Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan yang tular sejak Ahad bahawa dia telah melangsungkan pertunangan dengan penyanyi Amira Othman.

Mengakui terkejut dengan gosip tersebut, Fattah beranggapan ia mungkin timbul susulan komen netizen yang mendoakan mereka berdua.

Tegaskan Tak Benar

“Saya ada dengar tentang gosip itu dan terkejut bagaimana ia boleh muncul secara tiba-tiba. Namun, saya ingin tegaskan bahawa perkara itu tidak benar.

“Saya sendiri hanya mengetahuinya selepas dimaklumkan oleh rakan-rakan media. Bila saya baca, saya pun terkejut dan tergelak. Mungkin berita itu timbul kerana komen netizen yang mendoakan saya,” katanya kepada MH.

Ads

Fattah berkata demikian ketika diemui pada majlis Koleksi Amber Raya Romantics di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Isnin.

Fattah Amin Ulas Berita Tular Didakwa Bertunang Dengan Amira Othman – “Bila Baca Terkejut, Tergelak.” Fattah Amin Ulas Berita Tular Didakwa Bertunang Dengan Amira Othman – “Bila Baca Terkejut, Tergelak.”Fattah Amin Ulas Berita Tular Didakwa Bertunang Dengan Amira Othman – “Bila Baca Terkejut, Tergelak.”

Sama-Sama Terkejut

Aktor berusia 35 tahun ini menambah, pihak pengurusannya turut menghubungi pengurusan Amira untuk mendapatkan kepastian mengenai gosip tersebut.

Ads

Menegaskan hubungan mereka hanya sebatas rakan kerja, Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin itu berkata dia tidak akan menyembunyikan berita pertunangannya sekiranya ia benar berlaku.

“Pihak pengurusan saya ada menghubungi pengurusan Amira mengenai gosip ini, dan sudah tentu kami sama-sama terkejut.

“Jika benar saya bertunang, tiada sebab untuk saya sorokkan perkara itu. Seperti yang saya katakan sebelum ini, hubungan saya dan Amira hanya berkisar kepada urusan kerja.

Ads

“Kami banyak bekerjasama, termasuk dengan Jakel, jadi sering bertemu atas urusan kerja. Selain itu, hubungan kami tidak lebih daripada sekadar kawan,” jelasnya lagi.

Terdahulu, sebuah portal berita mendakwa Fattah khabarnya mungkin sudah bertunang dengan Amira selepas empat bulan berpisah dengan bekas isteri, aktres Nur Fazura.

Portal tersebut turut mendakwa mereka bertunang Jumaat lalu dan bakal melangsungkan perkahwinan pada Syawal.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI