Demi Moore, nama yang tidak asing lagi dalam dunia perfileman Hollywood, kini sedang meraikan satu pencapaian terbesar dalam kariernya iaitu pencalonan pertama untuk Anugerah Oscar.

Pelakon tekenal ini baru sahaja diumumkan sebagai calon Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi 2025 menerusi lakonannya dalam filem komedi seram gelap The Substance.

Selepas diumumkan sebagai salah seorang daripada lima calon yang disenarai pendek, Demi  ternyata tidak dapat menyembunyikan rasa terharunya.

Dalam satu kenyataan kepada media, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata, “Dicalonkan untuk Oscar adalah satu penghormatan yang luar biasa dan sesuatu yang di luar jangkaan saya.

Ads

“Tiada kata-kata yang mampu sepenuhnya menggambarkan kegembiraan dan rasa syukur saya terhadap pengiktirafan ini.”

Demi turut menzahirkan rasa rendah diri terhadap pencalonan tersebut, bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga bagi mesej yang dibawa oleh filem The Substance.

Lebih 45 Tahun Berlakon, Demi Moore Akhirnya Tersenarai Antara Calon Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Oscar
Demi ketika menang Anugerah Golden Globe baru-baru ini.

BACA JUGA: Selepas 45 Tahun Berlakon, Demi Moore Akhirnya Dinobat Pelakon Wanita Terbaik Filem Anugerah Golden Globe 2025

Ads

Selain Demi yang tercalon, empat lagi nama lain ialah Cynthia Enrivo (Wicked), Fernanda Torres (I’m still here), Mikey Madison (Anora) dan Karla Sofia Gascon (Emilia Perez) yang bakal merebut gelaran Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Oscar 2025

Filem The Substance mengisahkan watak Elisabeth Sparkle lakonan Demi, yang merupkana seorang pelakon senaman yang kehilangan pekerjaannya selepas bosnya mahu menggantikan beliau dengan bakat yang lebih muda.

Ads

Namun, Elisabeth tidak menyerah kalah. Dalam usaha untuk mengekalkan relevansi dalam industri, dia mula mengambil ubat misteri yang dikenali sebagai The Substance. Ubat itu secara ajaib mencipta versi dirinya yang lebih muda bernama Sue.

Lakonannya menerusi filem ini menerima pujian tinggi daripada pengkritik filem, jadi tidak hairanlah baru-baru ini beliau turut menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam kategori Filem Komedi atau Muzikal di Anugerah Golden Globe ke-82.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI