Lynn Ban, bintang siri realiti Netflix Bling Empire: New York yang juga seorang pereka barang kemas terkenal telah meninggal dunia pada usia 51 tahun.

Menghembuskan nafas terakhir pada 20 Januari 2025, kematiannya berlaku beberapa minggu selepas beliau menjalani pembedahan otak akibat kecederaan serius yang dialami semasa percutian di Aspen, Amerika Syarikat, pada Malam Krismas.

Sebulan lalu, wanita bertaraf sosialit itu berkongsi di Instagram bahawa kemalangan ski yang dialaminya telah ‘mengubah hidupnya’.

Beliau mendedahkan bahawa imbasan CAT menunjukkan kecederaan serius pada kepala, termasuk pendarahan otak yang memerlukan beliau menjalani prosedur kraniotomi kecemasan.

“Saya terjaga di hospital dengan suami saya, Jett Kain, di sisi saya,” tulisnya di Instagram, sambil menyatakan harapan untuk pulih pada tahun ini.

Ads

Berita kematian bintang siri realiti popular itu dikhabarkan kepada umum oleh anak tunggalnya, Sebastian, menerusi akaun Instagram peribadinya.

Lynn Ban, Bintang Siri Realiti Popular Meninggal Dunia Sebulan Selepas Jalani Pembedahan Otak
Sebastian bersama mendiang ibunya.

“Ibu saya telah pergi pada hari Isnin. Saya tahu dia mahu berkongsi perjalanan pemulihannya selepas kemalangan ini, jadi saya rasa dia akan menghargai satu hantaran terakhir untuk memaklumkan berita ini kepada mereka yang menyokongnya,” tulisnya.

Sebastian turut berkongsi rasa hormatnya terhadap ibunya yang dianggap sebagai seorang wanita hebat dan sumber inspirasi yang terbaik dalam hidupnya.

Ads

“Dia adalah sahabat terbaik saya, ibu terbaik buat saya, dan seseorang yang sentiasa mengambil berat tentang semua orang di sekelilingnya.

“Walaupun ketika proses pemulihannya sukar, dia tetap tersenyum. Dia seorang pejuang hingga ke akhirnya, dan wanita paling kuat yang pernah saya kenal,” tambah Sebastian.

BACA JUGA: Bintang Bling Empire, Anna Shay Meninggal Dunia Pada Usia 62 Tahun Akibat Strok

Ads

Lynn Ban dikenali bukan sahaja sebagai bintang siri realiti tetapi juga sebagai pereka barang kemas eksklusif yang menjadi pilihan ramai selebriti terkenal seperti Rihanna, Beyoncé, Cardi B, Billie Eilish, Madonna, Lady Gaga, Kendrick Lamar, dan Post Malone.

Siri Netflix yang menampilkan Lynn, Bling Empire: New York, merupakan spin-off kepada siri popular Bling Empire, yang mengikuti kisah dan rencah kehidupan golongan elit berketurunan Asia-Amerika yang kaya di Los Angeles.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI