Akhirnya setelah 53 tahun, nama Malaysia kembali dilaungkan di pentas Miss Universe sebagai semi-finalis. Satu kejayaan yang dinantikan sekian lama oleh banyak pihak.
Kali terakhir wakil Malaysia berjaya bergelar semi-finalis adalah pada tahun 1970 menerusi perwakilan Josephine Lena Wong. Untuk pengetahuan pembaca, Josephine merupakan ibu kepada Miss Universe Malaysia 2004, Andrea Fonseka.
Biarpun begitu, Andrea tidak berjaya mengulangi kejayaan ibunya itu di pertandingan berprestij itu.
Kejayaan Sandra Lim atau nama penuhnya Sandra Lim Shue Hui menempatkan diri dalam kelompok top 30 menjadi satu detik manis khususnya pageant lovers yang sudah lama mahu mendengar nama Malaysia muncul sebagai antara yang terbaik.
Merupakan anak jati Selangor dan memiliki ketinggian 175cm, Sandra bukanlah orang baharu dalam dunia ratu cantik.
Sebelum ini dia pernah bergelar Miss Global Malaysia 2022 dan berjaya menang kedudukan naib juara di pertandingan Miss Global 2022 yang diadakan di Bali, Indonesia.
Berusia 23 tahun, Sandra bukanlah tin kosong, merupakan seorang yang mementingkan pendidikan, dia merupakan seorang graduan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari City University Malaysia (CityU).
Paling membanggakan Sandra bergelar pelajar terbaik atau valedictorian sekaligus diberi peluang untuk menyampaikan ucapan ketika hari konvokesyen.
Ads
Bukan sekadar cantik, Sandra merupakan seorang atlet dalam sukan Wushu. Jadi tidak hairanlah ketika melakukan aski di sesi Kostum Nasional Miss Universe 2024, dia cukup tangkas dan bertenaga.
Miss Universe 2024 telah dimenangi oleh wakil Denmark, Victoria Kjær Theilvig.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu memanjatkan rasa syukur selepas diberikan kesempatan untuk mencium dinding Multazam sewaktu menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah, baru-baru ini.
Menurut Shuib, perjalanan umrahnya pada kali ini sangat berbeza kerana dia meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah SWT.
“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Diizinkan lagi memeluk dan mengucup Multazam.
“Umrah kali ini cukup berbeza suasananya. Aku datang dengan penuh harapan dan doa,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh bekas penyampai radio Sinar itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menerusi hantaran yang sama, Shuib turut berkongsi video saat dia mengharungi lautan manusia untuk mencium dinding multazar.
Pada masa sama, Shuib turut berharap agar Allah SWT mengampunkan segala dosanya dan memakbulkan segala doa-doanya.
“Datang untuk mengadu kasih padamu
Ya Allah. Terlalu banyak masalah dan kesempitan yang dilalui dan aku terlalu banyak dosa Ya Allah.
“Ampun aku Ya Allah. Makbulkanlah segala doa-doaku Ya Allah,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turur berharap agar Shuib terus tabah menghadapi setiap ujian yang menimpa dirinya.
“Mesti puas kau berdoa kan Ib? Ni senyuman kau paling manis aku pernah nampak. Semoga Allah makbulkan rintihan hambanya. Kepada yang lain, kalau tiada benda elok nak cakap, baiklah kita diam. Sambil ingatkan diri sendiri,” komen Ajak Shiro.
“Kita yang tengok ni tumpang rasa bertuah dan bersyukur. Semua kawasan multazam Shuib dapat. Semoga doa makbul dan umrah mabrur,” kata Datuk Seri Vida.
“Momen Shuib senyum tu. Bahagia kita yang memandang,” komen seorang netizen.
“Kita yang sebak Ib. Semoga Allah jemput ke sana dan dipermudahkan segala urusan,” balas seorang netizen.
Terdahulu, Shuib menunaikan umrah bersama isteri dan anak-anaknya.
Sebelum ini, nama Shuib menjadi perhatian ramai susulan beberapa kontroversi membabitkan program podcast kendaliannya, Dol Podcast.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh popular Indonesia, Isa Zega telah menjadi tumpuan hangat minggu ini apabila dia memuat naik video berpakaian solat wanita saat mengerjakan umrah.
Memiliki lebih sejuta pengikut di Instagram, Isa Zega atau nama sebenarnya, Sahrul, bertindak biadap kerana tidak menghormati agama dan individu lain yang sedang menunaikan umrah di tanah suci.
Menerusi perkongsian di media sosialnya, dia dilihat berada di ruang solat khusus untuk wanita lantas menimbulkan rasa kurang senang rakyat Indonesia.
Menurut laporan portal berita VOI, kelakuan personaliti transgender itu mencetuskan rusuhan oleh khalayak ramai yang menuntut Kementerian Agama agar mengambil tindakan dan menjatuhkan hukuman kepadanya.
Tidak kurang juga ada yang mendesak agar agensi umrah yang membawa personaliti tersebut turut dikenakan hukuman dan dan ditarik semula lesen kerana turut bersubahat dalam perbuatan menghina agama.
Dalam laporan terkini CNN Indonesia pula, pihak polis Jakarta Selatan telah menerima laporan yang dibuat oleh individu dengan nama singkatan HK.
“Semalam, seorang lelaki berinisial HK hadir untuk membuat laporan berkaitan kes yang didakwa melibatkan penghinaan agama, dengan individu yang dilaporkan ialah SI alias IZ,” kata Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Polres Metro Jakarta Selatan, AKP Nurma Dewi, kepada wartawan.
Menurut Nurma, dalam laporan tersebut, pelapor turut menyertakan bahan bukti berupa satu kandungan. Laporan tersebut kini sedang dalam siasatan lanjut. Katanya lagi, penyiasat akan segera memanggil Isa sebagai individu yang dilaporkan untuk memberi keterangan sebaik pulang ke Indonesia.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kilauan Emas 2024 (KE2024) final malam tadi melakar sejarah tersendiri apabila Gie Hamid, diumumkan sebagai peserta wanita pertama merangkul gelaran juara, selepas enam musim penganjurannya.
Persembahan konsisten Gie atau nama sebenarnya, Roziah Abdul Hamid, meletakkan peserta berusia 48 tahun ini di kedudukan teratas dalam kalangan lima peserta saingan dengan markah sebanyak 80.08%.
Menerusi kemenangan tersebut, peserta asal Mersing, Johor itu berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro, pakej umrah sumbangan Khadim Ummah Holidays dan pakej penginapan percutian sumbangan Avillion Port Dickson
Gie turut meraih Anugerah Emas Berkilau Of The Week.
Sementara Sidi sebagai Naib Juara KE2024 dengan markah 70.74% dan diikuti Ina dengan 65.99% yang terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.
Tempat ke empat hingga ke enam pula masing-masing menjadi milik Sue (65.00%), Wan (64.39%) dan Ron (51.68%).
Gie Tak Sangka, Anggap Sidi Saingan Kuat
Berkongsi mengenai kemenangannya, Gie akui terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang kerana menyifatkan Sidi sudah memberi saingan yang cukup kuat.
“Memang saya tidak sangka, tapi itulah dikatakan rezeki tak salah alamat. Walau terima komen positif para juri, saya memang tak letak harapan tinggi untuk menang.
“Saya sebenarnya ingatkan Sidi yang bakal jadi juara sebab persembahannya pun tak kurang hebat dan konsisten.
“Malah ketika hanya tinggal kami berdua di atas podium, Sidi teka saya yang akan menang, waktu itu pun saya masih tak letak harapan.
“Bagi saya, yang penting nak selesaikan persembahan dengan baik saja. Selebihnya saya reda, berserah pada rezeki. Terima kasih kepada semua atas sokongan ini,” katanya.
Hattan Harap ‘Kemilau Emas’ Peserta Tak Terus Pudar
Datuk Hattan selalu juri KE2024 berharap agar barisan peserta tahun ini meneruskan minat masing-masing dalam dunia nyanyian, meski program ini sudah melabuhkan tirai.
“Harapkan perjuangan mereka tidak habis di sini, lama-kelamaan peminat pun melupakan. Kalau boleh, tak mahu begitu.
“Mereka termasuk pihak produksi sama-sama beri ruang dalam terus menonjolkan bakat. Misalnya menerusi penampilan di dalam program tertentu, persembahan pentas dan sebagainya.
“Sebab platform KE2024 sudah pun menonjolkan kebolehan mereka dan saya percaya permintaan terhadap penyanyi dalam usia ‘emas’ ini masih lagi ada,” katanya.
‘Masuk’ Dengan Arus Semasa, Guna Kelebihan Medsos
Dalam pada itu, juri jemputan KE2024 final, Edry Abdul Halim pula percaya mereka akan terus mampu menjadi perhatian sekiranya bijak menggunakan kelebihan media sosial.
“Saya ambil contoh Datuk Hattan sendiri, beliau tahu audiensnya bagaimana. Jadi kena pandai untuk dekatkan diri kita dengan kelompok audiens semasa.
“Lanskap KE2024 sudah berbeza dengan musim yang terdahulu. Sekarang kita ada sosial media, boleh ‘direct’ kepada peminat. Macam contoh, TikTok sebagai antara platform media yang cukup aktif.
“Jadikan diri anda ‘available’ sebab sekarang, ia tidak hanya terhad kepada pengguna muda remaja saja. Malah kalau aktif tonjolkan bakat di situ secara tak langsung boleh juga kumpul peminat baharu dan tambah pendapatan ekstra.
“Rajin-rajinlah berinteraksi dengan peminat di media sosial. Itu amat penting pada zaman sekarang. Pada saya, tak boleh ada mentaliti untuk tunggu produksi buat segala-galanya untuk kita.
“Kena pandai ‘marketkan’ diri, kerana mereka perlu sedar bahawa mereka sebenarnya ada nilai yang mungkin penyanyi di luar sana tidak ada. Perlu tahu apa kelebihan masing-masing,” katanya.
Malam kemuncak KE2024 telah dinilai oleh juri tetap, Datuk Hattan dan Erra Fazira, manakala Edry Abdul Halim sekali lagi bertindak sebagai juri jemputan.
Program yang dihoskan Elly Mazlein dan Joey Daudini bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (105), On Demand serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terus berkarya, duo Hip Hip Malaysia iaitu Kmy Kmo & Luca Sickta optimis menjayakan kolaborasi antarabangsa pertama bersama penyanyi sinden Indonesia, Niken Salindry.
Lagu yang...