Pelakon, Rita Rudaini menyokong usaha Mahkamah Syariah Terengganu yang menjatuhkan hukuman kepada mana-mana individu yang culas membuat pembayaran nafkah anak.

Menurut Rita, tindakan seperti ini memang wajar kerana ada segelintir pihak yang mengambil mudah walaupun sudah diberikan perintah mahkamah.

“Patut Jantan Macam Ni…,” – Rita Rudaini Sokong Hukuman Penjara Buat Individu Culas Bayar Nafkah Anak

“Dah lama dah dan berapa ramai yang tanggung benda-benda macam ni. Benda wajib ikut arahan court pon jantan-jantan ni culas.

“Patut jantan-jantan macam ni tak boleh kahwin lain kalau tanggungjawab lama
dia tak boleh tunaikan.

“Macam orang berhutang la. Kalau masih belum lunaskan hutang, kena blacklist dari mohon mana-mana loan atau biasiswa,” tulisnya.

Ads

Luahan itu dikongsikan oleh pelakon filem Mami Jarum Junior itu menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories.

Yang Jadi Mangsa Adalah Wanita

Malah, Rita turut memaklumkan isu-isu seperti ini banyak memberikan kesan dan kemudaratan kepada golongan ibu.

“Patut Jantan Macam Ni…,” – Rita Rudaini Sokong Hukuman Penjara Buat Individu Culas Bayar Nafkah Anak

“Tapi itulah, mereka ini dibiarkan dan kesilapan berulang-ulang. Yang jadi mangsa adalah wanita.

“Sis rasa kena buat kerjasama dengan bahagian pembangunan wanita untuk melindungi wanita dari jantan-jantan dayus macam ini,” kongsinya.

Ads

Duit Nafkah Tak Sampai Ke Anak?

Dalam pada itu, Rita turut menangkis stigma duit-duit nafkah ini hanya akan dimanfaatkan oleh bekas pasangan dan tidak akan sampai ke anak-anak.

“Patut Jantan Macam Ni…,” – Rita Rudaini Sokong Hukuman Penjara Buat Individu Culas Bayar Nafkah Anak

“Memang macam tu pun. Takut sangat bekas pasangan itu makan duit sekangkang kera yang mereka bagi walaupun ada bulan-bulan yang mereka culas.

“Kalau seorang wanita boleh tahan bawa perut besar sembilan bulan, apalah sangat.

Ads

“Teringat kes roti gardenia dalam resit bil anak-anak ketika fight di mahkamah dipertikaikan. Konon roti itu mak yang makan. Jadi, tak nak bayar dan buang dari resit. Kekejian apakah?,” kongsinya.

Sekadar informasi, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan pada tahun 2008.

Namun, rumah tangga mereka menemui titik noktah lima tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Ryyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI