Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan, atau lebih dikenali sebagai Lizzy, merancang untuk menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) jika masih belum dikurniakan anak dalam tempoh empat bulan akan datang.
Elizabeth, 32, memaklumkan bahawa beliau telah berusaha untuk mendapatkan zuriat secara semula jadi selama dua tahun, namun belum ada rezeki.
Terus Berharap & Ikhtiar
“Saya tidak pernah putus asa untuk mendapat anak kerana usia pun akan mencecah 32 tahun kini.
“Kalau boleh saya rancang untuk dapat dua anak sebelum usia 35 tahun. Pada masa sama, ayah sudah tua dan jika apa-apa berlaku padanya, saya mahu ayah dapat tengok cucunya.
“Suami pun setuju untuk kami buat rawatan IVF itu,” katanya, lapor Harian Metro.
Ads
Mahu Cuba Rawatan Lain
Ketika ditanya mengenai usahanya untuk memiliki cahaya mata sendiri, Lizzy menjelaskan dirinya ada menjalani rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI) sebanyak dua kali tahun lalu, namun usaha tersebut tidak berjaya.
Ads
“Saya juga banyak mengambil rawatan hormon dan suntikan ketika itu. Malah, saya juga perlahankan aktiviti seni selama setahun dalam usaha untuk mendapat anak tetapi masih tidak berjaya.
“Jadi tahun ini, saya juga mahu mencuba rawatan akupuntur pula ini kerana cadangan daripada pengurus kerana ada rakannya yang berjaya dapat anak selepas rawatan itu,” katanya lagi.
Ads
Penerima trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) itu pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum ini.
Lizzy mendirikan rumah tangga bersama Dr Siew Jim pada 21 Mac 2021 dan masih belum dikurniakan cahaya mata selepas tiga tahun berkahwin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketiadaan pelawak Yassin Yahya di acara yang disertai oleh kumpulan Senario kebelakangan ini menimbulkan pelbagai reaksi.
Terbaharu, kelibat Yassin yang tidak kelihatan ketika majlis pengumuman Duta Jakel 2025 turut mencuri perhatian.
Semua anggota Senario iaitu Wahid, Lan Pet Pet, Saiful Apek, Azlee dan Illya hadir di acara pelancaran duta rasmi jenama pakaian dan tekstil popular itu tampil, namun tanpa kehadiran Yassin.
Mengulas mengenai ketiadaan salah seorang anggotanya itu, Saiful Apek mewakili Senario berkata, mereka tidak berani untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Kami rasa perkara itu perlu diserahkan kepada pihak yang mutlak dan lebih sahih. Jadi saya mengambil sikap untuk berdiam diri.
“Semua boleh buat spekulasi dan andaian, tapi kita sendiri tidak ada kepastian mengenai perkara itu, jadi tak berani hendak cakap apa-apa.
“Terus terang cakap, saya sudah kenal dia lama. Dia mungkin tak pandai mana, tapi dia tak bodoh mana.
”Jadi, kita doakan yang baik-baik,” katanya ditemui pada sidang media pengumuman Duta Jakel 2025 di Jalel Mall di Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Mengulas dakwaan segelintir pihak yang mendakwa Yassin sebagai pelawak ditahan di Jeddah, Arab Saudi, Oktober lalu atas dakwaan kesalan dadah, ini pandangan Apek.
“Kalau nampak sesuatu yang tak elok berlaku, kita kena rasakan diri kita belum cukup baik. Kalau rasa diri baik, kita kena fikir ada orang lebih baik.
“Itu cara untuk muhasabah diri. Kepada orang di luar sana bertanggungjawablah dengan kata-kata,” katanya lagi.
Sebelum ini media melaporkan, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun identitinya tidak didedahkan.
Pelawak itu dilapor sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu. Hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya, November lalu.
Dalam perkembangan lain, Senario diumum sebagai duta Jakel bagi memperhebat kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.
Selain Senario, selebriti lain yang turut diumumkan sebagai duta termasuk Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad sekeluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna Nasir sekeluarga, pempengaruh Tiktok Sallywho seisi keluarga termasuk Upin & Ipin.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2024 kembali lagi untuk memberikan pengiktirafan sekali gus meraikan para penggiat seni dan pembikin konten yang selama ini tak pernah putus menyajikan pelbagai karya dan kandungan menarik buat peminat.
Memasuki edisi ketiga penganjuran, GMWA2024 kali ini bakal mengangkat tema ‘Flex Your Art’ sebagai simbolik kepada kebebasan dalam berkarya.
Menurut Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah, tema ini sebagai gambaran kepada semangat yang dipamerkan para finalis GMWA 2024 yang berani mencipta kelainan demi menghasilkan pelbagai karya dan kandungan yang mampu mencipta impak.
“Kami merasakan tema ini mewakili barisan calon GMWA2024 atas dasar keberanian mereka yang berani mengekspresikan diri secara positif.
“Mereka juga memberikan keyakinan dan menampilkan nilai-nilai yang sangat unik kepada para pengikut untuk berkongsi pelbagai kandungan tanpa batasan.
“Jadi, ‘flex your art’ dan tunjukkan seni anda kerana kita semua percaya disebalik setiap trend itu ada seninya,” katanya.
Syazwan berkata demikian pada sidang media dan pengumuman Top 5 GMWA2024 di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur ada Rabu.
Dalam pada itu, Ketua Kandungan Astro Gempak, Nazihah Dalhar pula menjelaskan, tema berkenaan juga bukan sahaja boleh diterjemahkan menerusi fesyen dan kandungan digital semata-mata, tetapi turut merangkumi pembinaan pentas utama.
“Seperti yang kita umumkan, GMWA2024 berkolaborasi dengan visual artis tempatan, Fritilldea.
“Jadi dia akan membantu kita merialisasikan tema ‘flex your art’ dengan sebaik mungkin, bukan sahaja dari segi visual tetapi untuk keseluruhan set”, katanya.
Malah, elemen seni ini juga digarapkan dalam kesemua persembahan pada malam kemuncak, termasuk penampilan bintang popular dari Indonesia sebagai kejutan.
“Kami kekal dengan ‘DNA’ kami iaitu untuk mempersembahkan lagu-lagu yang trending tetapi sudah tentu dalam persembahan tersebut kita akan bawakan juga elemen seni.
“Kesemua itu adalah kejutan dan tidak tak boleh nak maklumkan sekarang. Pada masa sama, kami juga teruja kerana berpeluang untuk mendapatkan nama-nama besar.
“Saya pasti ramai yang tertunggu-tunggu siapakan kejutan yang akan kita bawakan nanti. Ada tiga lagi nama yang kita tidak umumkan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Syazwan turut mengulas mengenai penambahan beberapa kategori baharu GMWA 2024.
“Kategori baharu yang diperkenalkan adalah Digital Creator (Foodie) Tergempak, Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak dan Program Digital Tergempak.
“Jadi, kita ‘pecahkan’ digital creator itu supaya ia lebih fokus seterusnya mengiktiraf lebih ramai pembikin konten berkualiti,” katanya lagi.
Nazihah pula menambah, Anugerah Keluangman Of The Year turut diperkenalkan bagi memberikan penghargaan buat individu yang banyak berjasa kepada komuniti.
“Itu adalah kolaborasi kami bersama filem Keluangman yang akan ditayangkan pada tahun ini. Dalam kategori ini, kita ada lapan calon.
“Mereka ini memang mengangkat tema dan ciri-ciri Keluangman iaitu seorang superhero yang banyak berjasa kepada komuniti. Mereka tiada apa-apa yang istimewa tapi tetap membantu orang,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai hos GMWA2024 yang akan dikendalikan secara trio oleh Sean Lee, Amelia Henderson dan Sherry Al Hadad, Syazwan tidak menafikan keserasian yang wujud di antara mereka bertiga.
“Ramai yang beri reaksi baik susulan keserasian mereka bertiga di atas pentas. Sean Lee dan Amelia memang pengacara program berkenaan secara mingguan.
“Malah tahun lalu kita bawakan Sherry dan Zizan sebagai melengkapkan tema Y2K. Jadi bila nilai semula, kami merasakan kombinasi ini sangat menarik.
“Ketiga-tiga mereka juga mempunyai pengikut yang tersendiri dan sangat positif. Kita bukan tak mahu bawa Zizan tetapi dia akan terlibat dalam persembahan.
“Sebagai pembaharuan tahun demi tahun, sudah pasti ada perkara yang kita kekalkan dan perbaharui demi yang terbaik,” katanya lagi.
GMWA2024 bakal berlangsung pada 23 Febuari ini di Auditorium MBSA, Shah Alam.
GMWA2024 bakal ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria serta platform penstriman Astro Go dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel reda apabila hubungan cintanya bersama si dia yang dibina sejak empat tahun lalu berakhir di pertengahan jalan.
Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharim secara terbuka mengakui dirinya yang membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan tersebut demi ‘mencari’ hala tuju hidup sendiri.
“Ya betul, saya yang tinggalkan. Pada saya, saya juga perlu mencari sesuatu untuk diri sendiri. Apa yang sedang saya lalui ketika ini adalah proses untuk mencari diri sendiri.
“Saya reda bila tiada rezeki yang panjang buat hubungan tersebut. Saya okay sahaja. The best part is, saya masih ada orang-orang yang menyokong seperti keluarga, peminat, rakan-rakan media dan sahabat yang sentiasa doakan saya.
“Doa-doa kecil ini yang buatkan diri saya kuat,” katanya kepada MH ketika ditemui di acara House Party XO House di Petaling Jaya, pada Jumaat.
Penyanyi lagu Sumpah ini menambah, walau hati masih sayang, dia tiada hak untuk menghalang orang lain dalam menentukan hidup mereka sendiri.
“Pada saya, hidup ini harus diteruskan. Saya tidak terlalu berpegang dengan cara bila kita sayang seseorang, kita tak boleh nak melepaskan. Jika perhubungan itu tiada rezeki, kita kena terima,” ujarnya lagi.
Malah Naim menambah, dia kini mahu mulakan jalan hidup dan bersedia dengan apa sahaja yang akan mendatang.
“Boleh dikatakan juga saya terlalu sayang. Namun, bila habis sahaja tahun 2024 dan memasuki tahun 2025, saya sudah malas nak fikir.
“Ketika ini, sesiapa atau apa sahaja yang nak datang dalam hidup saya. Jika hati saya terbuka, saya akan sentiasa menerima,” katanya lagi.
Namun, pelakon drama Projek; Exit ini juga tidak menolak untuk berjodohan dengan orang baharu seterusnya melangkah ke alam perkahwinan.
“Mungkin ketika ini sudah sampai seru untuk berkahwin. Kadang-kadang, kita tak tahu bila seru itu sampai.
“Sebelum ini, tiada pun rasa nak berkahwin tapi kini ada pula rasa nak berkahwin. Ini semua soal perasaan.
“Namun, ketika ini saya belum nak mencari pasangan hidup. Saya nak fokus dengan apa yang perlu saya buat sekarang.
“Namun, kalau sudah sampai masa untuk saya berkahwin, sudah tentu saya akan menjadi orang yang paling gembira,” katanya.
Naim turut menterjemahkan emosinya menerusi karya terbaharu, ‘Lelaki Gila’.
“Ya saya patah hati. Kata orang, bila sedih ini, baik buat lagu. Saya pegang kata-kata itu. 2024 merupakan titik terendah saya dari segi kehidupan dan percintaan.
“Saya belum betul-betul move on tapi masih dalam proses. Apa yang ada dalam hati ini Allah sahaja tahu,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Aleya memaklumkan dirinya kini telah sah bercerai dengan suaminya, Mohammad Azam Abdullah pada November tahun lalu.