Doktor bedah telah mengeluarkan serpihan hujung pisau berukusan 2.5 inci yang tertanam berhampiran kawasan tengah tulang belakang Saif Ali Khan selepas diserang oleh seorang penceroboh di rumahnya di Bandra awal pagi semalam.

Pakar bedah saraf, Dr. Nitin Dange, yang menjalankan pembedahan ke atasnya, dipetik berkata bahawa jika hujung pisau itu tertanam lebih dalam sedikit sahaja, ia boleh menimbulkan masalah besar.

Menurut para doktor, situasi ini boleh menyebabkan kebocoran cecair saline, yang membahayakan nyawa pelakon tersebut. Pasukan pembedahan juga berjaya menghentikan kebocoran cecair tulang belakang dari luka tersebut.

Pelakon berusia 54 tahun itu bersama anak lelakinya yang berusia lapan tahun, Taimur Ali dan seorang pembantu rumah, telah dihantar ke Hospital Lilavati di Bandra Reclamation.

Pasukan perubatan menjalankan pembedahan selama lebih lima jam untuk merawat tiga luka dalam, termasuk luka di pergelangan tangan dan leher.

Suami kepada Kareena Kapoor itu dibawa keluar dari bilik pembedahan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum jam 11 pagi dan dijangka akan berada di sana sekurang-kurangnya sehari lagi, menurut sumber.

Ads

Pemegang amanah hospital, Prashant Mehta berkata, “Khan sedang pulih dengan baik, dan kami memastikan perkhidmatan perubatan terbaik diberikan kepada keluarga oleh pasukan Hospital Lilavati.”

Saif Ali Khan Lalui 5 Jam Pembedahan, Serpihan Pisau Berdekatan Tulang Belakang Berjaya Dikeluarkan
Saif Ali Khan bersama anak-anaknya.

BACA JUGA: Saif Ali Khan Cedera Ditikam, Kini Dalam Keadaan Stabil

Doktor berkata Khan mungkin akan dibenarkan keluar dari hospital dalam beberapa hari lagi.

Ads

Khan masih belum sedarkan diri selepas pembedahan. Kakitangan perubatan di hospital Mumbai itu sedang memantau keadaannya dengan rapi, dan hanya rakan rapat serta ahli keluarga terdekat dibenarkan melawatnya pada masa ini.

Imbas kembali, Bintang Hum Tum itu diserang di kediamannya sekitar jam 2:30 pagi Khamis, 16 Januari. Kejadian berlaku di tingkat 11 bangunan Satguru Sharan apabila seorang penceroboh mengugut  pembantu rumah Saif.

Ketika Saif cuba campur tangan dan meredakan keadaan, pertengkaran itu memuncak menjadi keganasan

Ads

Dalam perkembangan terkini, kejadian tersebut dipercayai didalangi oleh orang dalam. Setakat ini tiga individu yang terkait telah ditahan pihak polis untuk disoal siasat.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI