
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil membuat memohon maaf kerana terlepas pandang mempromosikan produk berasaskan nikotin di platform media sosial miliknya, baru-baru ini.
Menurut Siti, dia mengakui kesilapannya itu kerana tidak membuat semakan terlebih dahulu sebelum mempromosikan produk tersebut.
“Maaf di atas khilaf saya mengenai produk yang saya masukkan di IG feed saya sebelum ini.
“Saya sedar ini adalah khilaf saya tanpa menyelidik atau mengetahui sepenuhnya
mengenai produk tersebut,” tulisnya.
Permohonan maaf itu dikongsikan oleh penyanyi lagu, Jerat Percintaan itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Posting Sudah Dipadam
Katanya lagi, dia mengambil maklum segala teguran yang diberikan dan sudah pun memadam posting tersebut dari platform media sosialnya.
“Terima kasih di atas teguran, pemberitahuan dan juga memaklumkan hal ini kepada saya.
“Saya sudah memadamkan posting tersebut dan terima kash sekali lagi di atas teguran yang diberikan,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Siti memuat naik sebuah hantaran mempromosikan produk nikotin dipercayai merupakan perniagaan dijalankan oleh anak tirinya iaitu Aazief Khalid.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai termasuk dari laman Facebook Public Health Malaysia yang menegur tindakan penyanyi berkenaan.
Menurut pengendali akaun berkenaan, Siti sebagai seorang personaliti berpengaruh boleh memberikan kesan besar terhadap masyarakat.
Hasil pemerhatian MH di platform media sosial, rata-rata netizen memuji sikap Siti yang terbuka menerima teguran dan mengakui kesilapan yang dilakukan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI