Penyanyi, Arrora Salwa teruja apabila berpeluang berlakon di bawah dua syarikat produksi besar iaitu Skop Production dan Zeel Production selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza 11 (GV11).

Menurut Arrora, kemunculannya di GV11 telah membuka mata banyak pihak seterusnya memberi peluang buat dirinya untuk mencuba bidang lain.

Sibuk Jalani 2 Penggambaran, Arrora Salwa Belum Fikir Tinggalkan Kerja Pramugari

“Sejak dahulu lagi, saya memang sudah mula berlakon. Cuma platform dahulu tidak sebesar sekarang. GV11 ini yang membuka pandangan semua orang bahawa Arrora Salwa ini masih wujud.

“Saya teruja bila dapat bekerja bersama dua syarikat produksi besar. Saya tertarik dengan komen penerbit, Hj Zeel, dia kata dahulu saya tak lawa. Sebab itu dia tak nak ambil saya berlakon.

“Saya akui perkara itu. Dahulu saya kerap menangis tepi katil. Kini, mungkin wajah saya ada sedikit kelebihan dan peningkatan,” katanya kepada MH.

Ads

Penyanyi lagu Ahmad itu berkata sedemikian ketika ditemui di Malam Gala dan Sesi Bertemu Peminat Gegar Vaganza (GV), baru-baru ini.

Bidang Lakonan Lebih Seronok Dari Nyanyian

Malah, Arrora turut menyifatkan bidang lakonan ini lebih menyeronokkan berbanding nyanyian.

Sibuk Jalani 2 Penggambaran, Arrora Salwa Belum Fikir Tinggalkan Kerja Pramugari

“Pengalaman berlakon ini sangat menyeronokkan dan istimewa buat saya. Saya akui diri ini memang tak boleh menyanyi tapi saya suka bercakap.

Ads

“Seronok bila boleh menjadi orang lain ketika berlakon. Jadi, saya tak rasa penat itu. Saya enjoy setiap momen ini. Berbeza pula dengan bidang nyanyian. Saya tahu kekurangan saya.

“Kalau menyanyi lagu yang sesuai dengan kita, itu saya okay. Bila bawa tugasan mencabar, konsep pertandingan dan ada juri, itu akan buat saya tertekan,” ujarnya lagi.

Ditanya adakah dia akan meninggalkan kerjaya sebagai pramugari bagi memberikan sepenuh tumpuan dalam bidang seni, Arrora memaklumkan dia tidak boleh membuat keputusan terburu-buru.

Ads

Sibuk Jalani 2 Penggambaran, Arrora Salwa Belum Fikir Tinggalkan Kerja Pramugari

“Selepas tamat sahaja GV11, saya belum ada waktu rehat lagi. Saya masih ada jadual penggambaran dan saya sudah kembali bertugas sebagai pramugari.

“Buat sementara waktu ini, saya akan teruskan dengan kerja hakiki saya. Selepas ini, mungkin saya akan lihat semula sejauh mana jaminan kerja di dalam bidang seni ini.

“Jika segalanya terjamin dan memberangsangkan untuk dua tahun ke depan ini, mungkin saya akan pertimbangkan pekerjaan saya yang sekarang,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI