Penyanyi, Syura Badron berkongsi keadaan suaminya, Muhammad Farizat yang melecur teruk akibat letupan gas, Jumaat lalu.
Menurut Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 38, suaminya telah dimasukkan ke hospital bagi rawatan lanjut kerana melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan.
“Assalammualaikum, dengan berat hati saya ingin maklumkan suami saya, Farizat telah dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk.
“Melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak yang berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada hari jumaat malam yang lepas,” tulis Syura.
Penyanyi lagu Nazam Berkasih ini berkongsi berita tersebut menerusi Instagram miliknya.
Ads
Meski berdepan ujian berat, Syura bagaimanapun yakin Allah Maha Baik dan mendoakan agar ada sinar kebaikan di sebalik kesukaran ini.
“Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini.
“Semoga ada hikmah yang baik disebalik ujian ini. Allah Maha Baik,” luahnya lagi.
Dalam pada itu, Syura turut memuat naik satu hantaran di Insta Stories yang memaparkan tangannya bersama suami, sebagai tanda kasih dan sokongan.
Ads
“Kuat sangat sayang saya ini. Saya yang tak kuat tengok keadaan awak.
“Ya Allah, berikanlah kesembuhan buat suamiku,” kongsinya lagi.
Ads
Untuk info, Syura menamatkan status ibu tunggal selama sembilan tahun, apabila melangsungkan pernikahan dengan Farizat Ismail, pada 22 Januari 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Umar Eussof pada Mac tahun lalu.
Syura juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 17, Nurul Qaisara Sofia, 15, dan Muhammad Irfan Aryan, 13 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid ada berkongsi kisah menarik mengenai penyanyi nombor satu itu.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi salah satu status di Twitter miliknya.
Lalu, perkongsian terbabut nyata menarik minat ramai apabila Aazief antara lain turut mengimbau detik indah bersua penyanyi lagu Anta Permana itu buat kali pertama.
I posted this on my instagram a while back.
This was the first time I met her. It was at my house. You could see the nervousness of the event radiating on my face ?
She was on billboards. You couldn’t go to a kedai runcit without seeing her Hotlink cutout pic.twitter.com/vOfDdWKuxA
Dalam pada itu, terdapat sebuah video yang dimuatnaik pengguna Twitter iaitu Nasir Pasir, yang turut imbau seni figura terkenal itu buat panduan mereka yang berminat terjun ke dunia seni.
Lantas, perkara itu telah menarik minat Aazief untuk memulakan kisahnya dengan Tok Ti.
Fun fact: I grew up as a fan of Siti Nurhaliza. I remember hiding on the steps of my stairs before I first met her in person hahah https://t.co/xgxR2wMdBm
Penyanyi lagenda, Dato’ Awie kini tampil dengan single terbaharu, Coretan Pilu hasil gabungan karyawan komposer dan penulis lirik muda iaitu Ikhwan Fatana, Wan Salleh dan Fedtri Yahya yang pastinya meruntun jiwa pendengar.
Coretan Pilu mengisahkan tentang seorang ayah yang rindukan belaian kasih sayang anak-anaknya dan turut menjadi runut bunyi untuk drama Ayahanda arahan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar yang kini bersiaran menerusi slot Lestary TV3.
Bait-bait lirik yang diilhamkan oleh dua karyawan muda ini dilihat dapat mencengkam perasaan penonton apatah lagi apabila melihat lakonan hebat seperti Jalil Hamid, Ogy Ahmad Daud dan Fikry Ibrahim.
Drama bersiri Ayahanda merupakan adaptasi daripada novel karya penulis tersohor, Allahyarham Azizi Hj Abdullah A.M.N yang diterbitkan pada 1997.
Drama ini sesuai untuk tontonan sesisi keluarga kerana menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dan kasih sayang seorang ayah kepada anak-anak serta kesetiaannya kepada agama.
Ayahanda bersiaran pada setiap Rabu hingga Sabtu, 9.00 malam bermula 10 Julai lalu.
Coretan Pilu edaran MonkeyBone telah dilancarkan di semua platform digital secara serentak sejak 9 Julai lalu.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Buat julung kalinya, peminat permainan sukan elektronik, Mobile Legend: Bang Bang (MLBB) dan peminat muzik tanah air disatukan dalam sebuah acara besar-besaran iaitu M6 Carnival yang bermula pada Jumaat di Tapak Parkir, KL Sport City, Bukit Jalil.