Bagi kaum hawa, fasa putus haid (menopause) adalah satu fasa yang bakal mengubah kehidupan seorang wanita 360 darjah, selain fasa bergelar seorang ibu.
Ini demikian kerana, fasa ini merupakan fasa yang paling sensitif bagi segelintir individu. Begitu juga dengan apa yang dialami olAeh Ratu Rock tanahair, Norzila Aminuddin yang lebih mesra disapa sebagai Ella.
Meski Berdepan Fasa ‘Pra-Menopaus’ ELLA Kekal Bertenaga Atas Pentas!
Menurut Ella, melalui fasa ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, dengan persiapan yang selayaknya wanita mampu menghadapinya. Ella turut menitipkan nasihat agar wanita di Malaysia cakna tentang peri pentingnya menjaga kesihatan hormon.
Ketika ditanya bagaimana permulaan Ella terdetik mahu menjalankan rawatan mengekang masalah hormon yang dihadapinya, ini respon yang diberikan Ella.
“Mula tak berapa nak faham sangat pasal hormon ni. Tau-tau kita dah ada masalah je. Ada satu waktu tu, Ella rasa tak sihat mengadu dekat suami. Rasa badan tak selesa, resah dan tak tenang. Suami cadangkan berjumpa dengan Dr. Linda lakukan rawatan.
“Jujurnya Ella dah cuba macam-macam daripada perubatan moden, perubatan tradisional alami dan sebagainya untuk ikhtiar selesaikan masalah hormon ini. Tapi tak dapat penyelesaianya.
“Masa permulaan Ella dapat tau tekanan darah Ella tinggi, Ella tak mahu bergantung sepenuhnya pada ubat sahaja. Bukan Ella nak kata perubatan moden tidak bagus, tetapi untuk kesan jangka panjang tidak digalakkan,” ujar Ella.
Ads
Wanita Jangan Ambil Mudah Masalah Hormon! – ELLA
Setelah bertemu Dr. Linda, Ella berkata beliau mencadangkan agar Ella menjalani rawatan Terapi Hormon Bio Identik (BHRT) untuk menyelesaikan masalah ini.
Tambah Ella lagi, keadaan emosi yang tidak menentu disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, memberi impak buruk kepada kesejahteraan dan kualiti hidup. Jadi adalah lebih baik jika tindakan awal dapat diambil segera.
“Ella setuju bahawa rawatan hormon ini tidak memudaratkan dan mengganggu apa-apa pun selain menyembuhkan dan menyihatkan Alhamdulillah.
“Ada diantara kawan Ella yang baru berusia 40-an dah menopaus disebabkan masalah gangguan hormon ini, jadi bila kita dapat tahu awal mungkin dapat membantu untuk mengekang masalah ini dari menjadi lebih teruk,” ujarnya.
Ads
Konsisten ‘Kunci’ Utama, Transformasi Ella Hanya Ambil Masa Tiga Bulan Sahaja
Pakar hormon, Dr. Linda Mat Hassin menjelaskan bahawa Ella melakukan transformasi kesihatan hormon miliknya, hanya dalam tempohmasa tiga bulan sahaja.
“Ella sangat konsisten menjalankan rawatan BHRT dan dalam tempoh tiga bulan, kitai sudah dapat melihat kesan ketara yang positif. Bacaan tekanan darah tinggi Ella daripada 190 mulai normal.
“Berat badan Ella bukan saja kembali seperti semasa berumur 30-an, malahan suami turut puji Ella kelihatan awet muda seperti anak dara dulu.” kata Dr. Linda.
Ads
Justeru, inilah sebab mengapa Ella tidak segan berkongsikan pengalaman yang dimilikinya.
Tujuan utama perkongsian ini adalah untuk memberi kesedaran awal kepada para wanita diluar sana agar menitikberatkan perihal kesihatan hormon dan tidak memandang enteng tentang permasalahan ini.
Untuk recap, Ella berkata demikian ketika ditemui pada sebuah majlis pendedahan tentang kesihatan hormon yang dinamakan sebagai “Superwomen Hormone Wellness Recognition Ceremony”.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan konsistensi, keterbukaan dan inisiatif Ella dalam menyebarluaskan kepentingan penjagaan hormon dikalangan lelaki dan wanita khususnya mereka yang berada dalam lingkungan umur 35 tahun ke atas.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Instafamous, Sharifah Rose ada memuat naik gambar terbarunya di laman Twitter ketika menghadiri sebuah program di Singapura.
Gambar tersebut memaparkan Rose sedang bergambar di banner utama program berkenaan.
Namun, gambar tersebut menjadi perhatian netizen apabila Rose dilihat telah menutup muka penyanyi, Ismail Izzani yang juga merupakan bekas teman lelakinya yang terpampang di banner berkenaan dengan ‘stiker’ hati.
Senarai bintang Gegar Vaganza musim 8 (GV8) telah diumumkan dalam satu sidang media khas sebentar tadi.
Berikut ialah senarai nama-nama figura popular yang pernah mewarnai dunia hiburan suatu masa dahulu bakal menjadi sebutan di GV8. Siapa pilihan korang untuk bergelar juara?
Adibah Noor
Nikki Palikat
Aweera
Ani Maiyuni
Upiak Isil
Azan Scan
Aliff Aziz
Suki
Dato’ Fazley Yaakob
Bandi Amuk
Shidee
Senario (Saiful Apek, Yassin)
Nico
Konsert mingguan GV8 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 21 November 2021 di Astro Ria.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Zalif Sidek meluahkan rasa lega susulan kebenaran aktiviti merentas negeri sejak minggu lalu, sekai gus memudahkan proses persiapan kahwinnya bersama tunang, Anis Marzuki, 24.
Menurut Zalif, 36, dia bersyukur kerana setakat ini semuanya berjalan lancar dan mereka sepakat memilih 26 Februari 2022 depan sebagai tarikh nikah.
“Syukur alhamdlulillah saya dan bakal isteri kini sedang giat buat persiapan majlis kahwin yang masih berbaki empat bulan lagi.
“Ikutkan perancangan pihak saya nak hantar rombongan pada 1 Syawal lalu, namun ia terpaksa dianjakkan kepada tarikh baru kerana ‘lockdown’, tak boleh nak rentas.
“Jadi kami ambil keputusan untuk serahkan cincin terlebih dulu untuk majlis tunang. Ketika itulah kedua belah keluarga sepakat untuk langsung majlis nikah pada 26 Februari depan. InsyaAllah,” katanya.
Zalif pada masa sama menjelaskan, persiapan menjelang hari bahagia sudah pun melebihi 50 peratus.
“Jujurnya, tiada apa-apa maksud istimewa di sebalik tarikh tersebut. Cumanya tarikh itu dirasakan waktu paling sesuai untuk kedua keluarga kami bertemu dan saling berkenalan.
“Selain itu ada juga di antara keluarga saya yang belum berkesempatan untuk bertemu ketika bapa meninggal dunia Januari lalu. Inilah masa untuk kembali rapatkan silaturrahim.
“Persiapan pun sudah lebih 50 peratus. Bila sudah tempah dewan, tak perlu lagi nak fikirkan soal pelamin apa semua kerana semuanya sudah disediakan. Tinggal lagi nak cari baju kahwin dan cukupkan hantaran,” katanya.
Sementara itu, Zalif yang kini turut terlibat bersama ‘team’ produksi penerbitan, Dream At Work Sdn Bhd menambah, dia dan pasangan memilih untuk melangsungkan majlis secara sederhana.
“Awalnya memang ada rancang untuk anjur majlis dengan lebih meriah, tapi bila mengenangkan fasa pandemik ini, kami pilih untuk bersederhana sahaja.
“Kalau nak diikutkan pun, saya okay saja kalau perlu nikah dulu, majlis kemudian.
“Malah sebelum ini pun ada juga rakan artis yang bernikah secara atas talian atas sebab tertentu.
“Saya tak kisah cuma kami pun perlu hormati permintaan kedua belah keluarga. Tak boleh nak pentingkan diri-sendiri juga,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas berkongsi mengenai keadaan matanya yang lebam pada pagi Isnin, pelakon Zahnita Wilson akhirnya mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.