Setelah bersaing sengit selama lapan minggu, Marygrace berjaya menempatkan diri sebagai juara program realiti One In A Million musim terbaharu.
Menerusi persembahan yang memukau, finalis berbakat ini membawa pulang hadiah utama bernilai RM1 juta, termasuk sebuah kereta Peugeot 408 GT dan wang tunai RM500,000.
Turut menjadi miliknya ialah tawaran kontrak rakaman bersama Alternate Records, serta sebuah lagu baharu yang bakal digubah komposer terkenal Indonesia, Ade Govinda.
Syukur Rezeki
Sejurus namanya diumumkan sebagai pemenang, penyanyi kelahiran Sabah itu tidak lupa memberikan dedikasi terhadap semua pihak yang tak putus-putus memerikan sokongan.
“Syukur Alhamdulillah. Mommy kita dapat pergi umrah. Saya ingin ucapkan terima kasih kepasa semua pihak yang bantu saya. Kepada penyokong saya terima kasih,” katanya.
Ads
Sementara itu, tempat kedua pula dirangkul Kai Deva membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, sementara ketiga menjadi milik Jimi.
Melengkapkan senarai pemenang adalah Zazzleen di kedudukan keempat dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM20,000.
Pada pentas akhir yang berlangsung malam tadi, kesemua finalis perlu mempersembahkan dua tugasan iaitu Lagu Baharu dan ‘cover’.
Gegar Vaganza musim ke-11 bakal melabuhkan tirai malam ini menampilkan enam finalis yang berjaya melangkah ke peringkat akhir.
Liza Aziz, Ning Baizura, Zehra Zambri, Sheila Abdull, Dyrga Dadali dan The Lima berjaya mengetepikan cabaran dari lapan peserta lain yang terlebih dahulu kecundang dalam saingan yang telah berlangsung selama lebih 11 minggu.
Cabaran saban minggu nyata memberi dimensi kepada vokal dan persembahan penyanyi-penyanyi yang sudah sedia ranum pengalamannya ini. Perubahan genre yang lari dari forte asal nyata menguji kebolehan lantas menampilkan sisi versatil mereka.
Jika dilihat daripada carta permarkahan mingguan, Liza Aziz mengungguli ‘perlumbaan’ dengan jayanya apabila berjaya menggondol kedudukan pertama sebanyak lima kali iaitu pada minggu pertama, kedua, ketiga, keenam dan ketujuh.
Manakala finalis lain pula tidak kurang hebatnya apabila masing-masing pernah bergelar juara mingguan sekurang-kurangnya sekali.
Sheila Abdul unggul pada minggu kelima, The Lima hebat pada minggu kelapan, Ning Baizura pula cukup mempesona pada minggu kesembilan, Zehra Zambri pula membuat kejutan minggu ke-10 dan Dyrga Dadali pula cemerlang pada minggu ke-11.
Biarpun Liza dilihat sebagai pencabar utama untuk merebut gelaran juara. Namun persaingan lima lagi perserta lain tidak harus dipandang sebelah mata kerana mereka pernah mencipta kejutan tersendiri.
Malam ini setiap daripada mereka bakal menampilkan tiga persembahan berbeza menyaksikan penyampaian secara solo, duet dengan penyanyi terkenal Rantau Nusantara dan juga sesi ‘battle’ yang semestinya memperlihatkan kekuatan masing-masing dalam mengadun vokal serta kawalan pentas.
Jadi siapakah yang bakal menyusul kejayaan seperti Siti Nordiana, Datuk Aishah, Jaclyn Victor seterusnya memahat nama dalam Hall of Fame Gegar Vaganza?
Semuanya bakal terjawab malam ini jam 9 malam hanya di Astro Ria. Anda juga boleh menyaksikannya secara atas talian menerusi Astro Go dan aplikasi Sooka.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Astro dengan penuh rasa penghargaan berbesar hati meraikan para penyokong yang juga peminat setia program realiti hiburan nombor satu, Gegar Vaganza, yang kini memasuki musim ke-11 penganjurannya.
Sebagai tanda terima kasih, majlis makan malam meriah telah diadakan di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, pada 31 Januari lalu, khusus untuk peminat yang digelar ‘Vaganzers.’
Majlis tersebut memberi peluang kepada para Vaganzers untuk saling bertemu sambil menikmati persembahan eksklusif daripada peserta GV11 seperti Arrora Salwa, The Lima, Fairuz Selamat, Illa Sabry dan Ning Baizura dalam suasana yang lebih mesra.
Penyanyi Arrora Salwa ketika ditemui menyifatkan sokongan yang ditunjukkan oleh kelab peminatnya ketika ini disifatkan sebagai sesuatu yang istimewa, lebih-lebih lagi setelah sekian lama dia menyepi dalam radar hiburan.
“Sebenarnya, setiap minggu adalah minggu yang ‘best’ buat saya. Saya tidak pernah ada kumpulan penyokong seperti ini. Ini adalah pengalaman pertama dan mereka sangat padu dalam memberikan sokongan.
“Sejak pertama kali terlibat dengan GV, mereka berkumpul ramai-ramai dan hantar bunga dan kek kepada saya. Mereka juga beri turut kata-kata semangat yang memberikan kekuatan untuk kita bersaing saban minggu.
“Itu yang buat saya sangat tersentuh dengan kelab peminat Arrora Salwa ini. Saya tak boleh cakap banyak. Nanti saya menangis sebab terharu,” katanya kepada MH.
Sementara itu, penyanyi Fairuz Selamat pula akui terharu dengan pengorbanan yang ditunjukkan ahli kelab peminat setiap kali dirinya berada di pentas GV11 sebelum ini.
“Saya rasa mereka lagi banyak berhabis berbanding keluarga sendiri sepanjang saya bersaing di GV11. Kebanyakan yang menyokong saya pula ialah golongan wanita dan ada di antara mereka juga sudah berkahwin.
“Saya pun tak pasti bagaimana pasangan masing-masing terbuka untuk memberikan sokongan kepada saya setiap malam Ahad. Malah ada yang sanggup berhabis masa buat saya yang bukan sesiapa ini.
“Itu yang buat saya ralat bila tersingkir, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan penghargaan yang tidak putus-putus diberikan mereka kepada saya” katanya.
Dalam pada itu, Ning Baizura tidak kisah untuk meluangkan masa bersama Vaganzers sejurus konsert tamat sebagai tanda dedikasi atas sokongan yang tidak berbelah-bahagi.
“Setiap kali habis persembahan, saya pasti akan luangkan masa untuk berinteraksi bersama peminat di media sosial sehingga jam 4 pagi. Hari esoknya selepas konsert, saya akan mula berlatih tugasan baharu macam biasa.
“Begitu juga dengan para peserta lain, masing-masing ada cara tersendiri untuk tunjukkan rasa terima kasih itu kepada peminat yang setia menyokong.
“Cuma itu cara saya. Apa pun, saya memang suka berinteraksi dengan peminat malah sejak dulu lagi.
“Bila menyertai GV11 ini, saya juga kini ada kelompok peminat baharu yang sanggup tunggu saya selepas konsert. Malah ada di antara mereka juga dapat mengeratkan silaturahim.
“Semangat mereka sangat luar biasa. Sanggup masak, cetak banting dan buat baju. Semua ini memerlukan duit, masa dan tenaga. Gegaran di GV11 ini memang lain macam,” katanya.
Terdahulu, sesi makan malam yang bermula sekitar jam 8.00 malam itu turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik selain persembahan barisan alumni GV seperti Shila Amzah, Naqiu, Lan Solo, Amelina dan Noryn Aziz.
Ahad ini, finalis akhir bakal dicabar dengan tiga tugasan iaitu persembahan secara solo, duet dan ‘battle’.
Paling dinantikan ialah pusingan duet apabila mereka bakal bergandingan dengan barisan bintang popular dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Berikut senarai lagu bersama pasangan duet masing-masing di Final GV11 ;
1. Dadali Dyrga berduet dengan Datuk Jamal Abdillah – Kekasih Awal Dan Akhir
2. Liza Aziz berduet dengan Krisdayanti – Cinta
3. Shiela Abdul berduet dengan Taufik Batisah – Aku Bersahaja
4. Ning Baizura berduet dengan Pasha Ungu – Terlanjur Cinta
5. The Lima berduet dengan Dolla – Bye Bye Bye
6. Zehra Zambri berduet dengan Jaclyn Victor – Beribu Sesalan
Jangan lupa saksikan pentas akhir GV11, bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan platform penstriman Astro Go serta sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin kini muncula dengan single terbarunya, Lelaki Terakhir, iaitu sebuah lagu balada romantik yang mengisahkan tentang cinta sejati, kesetiaan, dan perjuangan dalam sebuah hubungan.
Lebih istimewa, lirik video Lelaki Terakhir yang dilancarkan di platform YouTube pada 21 Februari lalu berjaya menduduki carta trending bagi kategori muzik.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dan terharu dengan sambutan luar biasa daripada peminat terhadap lagu ini. Saya tidak menyangka lagu ini akan diterima begitu baik dan trending di YouTube dalam masa singkat.
“Ini adalah satu pencapaian yang sangat bermakna bagi saya, dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong lagu ini.
“Sejujurnya, perjalanan menghasilkan lagu ini bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi dengan sokongan pasukan yang hebat dan peminat, saya berasa lebih bersemangat untuk terus berkarya.
“Saya berharap lagu ini dapat memberi inspirasi dan menyentuh hati pendengar,” katanya.
Menggunakan bait lirik puitis dan melodi yang menyentuh jiwa, Lelaki Terakhir menampilkan sisi emosional Fattah sebagai lelaki yang berjanji untuk sentiasa menjaga dan melindungi cinta sejatinya.
Dengan elemen muzik yang indah dan susunan melodi yang mendalam, lagu ini dicipta oleh komposer dan produser muzik yang pernah mencipta lagu Wanita Terakhir iaitu Mel Ramlan.
Lebih menarik, Lelaki Terakhir turut mendapat sentuhan lirik oleh Fattah sendiri.
“Lagu ini sangat bermakna bagi saya kerana ia menggambarkan perjalanan cinta yang penuh cabaran, tetapi jika disertai dengan kesetiaan dan doa, cinta itu akan terus kekal hingga ke akhir hayat.
“Saya harap lagu ini dapat memberikan inspirasi kepada semua pendengar. Lelaki Terakhir menampilkan gabungan muzik moden dengan sentuhan balada klasik, menjadikannya sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat usia.
“Tujuan lagu ini dihasilkan dan dikeluarkan juga kerana lagu ini ialah runut bunyi untuk drama bersiri terbaru lakonan saya dalam Keluarga Itu arahan Nur Ain Sharif dan ditulis oleh Eirma Fatima.
“Ia akan mula ditayangkan pada 28 Febuari ini di slot eksklusif TV3 terbitan Rumah Karya Citra Sdn.Bhd,” katanya lagi.
Lelaki Terakhir menonjolkan vokal Fattah yang semakin matang dalam menyampaikan emosi dan makna di sebalik setiap bait lirik.
Single ini kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, dan lain-lain.
Video muzik rasmi juga bakal dilancarkan dalam masa terdekat di saluran YouTube rasmi Fattah Amin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Aisha Retno tidak menyangka muzik video lagu raya terbaharunya, Jodoh Lebaran menerima sambutan luar biasa apabila berjaya meraih lapan juta tontonan dalam tempoh dua minggu ia dilancarkan di YouTube.