Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu berbahasa Tamil, Zubir Khan, menyatakan hasrat untuk terus berkarya dan melebarkan sayap ke pasaran muzik di India.

Menurut Zubir, dia optimis bahawa lagunya mampu diterima pendengar di negara tersebut sekali gus dapat mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Zubir Khan Mahu Lebar Sayap Ke India, Kejar Market Lebih Besar – “Nak Mereka Bangga Dengan Budak Melayu.”

“Pasaran buat lagu sedemikian di Malaysia ini agak kecil kerana majoriti pendengar ialah bangsa Melayu. Jika saya ada peluang untuk berkarya di India, saya percaya dapat tarik lebih ramai pendengar.

“Di sana, walaupun lagu kita viral dalam skala yang kecil, setidaknya kita dapat tembus pasaran antarabangsa. Mereka akan ingat karya-karya saya.

Ads

“Saya yakin boleh pergi jauh bila di sana. Lagu-lagu saya seperti Yennode Macha dan Per Yenne Solle pun sudah viral di sana. Artis-artis negara tersebut pun ada gunakan lagu saya.

“Jadi, bila saya buat album ini, sasaran saya adalah untuk tembus pasaran India. Saya nak bawa nama negara dan buat mereka bangga dengan budak Melayu,” katanya kepada MH.

Berhubung Dengan Komposer Di India

Meskipun belum menerima sebarang tawaran, Zubir memaklumkan dirinya sudah berhubung dengan salah seorang komposer dari India iaitu Hip Hop Tamizha.

Zubir Khan Mahu Lebar Sayap Ke India, Kejar Market Lebih Besar – “Nak Mereka Bangga Dengan Budak Melayu.”

Ads

“Hip Hop Tamizha ialah seorang produser untuk filem-filem di India khususnya. Malah, dia pernah terlibat dalam pembikinan sebuah lagu untuk filem lakonan Shah Rukh Khan.

“Kami ada perancangan untuk bekerjasama tetapi jadual mereka terlalu sibuk. Insya-Allah, jika diberi peluang kami merancang untuk bekerjasama tahun ini,” ujarnya lagi.

Ditanya mengapa dia lebih memilih untuk berkarya di luar berbanding negara sendiri, Zubir ada alasannya sendiri.

Ads

Zubir Khan Mahu Lebar Sayap Ke India, Kejar Market Lebih Besar – “Nak Mereka Bangga Dengan Budak Melayu.”

Syukuri Rezeki

“Saya bersyukur dengan segala perkara yang saya terima ketika ini. Namun, ada kalanya kita perlu jadi ‘tamak’ juga. Jika Allah sudah takdirkan itu rezeki kita, kalau tak ambil, kita akan rugi.

“Saya tahu pasaran saya lebih besar di India. Jadi, saya kena ambil peluang itu. Kena usaha sampai dapat. Saya tak nak bertangguh,” akhirinya.

Sekadar informasi, Zubir kini ialah salah seorang artis di bawah naungan syarikat rakaman XO House dan difahamkan dia bakal melancarkan album sulung tahun ini juga.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI