Tahniah diucapkan kepada pelakon Wanna Ali yang sudah selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihannya, yang dikenali Khairil Amri, pada Ahad.
Berita gembira itu dikongsi Wanna menerusi hantaran terkininya yang dimuat naik di Instagram yang kini sudah pun menerima lebih 24,000 tanda ‘likes’.
Sedondon mengenakan persalinan dalam rona biru cair, Wanna turut berkongsi wajah bakal suaminya itu yang turut disertakan dengan beberapa momen indah sekitar majlis pertunangan.
Ads
“Alhamdulillah, one step closer. Two hearts, one promise, a lifetime to go. Doakan kami,” titip romantis Wanna menerusi ruangan kapsyen.
Difahamkan, majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan itu dikhabarkan bakal berlangsung dalam waktu terdekat.
Ads
Malah menerusi ruang komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain mendoakan agar urusan majlis raja sehari pasangan ini akan dipermudahkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil membuat memohon maaf kerana terlepas pandang mempromosikan produk berasaskan nikotin di platform media sosial miliknya, baru-baru ini.
Menurut Siti, dia mengakui kesilapannya itu kerana tidak membuat semakan terlebih dahulu sebelum mempromosikan produk tersebut.
“Maaf di atas khilaf saya mengenai produk yang saya masukkan di IG feed saya sebelum ini.
“Saya sedar ini adalah khilaf saya tanpa menyelidik atau mengetahui sepenuhnya
mengenai produk tersebut,” tulisnya.
Permohonan maaf itu dikongsikan oleh penyanyi lagu, Jerat Percintaan itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Katanya lagi, dia mengambil maklum segala teguran yang diberikan dan sudah pun memadam posting tersebut dari platform media sosialnya.
“Terima kasih di atas teguran, pemberitahuan dan juga memaklumkan hal ini kepada saya.
“Saya sudah memadamkan posting tersebut dan terima kash sekali lagi di atas teguran yang diberikan,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Siti memuat naik sebuah hantaran mempromosikan produk nikotin dipercayai merupakan perniagaan dijalankan oleh anak tirinya iaitu Aazief Khalid.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai termasuk dari laman Facebook Public Health Malaysia yang menegur tindakan penyanyi berkenaan.
Menurut pengendali akaun berkenaan, Siti sebagai seorang personaliti berpengaruh boleh memberikan kesan besar terhadap masyarakat.
Hasil pemerhatian MH di platform media sosial, rata-rata netizen memuji sikap Siti yang terbuka menerima teguran dan mengakui kesilapan yang dilakukan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong, menafikan dakwaan adiknya itu sudah pun berkahwin dengan individu dikenali sebagai DJ Kidd.
Menurut Shikin atau nama sebenarnya Siti Nur ‘Ashikin, berita yang tersebar itu tidak benar, malah dia sendiri tidak tahu dari mana sumbernya.
“Benda itu memang tak benar langsung sebab kita adik-beradik kalau apapun, kalau dia berkenalan dengan orang yang baru sekalipun, benda pertama dia akan kongsi dengan kami sebab kita memang sangat rapat antara satu sama lain.
“Kalau ada masalah dia akan kongsi, terutamanya mengenai hari yang bahagia. Kalau hari bahagia, mestilah dia akan sampaikan dekat keluarga dulu minta pendapat,” katanya.
Shikin berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Karnival Warisan @ Saloma di Kuala Lumpur, petik Harian Metro.
Shikin pada masa sama menegaskan, Emma pasti akan meminta restu ibu bapa dan memaklumkan kepada abang mereka, Bakri, sekiranya benar-benar ingin berkahwin.
“Jadi itulah, sebab bila dengar gosip macam ini memang agak terkejut juga sebab memang tiada pun,” katanya.
Mengenai kenyataan DJ Kidd yang memanggil Emma sebagai isterinya, Shikin menjelaskan bahawa dia tidak tahu perkara sebenar.
“Biasalah, orang kadang-kadang kawan pun semua boleh cakap begitu tapi buktinya di mana? Kadang-kadang orang berkawan.
“Tak tahulah dia jangka macam mana, tapi macam manapun rasanya untuk kata bukti, tak ada. Semestinya saya akan tanya dia apabila ada perkara begini.
“Dia kata memang tak betul, memang tak ada, hanya gosip sahaja. Pada awalnya berita yang macam sebelum ini, memang kita tahu dia berkawan,” jelasnya lagi.
Menurut Shikin, setakat ini dia tidak mendengar sebarang berita mengenai Emma menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.
“Jadi persiapan (kahwin) atau apa memang tak ada. Bila dah ada dan dia bawa jumpa keluarga, barulah saya boleh sahkan.
“Buka sahaja Instagram akan keluar. Tapi apa yang saya boleh cakap sekarang, agak terkejut juga. Mungkin itu video-video lama masa mereka berkawan. Tapi sekarang ini tak ada dengar pula dia berkawan atau tidak.
“Memang terkejut. Tapi tak tahulah pihak sana apa tujuannya. Tapi sebenarnya sekarang nampak Emma sibuk dengan shooting. Tak ada pula dating dan sebagainya. Tak ada pun,” katanya.
Shikin turut menambah, bapa mereka, Ismail Embong, serta abang mereka seorang yang tegas dalam hal peribadi keluarga.
“Tentulah kalau apa-apa rujuk dengan abang dulu. Dia akan panjangkan pada ayah. Ayah pun ada Facebook. Jadi kemungkinan mungkin berita gosip-gosip begitu dia tahu.
“Samalah macam abang, tak tahu apa-apa tapi kawan-kawan hantar video. Saya sendiri pun tengah berniaga, terkejut tengok video bila kawan-kawan hantar.
“Apapun saya sentiasa doa yang terbaik untuk adik-adik saya. Kalau apa-apa mereka tanya saya, saya cakap tanya diri dulu. Kamu gembira dengan pilihan kamu? Macam manapun kita doakan yang terbaik,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Shikin dan suaminya, Cat Farish, bakal terbabit dalam Karnival Warisan @ Saloma, sebuah bazar eksklusif Ramadan Raya yang akan berlangsung dari 3 hingga 28 Mac 2025 di Lanai @ MATIC, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Bella Astillah sekali lagi menarik perhatian netizen apabila dia dan anak lelakinya, Mohamed Ayden Adrean Mohammad Aliff dilihat mengadakan lawatan di Parlimen Malaysia, pagi ini.
Momen Bella dan Ayden ketika berada di Dewan Parlimen itu sempat dirakam menerusi foto yang dikongsikan oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman di platform X.
Turut dilihat ada bersama di dalam foto berkenaan adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ketika ini difahamkan sedang berkawan rapat dengan Bella.
“Ada orang bawa Bella Astillah ke Parlimen,” usik Young Syefura.
Syed Saddiq dan Bella dilihat segak dan anggun mengenakan busana tradisional berwarna biru muda.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Stories, Bella bersama anaknya itu sempat berkongsi foto bersama Syed Sadding di Parlimen.
“Hello from parlimen,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat mengusik pasangan tersebut dan mendoakan mereka agar segera bertemu jodoh.
“Dari parlimen ke pelamin.
“Bawa ke parlimen sudah. Tak lama lagi naik parlimen pula. Bila berdua lebih semangat di parlimen.
“Sungguh ‘memBella’ rakyat.
“Tak lama dah tu YB. Yang mana elok kita sokong. Doa yang baik-baik untuk mereka.
“Bagai pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan,” antara komen-komen netizen.
Ketika ini, nama Bella dan Syed Saddiq sedang hangat diperkatakan kerana mereka kerap dilihat bersama merakamkan momen-momen manis di platform media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Kredit Foto: Instagram Bella Astillah & X Young Syefura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...