Tak Mungkin 100% Bunyi Sama,” – Dikecam Sebab Bawa Watak Orang Korea, Erul Samah Tak Baca Komen Sebab…

Dikritik kerana membawakan watak sebagai orang Korea di dalam drama Antara Dua Dunia, pelakon dan penyanyi, Erul Samah memilih untuk tidak melihat dan membaca pelbagai komen netizen di media sosial.

Menurut Erul atau nama sebenarnya, Khairul Najmuddin Abu Samah, selepas sekian lama bergiat aktif dalam dunia seni, dia sudah lali dengan kecaman dan memahami ragam serta permainan media sosial.

“Kita Makan Belacan, Tak Mungkin 100% Bunyi Sama,” – Dikecam Sebab Bawa Watak Orang Korea, Erul Samah Tak Baca Komen Sebab…

“Baru-baru ini, saya ada terlibat di dalam sebuah drama di mana saya membawakan watak sebagai orang Korea. Drama itu juga mendapat pendedahan sehingga ke negara luar.

“Pada saya, kecaman ini memang perkara biasa. Video itu viral di Threads dan mendapat hampir 300,000 tontonan. Saya tak baca komen-komen tersebut.

“Saya pula ‘Raja Komen’. Jadi, saya sudah faham permainan sosial media ini,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Tak Bisa itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara sidang media Perlawanan Influencer Malaysia yang berlangsung di Restoran N97, Ampang pada Khamis.

“Kita Makan Belacan, Tak Mungkin 100% Bunyi Sama,” – Dikecam Sebab Bawa Watak Orang Korea, Erul Samah Tak Baca Komen Sebab…

Tetap Berpuas Hati

Bagaimanapun, Erul memaklumkan dirinya tetap berpuas hati dengan lakonan dan pertuturannya itu walaupun mendapat kritikan segelintir pihak.

Ads

Jelasnya, dia pernah menuntut di negara itu selain mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama menjuarai pertandingan K-Pop Star Season 2 pada tahun 2013.

“Kita Makan Belacan, Tak Mungkin 100% Bunyi Sama,” – Dikecam Sebab Bawa Watak Orang Korea, Erul Samah Tak Baca Komen Sebab…

“Sejujurnya, rasa kecewa itu sudah tentu ada. Saya bukan nak kata diri saya bagus tapi saya pernah belajar di Korea, pernah menang rancangan nyanyian di sana.

“Saya orang Malaysia pertama yang menang acara K-Pop Star Season 2 pada 2013. Saya bukanlah nak kata saya bagus sangat.

“Namun, saya tahu orang Malaysia punyai expectation yang tinggi. Anda kena tahu satu perkara, kalau kita orang Malaysia dan makan belacan, memang tetap akan ada bunyi belacan.

“Tak mungkin dapat 100% bunyi Korea. Kita tetap akan ada lenggok Melayu itu. Saya sudah berikan yang terbaik. Malah, ramai juga yang berikan pujian,” ujarnya lagi.

Ads

Ada Yang Memuji

Erul menambah, kemampuannya bertutur dan menyanyi dalam Bahasa Korea turut mendapat pujian daripada pihak penerbit ketika bertanding di sana.

“Kita Makan Belacan, Tak Mungkin 100% Bunyi Sama,” – Dikecam Sebab Bawa Watak Orang Korea, Erul Samah Tak Baca Komen Sebab…

“Ketika saya masuk pertandingan di Korea, ramai daripada negara luar termasuklah pihak pernerbit di sana kata cara percakapan dan nyanyian saya agak baik.

“Sudah tentulah ia bukan 100%. Saya belajar Bahasa Korea pun pada usia lewat. Di Malaysia pun bukan selalu bercakap Bahasa Korea.

“Klien saya banyak dalam bahasa Melayu dan Inggeris,” kongsinya lagi.

Ads

Katanya lagi, mungkin ramai yang tidak mengetahui pencapaian ketika di Korea kerana ketika itu dia masih berada di bawah naunhan Astro.

Anda mungkin berminat dengan

“Kita Makan Belacan, Tak Mungkin 100% Bunyi Sama,” – Dikecam Sebab Bawa Watak Orang Korea, Erul Samah Tak Baca Komen Sebab…

“Ketika di sana, nama saya tidak mendapat perhatian meluas kerana ketika itu, saya masih di bawah pengurusan Astro. Ketika itu, mereka punyai ramai artis.

“Jadi, mereka tak dapat nak mempromosikan secara betul-betul. Namun, saya tahu apa yang saya buat,” akhirinya.

Terdahulu, Erul merupakan selebriti dan pempengaruh yang akan terlibat di dalam perlawanan bola sepak ‘Perlawanan Influencer Malaysia’ yang bakal berlangsung pada 15 September ini di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

“Kita Makan Belacan, Tak Mungkin 100% Bunyi Sama,” – Dikecam Sebab Bawa Watak Orang Korea, Erul Samah Tak Baca Komen Sebab…

Selain artis dan pempengaruh, Perlawanan Influencer Malaysia turut bakal menampilkan barisan pemain lagenda tempatan.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Lebih Pecah, Lebih Gila & ‘Huru-Hara’! Jutawan Ekspres 2 Janji Gelak...

Selepas sukses mencipta fenomena menerusi musim pertama, drama komedi bersiri, Jutawan Ekspres kembali dengan musim kedua yang dijangka tampil lebih menghiburkan menerusi jalan cerita lebih segar, konflik yang semakin ‘pecah’ serta pelbagai kejutan untuk tontonan seisi keluarga.
error: Hello. Cannot.