Bakal menjadi anugerah hiburan pembuka tirai bagi tahun ini, Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA) tetap komited untuk terus mengangkat industri seni tempatan ke peringkat lebih tinggi.
Menurut Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah, fokus GMWA kini dilihat semakin meluas apabila pihaknya bukan sahaja mengiktiraf anak seni tetapi juga para pembikin konten popular di media sosial.
“Pada saya, definasi selebriti pada masa sekarang sangat meluas konteksnya. Para pembikin konten juga mampu mempengaruhi kita dan mereka kini dilihat sebagai selebriti di media sosial.
“Semua orang saya percaya kerap melayari media sosial dan kerana itulah juga kami merombak semula kategori-kategori anugerah daripada sembilan kepada 11 buah kategori.
“Kita pecahkan Anugerah Digital Creator itu kepada beberapa kategori baharu.
“Jadi kita lebih fokus bila mengiktiraf para pembikin konten ini. Seperti kategori ‘Motivation & Education’, kami merasakan mereka punyai nilai yang sangat positif untuk dibawa kepada masyarakat.
“Ini merupakan antara sumbangan GMWA yang bukan sahaja mengiktiraf mereka yang popular tetepi turut memberikan manfaat,” katanya kepada MH.
Ads
Sementara itu, Ketua Kandungan Astro Gempak, Nazihah Dalhar juga teruja atas sambutan hangat peminat menerusi undian fasa pertama GMWA2024 dengan memperoleh peningkatan luar biasa iaitu sebanyak 700%.
“Kami gembira dan bersyukur, jumlah undian yang kami terima sangat positif. Pada tahun 2023, ketika fasa pertama, kami menerima 1.3 juta undian. Namun, pada fasa pertama 2024, kita terima lebih daripada 9.5 juta undian.
“Ia menunjukkan peningkatan tujuh kali ganda. Jadi, sudah pasti kami sangat berbangga dan ingin berterima kasih kepada peminat GMWA kerana terus menyokong dan kerana itu, kami masih berada di sini,” katanya.
Dalam pada itu, Syazwan turut menyuarakan keyakinan bahawa para penonton pasti bakal terhibur dengan sajian persembahan yang telah dirancang untuk GMWA edisi kali ini.
Ads
“GMWA2024 bakal menjadi acara anugerah pembuka tirai bagi tahun 2025. Kami mahu kekalkan DNA kami iaitu ‘Terpaling Trending’ dan ‘Terpaling Viral’.
“Kesemua barisan artis yang membuat persembahan akan menyanyikan lagu-lagu viral tahun lalu. Kita ada barisan artis seperti Zizan Razak, Insomniacs, Ara Johari dan ramai lagi.
“Kita juga sudah menjemput seorang diva terkenal, band popular dan tetamu daripada Indonesia. Jadi, kita mengharapkan penonton yang hadir atau di rumah akan terhibur dengan persembahan yang akan kami sajikan,” katanya lagi.
Tekanan Menjelang Malam Kemuncak
Syazwan bagaimanapun tidak menafikan pasukan GMWA tahun ini agak tertekan demi memenuhi jangkaan daripada para peminat yang menanti-nanti kejutan pada malam kemuncak.
Ads
“Sudah tentu tekanan itu ada bila kita nak menghasilkan sesuatu produk. Namun, sebab itu juga kita adakan tema.
“Kami juga sedang berusaha mencari idea untuk tetap berseronok dan pada masa sama menyanyikan konten-konten yang menarik buat penonton.
“Menerusi pemerhatian kami ketika ini, undian kita juga tinggi. Jadi, kami merasakan sambutan dan sokongan terhadap GMWA kini semakin meningkat. Kita juga berharap agar GMWA ini akan mendapat respon positif bila acara berlangsung nanti,” akhirinya.
Terdahulu, GMWA2024 yang akan dihoskan trio pengacara Sherry Alhadad, Sean Lee dan Amelia Henderson bakal berlangsung pada 23 Febuari ini bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Acara ini bakal ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria serta platform penstriman Astro Go dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru sahaja melancarkan dua pek koleksi terhad Unicorn Edition di bawah payung Wawa Cosmetics, pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak menafikan mereka sudah mencapai status jutawan seperti yang diperkatakan ramai pihak.
Bagaimanapun, baik Aeril dan Wawa, apa yang dikecapinya kini bukanlah suatu hal yang mudah apatah lagi keduanya mulai aktif berniaga kira-kira lebih tiga tahun lalu.
Terdahulu, keduanya ditemui pada majlis pelancaran koleksi barunya itu di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur pada Isnin.
“Wawa Cosmetics, Unicorn Editon didatangkan secara terhad dan ia hadir menerusi dua set iaitu Fantasy dan Dream.
“Kami difahamkan, pada hari pertama pelancaran, ia lebih 20,000 unit sudah terjual, alhamdulillah. Saya bersyukur dan terharu dengan sokongan para stokis yang setia dengan kami.
“Meski ‘senyap’ dari mengeluarkan sebarang produk kira-kira dua bulan lalu, namun mereka tetap memberikan sokongan dan ini merupakan salah satu kejayaan team Wawa Cosmetics sendiri memandang ketika belum pun dilancarkan secara rasmi, ia sudah pun terjual,” kata Wawa kepada MH.
Ditanya mengenai status jutawan sebagaimana yang menjadi buah mulut para peminat pula, Aeril dan Wawa mempunyai jawapan sendiri.
“Kalau kami dikata jutawan, bagi saya itu rezeki dan alhamdulillah. Kita tidak menafikan memang sudah mencapai sasaran. Akan tetapi kami sendiri pun ada target sendiri. Sekarang ini, rasanya sudah tiba masa untuk kami bantu orang lain, kongsikan rezeki.
“Jujurnya timbul perasaan puas apabila dapat membantu orang lain, misalnya kami telah lahirkan dua jutawan bersama Wawa Cosmetics. Masing-masing mencapai sasaran jualan sekitar RM2 juta dan RM1 juta.
“Setakat ini mempunyai enam orang ‘leader’ dan dua daripadanya sudah bergelar jutawan. Sasaran kami selepas ini adalah untuk menjadikan empat dari lainnya akan mencapai status sama, insyaAllah,” jelas suami isteri ini.
Dalam perkembangan lain, Aeril dan Wawa juga turut menanam impian untuk mempunyai wisma sendiri bagi memudahkan sistem logistik.
Pelakon yang juga adik kepada Syatilla, Syida Melvin akhirnya berkongsi kepada umum wajah anak sulungnya, Safa Safeera selepas selamat bersalin 12 hari lalu.
Sambil memanjatkan rasa syukur atas kehadiran ahli baru dalam keluarganya, Syida turut mendoakan agar anaknya yang dipanggil Pia membesar sebagai anak solehah.
“Alhamdulillah syukur kehadrat illahi, keatas Anugerah Allah yang sangat2 berharga ini. Syukur. Harini Baby Pia dah 12 hari.
“Doakan @safasafeera sihat sejahtera, menjadi anak yang solehah dan berguna. Aunty rasa muka Pia ikut muka Ibu ke daddy Pia? Hehehehehehek jom share!,” tulisnya.
Lalu di ruangan komen, para peminat telah memberikan pandangan masing-masing.
Syida juga turut berkongsi Instagram khas buat anaknya itu yang kini sudah mempunyai hampir 7,000 pengikut.
Sementara itu menerusi satu lagi posting yang dikemas kini, Syida turut berkongsi video pendek gelagat anaknya itu yang dirakam tersenyum sejurus bangkit dari tidur.
Syida atau nama sebenarnya, Siti Nur Syida Amirol Melvin berkahwin dengan Mohd Syafiq Azim Shaheen pada Januari 2019 dan keduanya meyambut kelahiran puteri pertama 20 Februari lalu.
Foto: Instagram Syida Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Duo finalis, Ikmal Amry dan Hakimi Noordin melakar kejutan pada saat akhir untuk muncul selaku juara sulung program Maskulin Who’s Your Bro.Kemenangan tersebut membolehkan...