Selebriti popular, Neelofa meminta orang ramai tidak terus mengkritik adiknya yang juga pempengaruh, Ameera Khan yang kini kembali menyulam cinta bersama pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol.
Kebelakangan ini, kemesraan mereka di media sosial serta kisah hangat Jefri yang kontroversi mencetuskan reaksi yang pelbagai netizen.
Doa Yang Baik-Baik
Neelofa, 36, bagaimanapun memaklumkan, dia telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai kakak kepada adiknya itu, namun enggan berkongsi butiran lanjut.
“Saya tidak boleh berkongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan. Cuma sebagai kakak, saya sudah melakukan bahagian saya dan tahu apa yang sesuai untuk dilakukan terhadap adik saya.
“Pada masa sama, saya mahu minta semua, jangan mengecam atau tulis yang buruk-buruk. Sekalipun kamu suka atau tidak suka, tolong selitkan doa yang baik.
“Susunan takdir Allah dan segala perancangan boleh diubah menjadi sesuatu yang baik dengan doa yang baik. Sudah tentu saya nak yang terbaik untuk adik-adik dan kakak saya,” katanya.
Ads
Neelofa berkata demikian selepas menerima Anugerah Wanita Inspirasi sempena The Muslim World Women’s Summit: Voices of H.E.R Festival dan Anugerah Ibu Zain 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam tadi.
Dalam pada itu, ketika kisah percintaan adiknya terus menjadi perhatian, Neelofa menjelaskan dia tidak terganggu dengan kecaman netizen.
“Alhamdulillah, tak mengganggu saya langsung. Namun, tak bermakna saya tak peduli dengan teguran dan nasihat orang.
“Kita ambil cakna, tetapi saya rasa tak perlu kongsikan kepada khalayak mengenai apa yang kami buat atau bincangkan.
“Cukup sekadar perkara ini diketahui oleh adik-beradik, ibu, dan ayah sahaja,” katanya lagi.
Ads
Keluarga Ada Pendekatan Tersendiri
Neelofa pada masa sama mengakui dia seisi keluarga mempunyai pendekatan tersendiri dalam menangani isu yang timbul.
“Kami ada cara tersendiri. Mungkin keluarga lain ada pendekatan berbeza, tapi kami tahu apa yang terbaik untuk dia.
“Walaupun di mata orang belum cukup bagus, tapi insya-Allah kami faham apa yang perlu dilakukan,” katanya.
Ads
Terdahulu, Ameera menarik perhatian apabila memuat naik video dirinya duduk di riba Jefri sambil berpelukan mesra.
Malah aksi spontan Jefri yang mengucup pipi Ameera, menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Sebelum ini, Jefri pernah dikecam selepas mengaku pernah meniduri lebih 20 wanita, berlaku curang terhadap pasangannya, serta makan daging babi.
Ameera dan Jefri difahamkan pernah bercinta sebelum hubungan mereka dikatakan berakhir pada Oktober 2021.
Namun, sekitar Mac tahun lalu, percintaan mereka dikhabarkan kembali bertaut selepas Jefri menghubungi Ameera menerusi panggilan video.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Terima kasih kepada yang memberi kata-kata semangat buat saya dan keluarga. Semoga pramugari yang tersalah tutur kata itu, belajar atas kesilapannya.
“Seperti yang saya cakap sebelum ini, kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat pramugari lain juga,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
Sukar Untuk Lupakan
Walaupun insiden itu mengguris hati, Fasha bagaimanapun memaklumkan dia dan keluarganya telah memaafkan pramugari tersebut.
Namun, peristiwa itu tetap menjadi satu kenangan yang sukar dipadamkan.
“Walau bagaimanapun, saya dan keluarga telah memaafkan wanita tersebut tapi mungkin kami tidak akan melupakan.
“Ni kenangan kami apabila sampai di Alor Setar dan dah nak waktu berbuka.
“Kami makan kejap sementara menunggu grab sampai. Biarlah ada yang menghina dan biar ada yang mencerca.
“Kami akan tetap hidup cara kami. Cara yang sederhana. Sederhana itu indah,” jelasnya lagi.
Ramai Bersimpati
Terdahulu, insiden itu tular selepas Fasha mendedahkan rasa kecewanya terhadap sikap seorang pramugari syarikat penerbangan yang mempersoalkan pertanyaan yang dirasakannya tidak wajar.
Menurut Fasha, walaupun bergelar selebriti, dia memilih untuk menaiki kelas ekonomi atas dasar berjimat selain mengamalkan gaya hidup sederhana.
Fasha turut menegaskan bahawa duduk di kelas ekonomi bukanlah sesuatu yang memalukan, malah ia pilihan peribadi yang wajar dihormati oleh semua pihak, termasuk kru penerbangan.
Lalu, perkongsian pelakon Malang Si Puteri ini mengundang reaksi pelbagai pihak dan ada yang turut menyuarakan sokongan terhadap Fasha dan memuji pendiriannya yang memilih untuk kekal hidup secara sederhana meskipun bergelar selebriti terkenal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas enam tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan usahawan, Mawar Rashid memaklumkan dirinya sudah berpisah dengan suami, Raf Yaakob.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Stories.
Menurut Mawar, meskipun sudah berpisah, dia dan Raf akan tetap berbaik dan fokus mereka ketika ini adalah untuk membesarkan anak-anak.
“Kami berdua sudah bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Raf dan saya masih tetap berbaik dan selamanya akan begitu.
“Fokus utama kami ketika ini adalah untuk menyediakan sokongan terbaik dan kasih sayang yang anak-anak perlukan.
“Sama sama berjaya besarkan anak-anak adalah perkara yang paling penting dan hal itu yang akan kami usahakan,” tulisnya.
Pada masa sama, Mawar turut berharap agar semua pihak dapat menghormati keputusan tersebut.
“Kepada rakan dan pihak media, hanya ini kenyataan yang kami berdua akan berikan. Harap semua dapat menghormatinya.
“Kepada para pengikut kami di media sosial, kami berharap agar anda semua mendoakan yang baik-baik untuk kami. Jangan buat sebarang spekulasi atau sebarkan perkara tidak benar,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong mereka selama ini.
“Kami juga berat hati dan terkilan untuk berkongsi berita ini. Bagaimanapun, ini merupakan jalan terbaik buat kami.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami. Kata-kata yang baik amat kami hargai,” akhirinya.
Sekadar informasi, Raf dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perjalanan kerjaya seni bermula pada tarikh 1 April 1996 dan kini genap 23 tahun Datuk Seri Siti Nurhaliza melakar kejayaan sebagai anak seni paling popular sepanjang zaman.
Memuat naik sebuah posting mengucapkan kesyukuran di atas sambutan ini, Siti atau sinonim disapa Tok Ti mengakui segala usahanya adalah di atas kebesaran Allah SWT.
“Alhamdullillah.. Segala puji hanya bagi Allah SWT .. Kerana DIA saya di sini , Kerana DIA saya bertemu kalian di pentas seni .. Semoga Allah beri keberkatan silaturrahim ini
#Repost @rozisangdewi with @make_repost
“Selamat ulangtahun ke-23 di dalam industri seni @ctdk.
“Semoga terus memartabatkan industri dengan karyamu, meneladani dengan rendah hati, menyantuni dengan keikhlasan serta memperkembangkannya dengan kecemerlangan.”
Kerjaya nyanyian penyanyi nombor satu negara ini bermula menerusi Bintang HMI RTM menerusi lagu Camar Yang Pulang nyanyian Aishah.
Isteri kepada Datuk K ini meneruskan rentak kecemerlangan apabila menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-11 menerusi album pertama, Jerat Percintaan.
Sebagai seorang artis ternama Asia Tenggara, Siti mencapai jumlah penjualan album sebanyak lebih 3 juta rakaman di pasaran Asia, sepanjang kerjaya muziknya.
Sehingga kini, dia telah merakamkan sekitar 18 buah album antaranya Cindai, Pancawarna, Prasasti Seni dan SimetriSiti.
Selamat ulang tahun ke-23 MH ucapkan, moga terus sukses dalam kerjaya!
Foto – Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Andi Bernadee, kembali memikat peminat dengan single terbaharunya berjudul Siapakah Namamu, sebuah lagu yang mengangkat kisah indah pertemuan cinta yang tidak...